KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2020 – Menurut Kajian Penggunaan & Tabiat (Usage & Attitude Study) Agoda 2019, 84% daripada pelancong di serata dunia membaca ulasan dalam talian sebelum membuat pilihan penginapan untuk percutian mereka. Agoda, platform percutian digital yang mempunyai lebih 34 juta ulasan daripada pengguna yang telah disahkan untuk hotel-hotel dan penginapan Agoda Homes mendedahkan pengulas yang memberikan ulasan yang terburuk dan terbaik mengikut negara.
Pada keseluruhannya, pelancong dari negara China, Mexico, Hungary dan Taiwan lebih cenderung untuk memberikan skor penarafan yang tinggi di antara 8-10, dan maklum balas positif ke atas tempat-tempat penginapan yang mereka gunakan, menurut data ulasan yang dikumpulkan oleh Agoda. Data Agoda menunjukkan 77.1% daripada pelancong China memberikan skor yang tinggi (8-10) untuk penginapan mereka, diikuti oleh Mexico (76.5%), Hungary dan Taiwan (75.9%).
Sebaliknya pula, pelancong-pelancong dari India, Turki dan Arab Saudi merupakan tiga negara yang paling banyak memberikan skor penarafan yang rendah di antara 1-3 dalam ulasan mereka. Walaupun ketiga-tiga pasaran ini nampaknya agak kritikal dalam memberi maklum balas, masih terdapat juga 66.2% pelancong Turki, 63.2% pelancong India dan 61% pelancong Arab Saudi yang memberikan skor penarafan 8-10 untuk pengalaman perjalanan mereka.
“Ulasan adalah umpama cadangan peribadi yang diberikan oleh rakan-rakan dan boleh mempengaruhi pengguna dalam pemilihan tempat penginapan mereka. Mereka yang ingin bercuti bersama keluarga mungkin berminat untuk mengetahui ulasan tentang perkhidmatan seperti kelab kanak-kanak atau asuhan bayi, atau kemudahan dalam bilik seperti dapur dan katil bayi, serta lokasi memudahkan perjalanan seharian dan pengalaman yang diidamkan. Sementara itu, ahli perniagaan mungkin lebih berminat untuk mengetahui kualiti sambungan internet, dan pelancong-pelancong lain mungkin mengutamakan pilihan sarapan atau kemudahan gimnasium. 34 juta ulasan yang telah disahkan di dalam Agoda menjadi sumber utama untuk membantu pengguna untuk membuat pilihan yang tepat bagi memenuhi keperluan perjalanan mereka,” kata Errol Cooke, Naib Presiden Rakan Perkhidmatan Global, Agoda.
####
Rumusan Data:
Negara Asal | % Pengulas yang memberi skor penarafan yang tinggi (8-10) | Negara Asal | % Pengulas yang memberi skor penarafan yang rendah (1-3) | ||
1 | China | 77.1% | 1 | India | 6.3% |
2 | Mexico | 76.5% | 2 | Turki | 6.2% |
3 | Hungary | 75.9% | 3 | Arab Saudi | 6.0% |
4 | Taiwan | 75.9% | 4 | Emiriah Arab Bersatu | 5.9% |
5 | Russia | 75.5% | 5 | Oman | 5.7% |
6 | Ukraine | 75.3% | 6 | Mesir | 5.5% |
7 | Korea Selatan | 74.8% | 7 | Pakistan | 5.2% |
8 | Israel | 74.8% | 8 | Kuwait | 5.1% |
9 | Estonia | 73.6% | 9 | Bangladesh | 4.7% |
10 | Poland | 72.8% | 10 | Sweden | 4.7% |
Malaysia