Acara Maraton Wanita Tunggal Asia Tenggara Mencapai 10 Tahun Dengan Perbezaan

Penaja utama MCIS Life membawakan siri yang diperbaharui dengan faedah pemeriksaan kanser & pendaftaran percuma untuk kategori maya

Petaling Jaya, 8 Mac 2022: Satu-satunya maraton wanita Asia Tenggara, MCIS Life-Malaysia Women Marathon (MCIS Life MWM) 2022 bersedia untuk mengalu-alukan pelari untuk kembali ke acara sukan normal baharu tahun ini.

Menjelang tahun ke-10 , edisi 2022 akan menggabungkan semua prosedur kesihatan dan keselamatan wajib mengikut rutin normal baharu seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

“Sebagai tradisi, dari dulu lagi kami menandakan  International Women’s Day (IWD) dengan melancarkan larian yang meraikan kepentingan kesihatan yang baik, gaya hidup yang seimbang dan menghormati wanita atas pencapaian sepanjang hayat mereka.

“Tahun ini, perancangan sedang dibuat untuk larian fizikal yang akan diadakan di Selangor, Perak dan Johor dengan kelainan kerana kami memberi peluang kepada 500 pelari pertama untuk menerima pemeriksaan kanser secara percuma sempena kerjasama strategik kami dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM),” kata Encik Prasheem Seebran, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, MCIS Life.

Ketiga-tiga larian yang dirancang untuk tahun 2022 ditetapkan untuk menggunakan pendekatan hibrid dimana larian fizikal di lokasi yang ditentukan perlu mematuhi had maksimum 1,000 peserta manakala semua peminat kecergasan digalakkan mendaftar untuk pilihan larian maya yang memberi keselesaan berlari/berjoging/berjalan dari mana sahaja mereka berada – bahagian yang terbaik, pelari maya boleh mendaftar secara percuma!

“Sedekad yang lalu apabila kami memulakannya, matlamat kami adalah untuk menggalakkan wanita meraikan Hari Wanita Antarabangsa melalui sukan kerana gaya hidup aktif secara fizikal boleh mewujudkan minda dan harga diri yang lebih sihat, yang amat diperlukan untuk memperkasakan wanita.

“Selama bertahun-tahun, acara kami mempunyai tujuan yang lebih besar untuk mendidik orang ramai tentang kesaksamaan jantina dan juga memberi lebih perhatian untuk menjalani gaya hidup holistik serta mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu untuk menguruskan penyakit yang boleh dicegah melalui pemeriksaan awal. Tahun ini, terima kasih kepada MCIS Life dan NCSM, kami berbesar hati untuk memberi pemeriksaan kanser percuma kepada 500 orang pertama yang mendaftar untuk larian kami,” jelas Cik Karen Loh, Pengarah MWM.

Berikut ialah butiran penting berhubung Larian MCIS Life-MWM 2022:

  • Siri 3 acara yang diadakan pada bulan Mei, Julai & Oktober 2022
  • Setiap acara akan dibuka kepada maksimum 1,000 peserta secara peribadi (fizikal).
  • Setiap acara mempunyai kapasiti tanpa had untuk bilangan peserta bawah kategori maya (berjalan mengikut rentak dan tempat anda sendiri)
  • Yuran pendaftaran untuk acara fizikal adalah antara RM50 dan RM60 (bergantung pada jarak yang diingini, kelayakan) seorang
  • Peserta larian maya boleh menyertai acara ini secara percuma! Jika anda memilih untuk menerima t-shirt dan barangan Larian, sedikit bayaran akan dikenakan.

“Salah satu sorotan utama acara kami tahun ini ialah bagaimana kami, bersama-sama, menyelaraskan larian kami dengan tema IWD 2022 iaitu #BreakTheBias – pada pendapat kami akses kepada penjagaan kesihatan asas dan mengembangkan komuniti yang menyokong matlamat kecergasan setiap individu bermula dengan mengiktiraf bahawa keperluan ini harus boleh diakses oleh semua orang – wanita, lelaki dan kanak-kanak dari semua peringkat umur yang membentuk masyarakat kita.

“Ini juga sebab kami telah membolehkan peserta maya mendaftar secara PERCUMA kerana kecergasan fizikal adalah sama penting untuk semua peringkat umur dan gaya hidup,” pendapat Prasheem dan Loh, secara bersama. Ikuti saluran media sosial MCIS Life dan MWM untuk butiran lanjut dan kemas kini tentang Larian MCIS Life – MWM 2022 – daftarlah hari ini!

© 2023 BlackButterfly DesignArts