Johor, 15 Julai 2024 – AEON Bank (M) Berhad (“AEON Bank” atau “Bank”), Bank Digital Islam Pertama di Malaysia menggerakkan program jelajahnya ke negeri Johor di AEON Mall Tebrau City pada 11 hingga 14 Julai 2024.
Para pengunjung dan pelanggan dari pelbagai peringkat usia mengerumuni kempen jelajah di AEON Mall Tebrau City untuk mengetahui sendiri perkhidmatan produk perbankan digital patuh Syariah AEON Bank, seperti AEON Bank x Visa Debit Card-i, Akaun Simpanan, Duit Now, MyDebit, Savings Pot Simpanan, Penjejak Bajet, dan pelbagai kemudahan pembayaran digital yang membolehkan para pelanggan meraih keuntungan daripada simpanan mereka, dengan tambahan manfaat dan promosi di seluruh ekosistem AEON serta rangkaian meluas rakan niaga, termasuk diskaun istimewa semasa kempen jelajah di negeri Johor oleh Tealive, ZUS Coffee dan Sister Popiah.
Para pelanggan yang mengaktifkan akaun Simpanan-i mereka dari sekarang sehingga 31 Ogos 2024 juga layak untuk menikmati kadar untung 3.88%* setahun, bonus pendaftaran eksklusif 3,000* Mata Ganjaran AEON, 3X* Mata Ganjaran AEON bagi setiap pembelian menggunakan Debit Card-i, serta pengecualian yuran pengeluaran kad RM12 dan pengecualian yuran keahlian setahun bagi Program Mata AEON.
AEON Bank juga memberi ganjaran istimewa kepada para pelanggannya menerusi pengumpulan Mata Ganjaran AEON yang boleh ditukar kepada nilai wang tunai yang akan dikreditkan terus ke dalam Akaun-i Simpanan mereka dan kemudiannya boleh digunakan untuk pembelian seterusnya, pemindahan dalam talian, selain pembayaran bil kepada pelbagai rakan utiliti, termasuk elektrik, air, langganan internet/TV/radio, bil telefon pasca bayar, majlis perbandaran kerajaan tempatan, SSPN, Ujrah dan banyak lagi.
GAMBAR KEMPEN JELAJAH DAN ACARA MENARIK
Chef Danish Harraz menceriakan orang ramai dengan menu lazat lagi mudah dibuat, seperti kek keju tanpa bakar cebisan biskut Sakura , Tom Kha Gai dan Berry Bliss Refresher a’la air balang.
Para pemenang peraduan melukis.
Nana Mahazan mengacarakan majlis semasa program jelajah di Johor.
Boss James berkongsi tips pengurusan wang bersama orang ramai
Mimie Haris mengacarakan aktiviti semasa program jelajah AEON Bank.
Persembahan tarian tradisi Zapin yang dipersembahkan oleh kumpulan penari Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar baharu memenangi Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Rendah (TASEEM) Peringkat Kebangsaan 2024, anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Neko, maskot AEON Bank berinteraksi dengan pengunjung.
AEON Bank (M) Berhad telah dilancarkan secara rasmi pada 26 Mei 2024 dan kini menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan digital patuh Syariah. Ia adalah satu daripada lima pemegang lesen perbankan digital yang dimandatkan oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia. Sebagai bank digital Islam pertama di Malaysia, AEON Bank komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah diakses, termasuk kepada mereka yang tidak mempunyai
akaun bank dan komuniti yang termaginalisasi. Ia juga akan terus berusaha untuk memperkasakan masyarakat demi mencapai aspirasi dan ketakbersandaran ekonomi, sambil memupuk masa depan kewangan yang lebih inklusif untuk semua, di samping menyumbang ke arah pembangunan industri fintech dan ekonomi digital negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai AEON Bank, ikuti i @AEONBankMY di media sosial atau layari laman web AEON Bank. Untuk memuat turun Aplikasi AEON Bank, klik pada pautan atau imbas kod QR di bawah: