Agoda Kongsi Cara Menjelajahi Dunia Semasa #DudukDiRumah

MALAYSIA, 13 MEI 2020 – Walaupun cuti umum pada bulan Mei, cuti sekolah dan hujung minggu yang panjang adalah amat berbeza tahun ini akibat penangguhan rancangan percutian, platform perjalanan digital Agoda menunjukkan bahawa anda masih boleh menjelajah ke pelbagai negara, menghilangkan demam kabin dan menikmati pengalaman yang ditawarkan di serata dunia, tanpa meninggalkan rumah.

Berdasarkan destinasi pilihan utama pelancong Agoda dalam tahun 2019, digandingkan dengan faktor pendorong pelancongan dari Tinjauan Penggunaan dan Sikap (Usage & Attitude Survey/ U&A), Agoda berkongsi satu panduan yang berguna untuk melancong di alam maya. Menurut tinjauan U&A Agoda, Alam semulajadi/ Luarbandar; Pantai; Makanan; Mercu Tanda; dan Budaya adalah lima faktor utama yang mendorong seseorang itu melancong secara global. Jadi, sama ada anda teringin untuk menyaksikan kesibukan bandar kosmopolitan seperti Mumbai, Singapura atau London, Seni dan Budaya di Kuala Lumpur, Paris atau New York, atau keindahan alam semulajadi di Kanada, Indonesia atau Afrika Selatan, anda boleh melakukannya dengan bantuan teknologi!

Faktor Pendorong Pelancongan #5 – BUDAYA

MUZIUM & GALERI SENI

  • Lokasinya terletak di dalam negara kita sendiri, iaitu negara yang berada di kedudukan tempat ketiga sebagai destinasi utama pilihan pelancong Agoda dalam tahun 2019. Anda boleh menyelami sejarah Islam dengan melangkah secara maya di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur, di mana pengaruh budaya Islam yang kaya terhadap seni, seni bina, pakaian dan kaligrafi yang berusia 1400 tahun dipamerkan kepada orang ramai.
  • Jangan berlengah untuk menyaksikan lukisan Mona Lisa, The Wedding at Cana atau Venus de Milo, yang disimpan di Le Louvre, Paris. Saksikan lukisan yang tersohor secara dekat dengan mengikuti lawatan maya, tanpa meninggalkan rumah anda.
  • Lawatan ke New York tidak lengkap tanpa kunjungan ke Muzium Seni Metropolitan. Jadikan lawatan maya sebagai pembangkit semangat untuk lawatan sebenar pada masa akan datang. Projek Met 360 telah melancarkan sebuah siri enam video yang mengalu-alukan penonton ke muzium tersebut untuk menyaksikan seni dan seni bina dengan cara yang baharu dan imersif. Alamilah sendiri keluasan enam dewan di sana, termasuk The Great Hall, The Cloisters, The Temple of Dendur, The Met Breuer, The Charles Engelhard Court dan Arms and Armor Galleries.

TEATER & MUZIK

Tiada yang dapat menandingi keasyikan berada di dewan teater untuk menyaksikan persembahan lakonan, muzikal atau tarian. Walaupun keadaan sekarang tidak mengizinkan anda untuk bertandang ke Broadway atau West End, Royal Opera House atau konsert pop artis kegemaran anda, anda masih boleh menikmati kehebatan hiburan tersebut dengan bantuan teknologi moden.

  • Jika anda menggemari persembahan tarian, saksikanlah persembahan yang memukau Swan Lake, Handel’s Acis and Galatea atau The Winter’s Tale, yang dipersembahkan oleh Royal Opera House dan Royal Ballet.
  • Jika muzikal adalah suatu obsesi bagi anda, saksikanlah persembahan nukilan Andrew Lloyd Webber iaitu ‘The Shows Must Go On’, yang menampilkan kehebatan lagu ‘The Phantom of the Opera’, dan ‘Joseph’s Amazing Technicolored Dream Coat’ yang rancak.
  • Walaupun bintang-bintang pop tidak dapat beraksi di stadium pada ketika Ini, mereka masih boleh membuat persembahan yang terbaik untuk anda di rumah.  Sama ada anda ingin menari mengikut irama rock Bruce Springsteen, menyanyi bersama Gary Barlow dan ramai lagi artis antarabangsa dalam program ‘Crooner Sessions”, atau  menggoyangkan  badan bersama artis-artis Columbia Records seperti Diplo dan John Mayer, anda boleh lakukan dengan mengikuti persembahan ‘live stream’ atau melalui akaun media sosial mereka.

Faktor pendorong pelancongan #4 – MERCU TANDA

Pelancong-pelancong dari negara China dan Indonesia mempunyai kecenderungan bercuti demi untuk melawati tarikan-tarikan terkenal. Secara global, faktor ini adalah yang keempat paling utama dalam mendorong seseorang itu untuk melancong. Jadi, lawatilah destinasi-destinasi sohor Instagram ini secara online.

  • Khabarnya musim bunga di Paris adalah sesuatu yang tiada tolok bandingannya. Nikmatilah lawatan maya ke Menara Eiffel, sebuah monumen berbayar yang paling kerap dilawati di dunia, dengan 7 juta pelawat setiap tahun.
  • Peluang untuk mengintai ke dalam istana Diraja dalam tempoh duduk di rumah adalah sesuatu yang amat menarik, kerana Istana Buckingham adalah satu tempat yang harus dikunjungi oleh pelawat kota London. Jangan gusar, anda masih boleh merayau di dalam istana yang bersejarah ini melalui lawatan maya yang dikendalikan oleh ‘Royal Collection Trust’.
  • Disneyland adalah sesuatu tempat yang penuh keajaiban kepada semua tanpa mengira had umur. Imbau zaman kanak-kanak anda dengan lawatan maya di permainan-permainan yang hebat di Disneyland atau saksikan persembahan malam ‘Disney Illuminations’ yang mengasyikkan di Disneyland Paris dari tempat duduk barisan hadapan.

Faktor Pendorong Pelancongan #3 – MAKANAN

Menurut tinjauan U&A Agoda, faktor pendorong pelancongan ketiga utama adalah makanan di destinasi, terutamanya bagi pelancong-pelancong dari Asia. Kawalan pergerakan tidak bermakna anda tidak boleh mencuba pelbagai citarasa hidangan antarabangsa.

  • Tiru cara masakan bertaraf bintang Michelin bersama Massimo Bottura. Chef Itali ini adalah orang di sebalik gerakan #KitchenQuarantine yang menggalakkan chef serta orang ramai di serata dunia untuk memasak hidangan kegemaran yang terdapat di destinasi pelancongan mereka. Jika anda selalu berulang-alik ke dapur, apa kata anda berikan sentuhan gourmet kepada hidangan anda umpama chef-chef yang terbaik.
  • Bawakan hidangan daripada filem-filem kegemaran ke meja makan anda bersama Andrew Rea, seorang pembuat filem Amerika Syarikat dan juga chef melalui saluran YouTube Binging with Babish.
  • Jika anda menggemari citarasa tempatan, ikutilah akaun media sosial chef selebriti tanahair, Anis Nabilah untuk mendapatkan resepi-resepi Malaysia yang enak.

Faktor Pendorong Pelancongan #2 – PANTAI / PULAU

Pantai dan pulau adalah pendorong kedua utama kepada pelancong-pelancong di serata dunia. Walaupun anda terpaksa menunggu lebih lama untuk merasai pasir pantai di kaki dan deburan ombak di tubuh, anda masih boleh menikmati keajaiban lautan dari rumah anda.

  • Sejak 10,000 tahun yang lampau, Buck Island Reef National Park telah menjadi habitat kepada pelbagai batu karang dan hidupan laut. Dengan selaman berpandu National Geographics bersama jurufoto hidupan laut Brian Skerry, anda boleh alami keindahan warna-warna dan tekstur terumbu karang unik yang dilindungi dan menyaksikan anak-anak penyu yang baru menetas bergerak ke dalam laut di waktu malam.
  •  Selain itu, selami lautan dalam secara maya bersama singa laut di National Marine Sanctuaries dengan ihsan National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA).

Faktor Pendorong pelancongan #1 – ALAM SEMULAJADI / BANDAR

Faktor pendorong nombor satu bagi semua pelancong di dunia adalah pemandangan alam semulajadi. Jadi, Agoda telah membuat sebuah video kompilasi alam semulajadi dan pemandangan bandar yang indah bagi merancakkan keinginan untuk bercuti ke sana selepas perintah kawalan gerakan dimansuhkan kelak. 

ALAM SEMULAJADI  

  • Terkenal dengan kehebatan alam semulajadi, Kanada mempunyai pelbagai destinasi yang indah untuk dijelajahi.  Saksikan keajaiban Cahaya Utara di langit yang distrimkan setiap malam. Apa kata anda jelajahi Taman Negara Banff, di mana terdapatnya pelbagai video untuk melakukan “trek” merentasi taman negara tertua di Kanada  – Johnston Canyon.
  • Pulau Bali di Indonesia seringkali diberi gelaran syurga dunia. Ia terkenal dengan gunung-gunung berapi, sawah padi dan terutama sekali, pantai yang berpasir putih. Kunjungi pantai-pantai di Bali secara maya sambil duduk di rumah.
  • Saksikan pemandangan safari dengan lima haiwan liar utama di Afrika Selatan menerusi strim Wild Earth yang memaparkan suasana matahari terbit dan terbenam setiap hari – Wild Earth Safaris South Africa.

BANDAR

  • Ibu kota kewangan India, Mumbai bukan sahaja terkenal dengan filem-filem Bollywood, malahan ia juga merupakan   tempat tumpuan di kosmopolitan India yang terkenal dengan sub budaya, makanan dan pemandangan. Mumbai juga menjadi tuan tanah kepada bilangan bangunan dengan perhiasan seni kedua terbanyak di dunia dengan seni bina kolonial bersejarah, gothik dan kontemporari seperti mana yang kelihatan di dalam video tersebut.
  • Singapura berada di kedudukan ke-13 dalam senarai pelancong Agoda untuk tahun 2019. Negara ini kaya dengan pelbagai pengalaman yang berasal dari campuran budaya dari perspektif yang moden. Nikmatilah pemandangan yang unik serta budaya moden dan tradisional yang eklektik di Bandaraya dalam Taman ini.
  • UK meraih tempat ke-16 di dalam senarai pelancong Agoda dengan ibu kotanya, London yang penuh keajaiban. Berusia lebih 2000 tahun, London merupakan salah sebuah kota yang paling kerap dikunjungi di dunia dengan pelbagai pengalaman menarik untuk sesiapa sahaja. Bersiar-siarlah menerusi mercu tanda Ikonik seperti Jambatan Tower, London Eye dan Lebuh Carnaby.

Akhir sekali, untuk pengalaman di angkasa…

Lihatlah pemandangan dari Stesen Angkasa Antarabangsa NASA yang berputar mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali dalam tempoh 24 jam. Di sini anda boleh menyaksikan sama ada matahari terbit atau terbenam setiap 45 minit. Bukankah ini masa yang paling afdal untuk menyaksikan Bumi kita melalui strim secara langsung di Stesen Angkasa NASA?

Agoda Kongsi Cara Menjelajahi Dunia Semasa #DudukDiRumah – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts