
squirrly-seo
domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init
action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/functions.php on line 6121Membawakan Pembaharuan Fesyen Kasut dengan Pembukaan Kedai Rasmi di The Gardens Mall
Kuala Lumpur, 22 Ogos 2024 – A Store, sebuah jenama yang menjadi lambang kepada gaya, kelestarian alam dan kehalusan kerja tangan, kini telah tiba di Malaysia dengan pembukaan kedai utamanya di The Gardens Mall. Majlis perasmian kedai tersebut yang dihadiri oleh para penggemar fesyen dan pemain industri, menandakan satu era baharu dalam landskap fesyen Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan kasut yang sofistikated.
Sebagai sebuah destinasi gaya hidup-kasut utama, A Store yakin bahawa fesyen bukan sekadar merangkumi nilai estetika – malahan ia juga adalah satu cara ekspresi diri. Berbekalkan komitmen untuk membawakan pengalaman beli-belah yang tiada tolok bandingannya, A Store mengalu-alukan kehadiran pelanggan untuk meneroka pelbagai jenama global yang dipilih secara teliti berdasarkan nilai teras keaslian dan inovasinya. Merangkumi jenama yang diilhamkan daripada warisan seperti Autry, gaya klasik Cariuma yang berteraskan kelestarian alam, dan juga gaya vintaj SAYE yang direka dengan beretika, setiap pasang kasut dari A Store mempunyai kisah unik mengenai kehalusan kerja tangan dan bakat reka cipta moden untuk ketengahkan.
“Kami merasa teruja untuk memperkenalkan A Store ke Malaysia, satu pasaran yang memberikan keutamaan terhadap gaya, kualiti dan inovasi. Matlamat kami adalah untuk menyediakan ruang bagi para pelanggan untuk mendapatkan kasut idaman yang bukan sahaja kelihatan hebat tetapi juga mencerminkan gaya dan nilai peribadi mereka,” kata Chris Lee, Pengarah A Store. “Dengan adanya pelbagai rangkaian jenama di kedai kami, termasuk Hirundo, East Pacific Trade, Foot Industry dan Stepney Worker’s Club, kami berhasrat untuk memenuhi cita rasa para pengguna Malaysia yang inginkan produk yang sofistikated dan mampan.”
Di A Store, para pelanggan boleh menjangkakan pengalaman beli-belah imersif yang bertaraf tinggi. Koleksi yang dipilih secara rapi menampilkan gabungan eklektik jenama global tersohor dengan kualiti luar biasa dan prinsip rekaan yang unik.
Jenama-jenama Yang Tersedia di A Store:
Ketibaan A Store ke Malaysia menandakan satu pencapaian budaya untuk melibatkan komuniti fesyen yang berwawasan. Dengan komitmen yang teguh terhadap ketulenan dan integriti, A Store memastikan bahawa setiap produk menepati standard tertinggi dalam kualiti, kelestarian dan gaya. Ini mencerminkan dedikasi A Store untuk membawakan fesyen yang bukan sahaja berinovasi tetapi juga bertanggungjawab.
A Store bersedia untuk membawakan pembaharuan kepada pasaran kasut Malaysia dengan menghimpunkan pelbagai jenama hebat di bawah satu bumbung. Setiap jenama mencerminkan dedikasi kami terhadap kualiti, inovasi dan kelestarian untuk memastikan setiap langkah yang diambil adalah satu langkah ke arah masa depan yang lebih bergaya dan prihatin.