inDrive Raikan Ramadan dengan 10,000 Mangkuk Bubur Lambuk dan Kurma, Sokong Peniaga Tempatan dan Komuniti

inDrive Raikan Ramadan dengan 10,000 Mangkuk Bubur Lambuk dan Kurma, Sokong Peniaga Tempatan dan Komuniti

Kuala Lumpur, 25 Mac 2025 – inDrive, platform mobiliti dan perkhidmatan bandar global, telah menjayakan inisiatif Roda Kasih sempena Ramadan ini dengan mengagihkan lebih daripada 10,000 mangkuk bubur lambuk dan kurma di Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Lembah Klang, sambil menyokong peniaga kecil tempatan.

Lebih daripada sekadar hidangan, setiap mangkuk bubur lambuk melambangkan misi inDrive dalam menegakkan kesaksamaan dan keterangkuman, dengan kepercayaan bahawa setiap individu wajar menikmati kebersamaan, terutama dalam bulan suci ini. Seperti mana inDrive memperjuangkan peluang yang lebih adil melalui platform yang berasaskan komuniti, inisiatif ini bertujuan untuk berkongsi kegembiraan berbuka puasa dengan semua, memastikan semangat memberi meluas ke seluruh lapisan masyarakat.

Bagi memperluaskan impaknya, inDrive telah menunjukkan sokongan dengan membeli semua bubur lambuk dan kurma daripada peniaga kecil tempatan, sekali gus membantu meningkatkan perniagaan mereka sepanjang musim perayaan. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan hidangan yang segar dan autentik, tetapi juga memberi manfaat langsung kepada usahawan kecil yang bergantung pada jualan Ramadan untuk mata pencarian mereka.

inDrive Raikan Ramadan dengan 10,000 Mangkuk Bubur Lambuk dan Kurma, Sokong Peniaga Tempatan dan Komuniti

Inisiatif ini memberi manfaat kepada masyarakat di bazar Ramadan, kawasan perumahan B40, dan hospital, menawarkan lebih daripada sekadar hidangan berbuka. Ia juga menjadi platform bermakna bagi komuniti pemandu inDrive untuk menghayati semangat memberi. Lebih daripada 30 pemandu secara sukarela meluangkan masa dan tenaga mereka, bukan sahaja menghantar bubur lambuk tetapi juga berinteraksi dengan komuniti yang mereka layani setiap hari. Penyertaan mereka menekankan peranan mereka bukan sekadar sebagai pemandu, tetapi sebagai penyumbang penting kepada masyarakat sekeliling.

Di Johor Bahru, inDrive mengambil pendekatan yang lebih bermakna dengan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir besar yang melanda baru-baru ini. inDrive tampil membantu dengan mengagihkan makanan dan keperluan asas di pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan lebih daripada 400 mangsa banjir. Walaupun air banjir mula surut di beberapa kawasan, ramai keluarga masih tidak dapat kembali ke rumah akibat lumpur yang menyebabkan kerosakan besar. Dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas, inDrive memperkukuh komitmennya untuk sentiasa bersama komuniti dalam waktu kesusahan.

“Sambutan luar biasa daripada orang ramai dan para pemandu kami benar-benar mengharukan. Lebih bermakna lagi, apabila para pemandu terlibat secara aktif dalam usaha kebajikan, ia mencerminkan semangat perpaduan yang ditekankan sepanjang Ramadan. Seiring dengan pertumbuhan kami, inDrive kekal komited dalam mewujudkan persekitaran yang inklusif dan menyokong bukan sahaja untuk pemandu, tetapi juga masyarakat secara keseluruhan. Kami berharap dapat meneruskan lebih banyak inisiatif seperti ini pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh hubungan kami dengan komuniti di Malaysia,” kata Azlan Anwar, Pengurus Operasi Pemandu inDrive Malaysia.

Melalui Roda Kasih, inDrive menegaskan komitmennya untuk memperkasa komuniti—bukan sahaja dengan menyediakan penyelesaian mobiliti, tetapi juga dengan menyokong perniagaan tempatan dan memastikan keadilan dapat dikecapi oleh semua lapisan masyarakat. Sama ada berkongsi hidangan hangat semasa Ramadan atau tampil membantu di saat krisis, inDrive kekal komited untuk membawa perubahan bermakna dalam kehidupan rakyat Malaysia. Seiring dengan pertumbuhan platform ini, misinya untuk memacu perubahan positif juga semakin berkembang, membuktikan bahawa impak sebenar bukan sekadar mengenai pengangkutan, tetapi tentang manusia, tujuan, dan keprihatinan.

© 2024 BlackButterfly DesignArts