Agoda Mendedahkan Negara yang Paling Banyak memberikan Ulasan Penarafan yang Terendah dan Terbaik

KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2020 – Menurut Kajian Penggunaan & Tabiat (Usage & Attitude Study) Agoda 2019, 84% daripada pelancong di serata dunia membaca ulasan dalam talian sebelum membuat pilihan penginapan untuk percutian mereka. Agoda, platform percutian digital yang mempunyai lebih 34 juta ulasan daripada pengguna yang telah disahkan untuk hotel-hotel dan penginapan Agoda Homes mendedahkan pengulas yang memberikan ulasan yang terburuk dan terbaik mengikut negara.

Pada keseluruhannya, pelancong dari negara China, Mexico, Hungary dan Taiwan lebih cenderung untuk memberikan skor penarafan yang tinggi di antara 8-10, dan maklum balas positif ke atas tempat-tempat penginapan yang mereka gunakan, menurut data ulasan yang dikumpulkan oleh Agoda.  Data Agoda menunjukkan 77.1% daripada pelancong China memberikan skor yang tinggi (8-10) untuk penginapan mereka, diikuti oleh Mexico (76.5%), Hungary dan Taiwan (75.9%).

Sebaliknya pula, pelancong-pelancong dari India, Turki dan Arab Saudi merupakan tiga negara yang paling banyak memberikan skor penarafan yang rendah di antara 1-3 dalam ulasan mereka. Walaupun ketiga-tiga pasaran ini nampaknya agak kritikal dalam memberi maklum balas, masih terdapat juga 66.2% pelancong Turki, 63.2% pelancong India dan 61% pelancong Arab Saudi yang memberikan skor penarafan 8-10 untuk pengalaman perjalanan mereka.

Agoda Mendedahkan Negara yang Paling Banyak memberikan Ulasan Penarafan yang Terendah dan Terbaik

“Ulasan adalah umpama cadangan peribadi yang diberikan oleh rakan-rakan dan boleh mempengaruhi pengguna dalam pemilihan tempat penginapan mereka. Mereka yang ingin bercuti bersama keluarga mungkin berminat untuk mengetahui ulasan tentang perkhidmatan seperti kelab kanak-kanak atau asuhan bayi, atau kemudahan dalam bilik seperti dapur dan katil bayi, serta lokasi memudahkan perjalanan seharian dan pengalaman yang diidamkan. Sementara itu, ahli perniagaan mungkin lebih berminat untuk mengetahui kualiti sambungan internet, dan pelancong-pelancong lain mungkin mengutamakan pilihan sarapan atau kemudahan gimnasium. 34 juta ulasan yang telah disahkan di dalam Agoda menjadi sumber utama untuk membantu pengguna untuk membuat pilihan yang tepat bagi memenuhi keperluan perjalanan mereka,” kata Errol Cooke, Naib Presiden Rakan Perkhidmatan Global, Agoda. 

####

Rumusan Data:

  Negara Asal % Pengulas yang memberi skor penarafan yang tinggi (8-10)   Negara Asal %  Pengulas yang memberi skor penarafan yang rendah (1-3)
1 China 77.1% 1 India 6.3%
2 Mexico 76.5% 2 Turki 6.2%
3 Hungary 75.9% 3 Arab Saudi 6.0%
4 Taiwan 75.9% 4 Emiriah Arab Bersatu 5.9%
5 Russia 75.5% 5 Oman 5.7%
6 Ukraine 75.3% 6 Mesir 5.5%
7 Korea Selatan 74.8% 7 Pakistan 5.2%
8 Israel 74.8% 8 Kuwait 5.1%
9 Estonia 73.6% 9 Bangladesh 4.7%
10 Poland 72.8% 10 Sweden 4.7%

Malaysia

  • Pelancong dari Malaysia tidak mengendahkan perkara remeh, mendapat kedudukan yang rendah bagi ulasan dengan skor ulasan yang tinggi dan rendah – #56 untuk pengulas yang memberikan penarafan yang tinggi, dan #43 bagi pengulas yang memberikan penarafan yang rendah.           
  • 61.7% daripada pengulas Malaysia memberikan penarafan yang tinggi dan 2.7% memberikan penarafan yang rendah.
© 2023 BlackButterfly DesignArts