Nikmati sos telur masin lazat berkrim dengan menu hujung tahun TCRS yang terhad.
Kuala Lumpur, 5 Disember 2024 – Adakah anda sudah bersedia untuk menikmati hidangan istimewa menjelang akhir tahun ini? The Chicken Rice Shop (TCRS), rantaian restoran keluarga halal tempatan, membawa kembali menu kegemaran ramai, Grilled Butter Chicken dengan kelainan baharu yang menarik: sos telur masin berkrim untuk menaikkan selera rakyat Malaysia. Tersedia di cawangan TCRS di seluruh negara hingga 12 Januari 2025, hidangan istimewa ini adalah pilihan yang melazatkan untuk meraikan penghujung tahun.
Sejak kemunculannya, Grilled Butter Chicken telah menjadi menu wajib yang dikembalikan setiap akhir tahun. Pada tahun ini, TCRS berazam untuk meningkatkan cita rasa ayam panggang kegemaran ramai ini dengan keenakkan sos telur masin yang dimasak dengan daun kari dan cili merah, untuk hidangan lemak berkrim yang disempurnakan lagi dengan rasa rempah ratus.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkata bahawa hidangan Grilled Butter Chicken telah menjadi item utama dalam menu akhir tahun TCRS selama lebih 15 tahun, dan ia kekal sebagai salah satu hidangan yang dinanti-nantikan pelanggan setiap tahun.
“Tahun ini, kami memutuskan untuk mengembalikan hidangan istimewa kami, tetapi dengan sentuhan yang menarik untuk memikat hati pelanggan kami. Di TCRS, kami sentiasa bereksperimen untuk mencipta pengalaman yang terbaharu dan unik untuk pelanggan kami dengan menginovasi menu kegemaran ramai. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati hidangan istimewa ini seperti mana kami menikmati proses ciptaannya.”
Grilled Butter Chicken & The Golden Egg ditawarkan dalam tiga pilihan set yang disesuaikan untuk saiz kumpulan berbeza – sama ada untuk diri sendiri atau untuk berkongsi dengan yang tersayang. Melengkapkan hidangan ini adalah minuman Gua Cheeky Berry, gabungan jambu merah, strawberi, dan mangga. Minuman yang menyegarkan ini dapat meningkatkan lagi kenikmatan hidangan berkrim ini untuk cita rasa yang seimbang dan menyelerakan.
“Di TCRS, kami mengutamakan ciptaan hidangan yang menggalakkan perjumpaan keluarga dan rakan sahabat – bukan sahaja semasa musim perayaan tetapi sepanjang tahun. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan pengalaman menjamu selera yang istimewa. Sambil kami meraikan ketibaan penghujung tahun tidak lama lagi, kami teruja untuk memperkenalkan sentuhan baharu pada hidangan klasik TCRS dan kami tidak sabar untuk mendatangkan lebih banyak kejutan pada 2025,” kata Kah Yong.
Untuk maklumat lanjut mengenai menu Grilled Butter Chicken & The Golden Egg, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.