Agoda melancarkan pilihan pembayaran ansuran serantau dengan Atome

Kerjasama bermula di Malaysia dan Singapura sebelum diperluaskan ke 8 pasaran tambahan di Asia Tenggara dan Asia Pasifik dalam tahun 2021

MALAYSIA, 22 DISEMBER 2020 – Platform pelancongan digital Agoda telah melancarkan kerjasama serantau bersama Atome, sebuah platform utama yang berkonsepkan “beli sekarang, bayar kemudian” di Asia untuk menawarkan pilihan pembayaran ansuran yang fleksibel bagi tempahan penginapan terlebih dahulu di Malaysia dan Singapura, sebelum diperluaskan ke lapan buah pasaran tambahan di Asia Tenggara dan Asia Pasifik dalam tahun 2021. 

Di bawah kerjasama ini yang telah dimulakan pada 21 Disember, para pelancong dari Malaysia dan Singapura boleh membuat pembayaran penginapan mereka dalam tiga pembayaran ansuran tanpa kadar faedah dan tanpa cas tambahan atau yuran perkhidmatan dengan memilih Atome semasa daftar keluar di agoda.com atau aplikasi mudah alih Agoda. Di Malaysia dan Singapura, platform Agoda menawarkan melebihi 34,000 pilihan penginapan yang bersesuaian dengan segala peruntukan belanja dan tujuan. Pilihan pembayaran baharu yang mudah dan selamat untuk pengguna Agoda ini bakal diperluaskan ke negara-negara Asia Tenggara yang lain (Indonesia, Philippines, Thailand, Vietnam) dan juga Hong Kong serta Taiwan tahun depan

Agoda melancarkan pilihan pembayaran ansuran serantau dengan Atome

Naib Presiden Kewangan Komersial Agoda, Darren Makarem berkata, “Kami sentiasa mencari kaedah inovatif untuk membantu orang ramai keluar melancong dengan menggunakan teknologi yang mempermudahkan proses pencarian, penempahan dan pembayaran. Pelancaran pilihan pembayaran ansuran kami dengan Atome membolehkan pelancong-pelancong Singapura dan Malaysia yang pernah mengalami kesulitan untuk membuat pembayaran sekali gus, untuk memecahkan kos tempahan tersebut kepada beberapa pembayaran ansuran dengan memilih Atome, tanpa dikenakan kos tambahan.”

Agoda melancarkan pilihan pembayaran ansuran serantau dengan Atome

David Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Atome, berkata, “Ini menandakan satu permulaan kerjasama serantau yang mengujakan bersama Agoda. Sektor pelancongan telah memberikan banyak sumbangan kepada perniagaan, mata pencarian dan ekonomi di Asia. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk memainkan peranan kami dalam membantu menyemarakkan industri pelancongan domestik, melalui pengenalan kepada pilihan pembayaran iaitu “beli sekarang, bayar kemudian” yang fleksibel dan mudah di platform Agoda hari ini. Apabila lebih banyak negara di Asia membuka semula sempadan di tahun 2021, kerjasama serantau ini membolehkan lebih ramai pengguna Agoda untuk menikmati kemudahan dan fleksibiliti apabila membuat pembayaran, dan meningkatkan kepuasan pelanggan.”

Atome, sebuah syarikat teknologi utama dengan konsep “beli sekarang, bayar kemudian” yang beribupejabat di Singapura telah melancarkan perkhidmatannya pada bulan Disember 2019 dan kini telah bekerjasama dengan lebih daripada 2,000 peruncit dalam talian dan bukan dalam talian termasuk Sephora, Zara, Marks & Spencer, IUIGA dan iStudio dalam pelbagai kategori seperti fesyen, kecantikan, gaya hidup, perkakas rumah dan pelancongan.

© 2024 BlackButterfly DesignArts