AFM Fulfillment Perintis Gudang Robotik Pintar Pertama di Malaysia untuk e-Dagang

AFM Fulfillment Perintis Gudang Robotik Pintar Pertama di Malaysia untuk e-Dagang

[Dari kiri ke kanan] Jookaplee Shaaibon, Ketua Pegawai Eksekutif AFM Fulfillment, YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), dan Mohammad Taufik Othman, Pengerusi Eksekutif AFM Fulfillment, secara rasmi melancarkan sistem robotik pintar AFM Fulfillment yang canggih.

Kuala Lumpur, 24 Oktober 2024 – AFM Fulfillment (“AFM”), peneraju dalam penyelesaian e-dagang terkemuka di Malaysia, secara rasminya melancarkan gudang robotik pintar pertama di negara ini, menetapkan penanda aras baharu dengan memanfaatkan kecekapan dan ketepatan. Diintegrasikan secara lancar dengan platform pemasaran, kemudahan canggih ini menandakan lonjakan besar dalam industri e-dagang, menyediakan penyelesaian yang lebih pantas, lebih tepat, dan boleh diskalakan mengikut perubahan pasaran.

Majlis pelancaran itu telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, dan dihadiri oleh pemimpin industri ternama serta pihak media. Acara ini menekankan potensi sistem robotik termaju, yang mampu beroperasi tanpa henti, sambil mengurangkan kesilapan manusia dan kos buruh secara signifikan. Dengan teknologi yang inovatif, AFM bersedia untuk mendefinisikan semula pengendalian pemprosesan pesanan dan pengurusan inventori perniagaan, sambil menawarkan penjejakan prestasi masa nyata menerusi papan pemuka yang komprehensif.

“Ini adalah detik transformasi untuk AFM Fulfillment, di mana sistem robotik pintar kami bukan sahaja mampu menangani cabaran pemenuhan malah turut membentuk semula pasaran menerusi penggunaan teknologi canggih bagi membina perniagaan yang boleh diskalakan, memaksimumkan ruang, dan meningkatkan produktiviti pelanggan kami,” kata Pengerusi Eksekutif AFM Fulfillment, Mohammad Taufik Othman. Beliau turut menambah bahawa kebolehskalaan  sistem ini membolehkan AFM menyesuaikan diri dengan permintaan pasaran yang semakin meningkat, memacu kecekapan operasi dan penjimatan kos.

AFM Fulfillment Perintis Gudang Robotik Pintar Pertama di Malaysia untuk e-Dagang
Mohammad Taufik Othman, Pengerusi Eksekutif AFM Fulfillment, menyampaikan ucapan utama beliau semasa acara pelancaran, menekankan kemajuan inovatif sistem robotik pintar AFM.

Komitmen AFM terhadap inovasi, yang mendapat pengiktirafan berprestij Anugerah Inovasi Perkhidmatan, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju penyelesaian e-dagang tercanggih, dengan rancangan untuk berkembang ke Johor, Pulau Pinang, Malaysia Timur dan seluruh rantau menjelang 2027.

Selain logistik, AFM turut menawarkan ekosistem lengkap yang disesuaikan mengikut keperluan jenama e-dagang, yang merangkumi pemasaran, jualan dan perkhidmatan. Pendekatan holistik ini membezakan AFM daripada pesaing lain, menyediakan alat yang diperlukan oleh perniagaan untuk berkembang dan berjaya dalam pasaran yang serba kompetitif. Gudangnya yang terletak di lokasi strategik turut berfungsi sebagai hab pengedaran berpusat, membolehkan pelanggan memenuhi tahap tuntutan perkhidmatan yang tinggi seperti penghantaran dalam tempoh 24 jam atau penghantaran pada hari berikutnya.

Satu demonstrasi secara langsung yang mempamerkan keupayaan sistem robotik pintar AFM turut diadakan pada majlis pelancaran tersebut. Demonstrasi itu memaparkan keupayaan proses pemenuhan menyeluruh yang serba lancar, menggariskan komitmennya untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan dan kebolehskalaan sektor e-dagang di Malaysia.

AFM Fulfillment Perintis Gudang Robotik Pintar Pertama di Malaysia untuk e-Dagang
Mohammad Taufik Othman, Pengerusi Eksekutif AFM Fulfillment, dan YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), mengetuai lawatan media ke pusat pemenuhan robotik pintar berteknologi tinggi AFM Fulfillment.

AFM melangkaui logistik tradisional dengan menetapkan standard baharu dalam industri. Melalui inovasi teknologi, kerjasama strategik dan tawaran perkhidmatan yang komprehensif, AFM merevolusikan pengalaman untuk perniagaan dan pelanggan.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendapatkan maklumat terkini, sila layari laman sesawang dan ikuti media sosial AFM Fulfillment di Facebook, Instagram dan Tik Tok.

AFM Fulfillment Perintis Gudang Robotik Pintar Pertama di Malaysia untuk e-Dagang – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts