Liberty General Insurance Melancarkan Produk Komprehensif untuk Melindungi Perniagaan Anda
Kuala Lumpur, 27 Januari 2025 – Dalam landskap perniagaan yang bergerak pantas pada hari ini, melindungi perusahaan anda amatlah kritikal berbanding dahulu. Oleh itu, Liberty General Insurance (Liberty) dengan bangganya memperkenalkan SME BI 365, sebuah produk insurans gangguan perniagaan yang komprehensif dan mudah yang direka khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Tawaran ini melengkapi polisi-polisi Insurans Kebakaran Bebas Tarif Liberty seperti Liberty Premier Fire & Con Loss, Fire 365, dan Fire Enhanced, memberikan PKS lapisan perlindungan yang kukuh untuk menyokong kesinambungan dan ketahanan perniagaan.
Pepatah “gagal merancang bermakna merancang untuk gagal” amat relevan bagi banyak perniagaan, terutamanya PKS yang beroperasi dengan struktur yang ringkas dan terdedah kepada kerugian besar dari kebakaran atau bencana alam. Dalam laporan bersama yang dilakukan oleh Bank Dunia dan Bank Negara Malaysia, kira-kira 75% perusahaan kecil menyatakan bahawa hambatan rantaian bekalan adalah punca utama kelewatan untuk kembali beroperasi dan hasil tinjauan PKS menunjukkan bahawa bayaran insurans adalah sumber pembiayaan yang penting untuk usaha pemulihan.
Memahami keperluan PKS di Malaysia, SME BI 365 dari Liberty menawarkan solusi insurans gangguan perniagaan yang mudah dan langsung yang membantu pemilik perniagaan melindungi kehilangan pendapatan mereka selepas kejadian kebakaran, banjir atau bencana lain yang diinsuranskan. Produk ini tidak hanya mudah dipahami, tetapi juga direka untuk memudahkan proses perlindungan, membolehkan pemilik perniagaan untuk memberi tumpuan kepada perkara yang mereka lakukan dengan baik —memajukan perniagaan mereka.
“SME BI 365 merupakan pengubah keadaan untuk segmen PKS di pasaran dengan kemudahan pengiraan jumlah yang diinsuranskan,” kata Puneet Pasricha (Pasha), Ketua Pegawai Eksekutif Liberty General Insurance Berhad. “Ini akan membantu mengurangkan beban pemilik perniagaan dalam menentukan tindakan terbaik atau jaring keselamatan yang diperlukan supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada pengembangan perniagaan dengan penuh keyakinan.”
Ciri-ciri utama SME BI 365 adalah:
SME BI 365 bertujuan untuk memudahkan dunia insurans gangguan perniagaan yang kompleks. Pemilik perniagaan hanya perlu menyediakan maklumat penting dan pengiraan mudah bagi jumlah yang diinsuranskan, menjadikan proses ini lebih mudah dari sebelumnya bagi PKS untuk mendapatkan perlindungan yang mereka perlukan.
“Memahami risiko yang berkaitan dengan menjalankan sebuah perniagaan adalah penting, dan SME BI 365 menjadikan proses ini lebih mudah,” jelas Pasha. “Matlamat kami adalah untuk melengkapkan PKS dengan alat dan sokongan yang diperlukan untuk menghadapi ketidakpastian dengan lebih yakin.”
PKS digalakkan untuk mengambil langkah proaktif dalam melindungi perniagaan mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SME BI 365 dan bagaimana ia boleh melindungi kepentingan dan operasi anda, layari www.libertyinsurance.com.my atau hubungi ejen Liberty General Insurance hari ini.