Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the squirrly-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/functions.php on line 6121
Dominasikan Rentak Anda di Coway Run 2025 Merdeka Ini | RAMARAMA

Dominasikan Rentak Anda di Coway Run 2025 Merdeka Ini

Coway Run 2025 kembali untuk meneruskan legasinya dalam menginspirasi rakyat Malaysia untuk memupuk semangat diri dan melangkah maju ke hadapan

Coway Run 2025 Poster

KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2025 – Coway, syarikat Best Life Solution, dengan bangganya mengumumkan acara larian tahunan yang dinanti-nantikan, Coway Run yang kini kembali untuk edisi ke-9. Coway Run 2025 bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos 2025, bersempena dengan salah satu sambutan paling bermakna di Malaysia, iaitu Hari Merdeka.

Mengetengahkan semangat kemerdekaan, tema tahun ini, ‘Dominasikan Rentak Anda’ mencerminkan daya tahan dan pertumbuhan yang telah memacu Malaysia ke hadapan. Lebih daripada sekadar acara larian, Coway Run menjadi wadah untuk rakyat Malaysia mengekspresikan diri mereka, menzahirkan semangat cintakan negara, dan meraikan hari Merdeka dengan cara lebih sihat dan bertenaga, selari dengan semangat Merdeka yang menyatukan semua.

“Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, Coway Run 2025 menjadi simbolik di mana kemajuan bermula dengan setiap langkah yang diambil, sama ada dalam aspek kesihatan, semangat individu, mahupun sebagai sebuah negara,” kata Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia.

Jualan tiket Coway Run akan bermula pada 1 Mei 2025, dimulakan dengan jualan pelancaran istimewa selama 24 jam, yangmenawarkan tiket serendah RM45. Ini akan disusuli dengan jualan 72 jam, Jualan Awal dan Jualan Umum yang akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2025 atau sehingga semua tiket habis dijual. Sebagai tambahan, 10 peserta bertuah yang membeli tiket Coway Run 2025 mereka dari 1 Mei 2025 hingga 4 Mei 2025 akan berpeluang memenangi baucar eksklusif daripada Brooks bernilai RM400 setiap satu!

Coway Run 2025 Merchandise

Pemenang bagi kategori 10km dan 21km akan bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai dan ganjaran eksklusif berjumlah RM20,000. Bagi kategori 5km dan Kanak-kanak, peserta boleh menantikan lima halangan menarik yang diinspirasikan daripada produk utama Coway, termasuk penulen air dan udara, penyaman udara, kerusi urut dan tilam.

Setiap tahun, Coway Run menjanjikan suasana meriah yang dipenuhi dengan reruai permainan interaktif, cabaran yang mendebarkan dan aktiviti yang menyeronokkan. Namun begitu, acara ini turut melangkaui aspek kesejahteraan diri dengan menyumbang kepada golongan yang memerlukan. Bagi setiap tiket Coway Run yang dijual, sebanyak RM10 akan disalurkan kepada Coway Happy Water Project, sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan untuk membekalkan air minuman yang bersih dan selamat kepada komuniti yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.

Sertai Coway Run 2025 dan raikan hari Merdeka dengan cara yang lebih bermakna, aktif dan penuh semangat. Sama ada anda berlari untuk mencabar keupayaan diri, memberi insipirasi kepada insan tersayang atau menyumbang kepada komuniti anda, setiap langkah mencorak satu perubahan. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.cowayrun.com.my/ untuk membeli tiket anda sekarang.

© 2024 BlackButterfly DesignArts