27 Finalis Muda berusia 1 hingga 6 tahun dari seluruh negara berentap bagi merebut hadiah pendidikan, manakala Jaguh Olimpik Negara, Goh Liu Ying berkongsi pandangan mengenai cara Mencapai Tahap Kecerdasan Lebih Tinggi Menerusi Pemakanan.
Kuala Lumpur, 4 Disember 2024: Mead Johnson Nutrition Malaysia dengan bangganya melabuhkan tirai Peringkat Akhir Enfagrow A+ Brain Speedometer Challenge hari ini di Petrosains KLCC, yang menghimpunkan 27 finalis muda berusia 1 hingga 6 tahun bagi mempamerkan keupayaan kognitif mereka.
Acara itu menekankan betapa pentingnya lima tahun pertama kehidupan sebagai tempoh kritikal perkembangan otak, di mana hampir 90% otak kanak-kanak terbentuk[i] dengan lebih sejuta hubungan neuron berlaku setiap saat[ii]. Tempoh kritikal ini memupuk tahap kecerdasan lebih tinggi – ciri-ciri yang menjadikan seseorang kanak-kanak itu lebih pintar (Advanced), menumpukan perhatian (Attentive) dan boleh menyesuaikan diri (Adaptable). Ia juga menyerlahkan peranan kelajuan pemprosesan otak yang pantas dalam pembelajaran, penyelesaian masalah, dan kebolehan menyesuaikan diri.
Penekanan turut diberikan kepada peranan membran globul lemak susu (MFGM) dalam Enfagrow A+ kerana ia terbukti menyokong kelajuan pemprosesan yang pantas dan daya tahan kognitif. Selain itu, Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak COMEL, yang mula diperkenalkan pada Future-Ready A+ Kids Expo awal tahun ini, membolehkan ibu bapa dan profesional penjagaan kesihatan menjejaki tahap perkembangan kanak-kanak secara aktif, memastikan kanak-kanak mendapat kemahiran asas yang diperlukan untuk pembelajaran sepanjang hayat. Semasa ekspo tersebut, para peserta turut berentap dalam Enfagrow A+ Brain Speedometer Challenge, di mana 27 finalis telah dipilih berdasarkan kepada prestasi kognitif masa sebenar mereka.
Enfagrow A+ Brain Speedometer Challenge: Cara yang Menyeronokkan untuk Berinteraksi, Menguji dan Mempamerkan Keupayaan Otak Kanak-kanak
Peringkat Akhir Enfagrow A+ Brain Speedometer Challenge mempamerkan kelajuan pemprosesan otak kanak-kanak dalam masa sebenar, menunjukkan kemampuan mereka menyerap dan bertindak balas terhadap maklumat dengan cepat dan berkesan. Perkembangan kelajuan pemprosesan otak yang pantas adalah penting di sepanjang tempoh pertumbuhan, kerana ia membina sifat yang menjadikan kanak-kanak lebih pintar, menumpukan perhatian dan boleh menyesuaikan diri, yang merupakan ciri-ciri penting untuk tahap kecerdasan lebih tinggi dan asas untuk daya tahan. Sokongan terhadap keupayaan ini melalui pemakanan yang sesuai, terutamanya dengan MFGM dan DHA yang terdapat di dalam Enfagrow A+ MindPro, memainkan peranan penting dalam memupuk kanak-kanak sedia masa depan yang bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan.
Pengurus Pemasaran Pemakanan Mead Johnson Nutrition Malaysia, Trang La Phuong menegaskan komitmen syarikat terhadap perkembangan kanak-kanak dan sokongan ibu bapa. Ujar beliau, “Misi kami di Mead Johnson Nutrition ialah untuk memupuk generasi masa depan melalui pemakanan yang disokong oleh sains bagi meningkatkan kecerdasan kanak-kanak ke tahap yang lebih tinggi, membantu mereka menjadi lebih pintar, menumpukan perhatian, dan boleh menyesuaikan diri. Enfagrow A+ Brain Speedometer Challenge menyediakan cara yang menarik untuk keluarga memahami kepentingan kelajuan pemprosesan otak yang pantas dan saringan kognitif awal. Pada masa yang sama, acara ini menyerlahkan peranan nutrisi yang diperkaya dengan MFGM dalam membentuk daya tahan kognitif dan kesejahteraan emosi.”
Pandangan Pakar mengenai Pemakanan dan Perkembangan Otak untuk Tahap Kecerdasan Lebih Tinggi
Acara itu turut menampilkan panel pakar bersama Prof Cheah Pike See, Ketua Jabatan Anatomi Manusia di Universiti Putra Malaysia, dan Goh Liu Ying, Juara Olimpik Negara dan Enfagrow A+ Mum. Perbincangan itu mengupas tentang pengembangan tahap kecerdasan lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak, yang dipacu oleh keupayaan mereka untuk menjadi lebih pintar, menumpukan perhatian, dan kebolehan menyesuaikan diri – ciri-ciri penting untuk pembelajaran sepanjang hayat dan kebolehan menyesuaikan diri. Prof. Cheah menekankan tentang peranan kelajuan pemprosesan sebagai asas kemahiran kognitif, di mana beliau menjelaskan bahawa MFGM menyokong IQ dan EQ, yang penting untuk daya tahan kanak-kanak.
Prof Cheah Pike See, Ketua Jabatan Anatomi Manusia Universiti Putra Malaysia, menjelaskan tentang kepentingan kelajuan pemprosesan sebagai kemahiran kognitif, di mana beliau menjelaskan bahawa MFGM menyokong IQ dan EQ, yang penting untuk kebolehan menyesuaikan diri dan pengurusan emosi. Jelas beliau, “Lima tahun terawal kehidupan adalah tempoh kritikal untuk perkembangan otak kanak-kanak. Sepanjang tempoh ini, MFGM menyokong proses penting seperti mielinisasi dan fungsi sinaptik, yang memaju perkembangan kognitif dan pengawalan emosi. Pemakanan memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak membina IQ dan EQ, membentuk sifat lebih pintar, menumpukan perhatian, dan kebolehan menyesuaikan diri. Ini adalah asas kepada tahap kecerdasan lebih tinggi yang diperlukan untuk kejayaan dan daya tahan dalam dunia moden. ”
Goh Liu Ying, Pemenang Pingat Perak Olimpik dan Enfagrow A+ Mum, berkongsi pengalaman peribadi tentang bagaimana beliau mengimbangi kerjaya sebagai seorang atlet dan peranannya sebagai seorang ibu, menekankan tentang kepentingan daya tahan, pemakanan, dan pembelajaran aktif dalam perkembangan anaknya. Katanya, “Sebagai seorang atlet, saya memahami betapa pentingnya nutrisi yang sesuai untuk badan dan minda. Sebagai seorang ibu, saya memastikan anak saya menerima pemakanan yang seimbang, termasuk produk yang diperkaya dengan MFGM. Ia membantu anak saya meningkatkan tumpuan, pembelajaran, dan pengurusan emosi, memberikan mereka asas yang kukuh untuk masa depan.”
Perjalanan Menuju ke Peringkat Akhir Enfagrow A+ Brain Speedometer Challenge
Peringkat Akhir Enfagrow A+ Brain Speedometer Challenge menandakan kemuncak inisiatif yang merangkumi seluruh negara, di mana ia menyediakan cara yang menarik bagi peserta muda memahami tentang kelajuan pemprosesan otak, satu aspek penting dalam perkembangan kognitif. Acara yang menyeronokkan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak di samping meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai peranan pemakanan awal dalam membentuk IQ dan EQ.
Acara itu diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada peserta terbaik dalam tiga kategori usia, sebagai pengiktirafan atas kejayaan mereka dalam cabaran kelajuan pemprosesan kognitif. Setiap pemenang kategori usia – 1 hingga 2 tahun, 3 hingga 4 tahun, dan 5 hingga 6 tahun – menerima Hadiah Utama berjumlah RM10,000, yang boleh digunakan untuk tujuan seperti Tabung Pendidikan SSPN, pengubahsuaian bilik belajar, atau pendaftaran kursus pendidikan yang diluluskan.
Selain itu, 24 pemenang hadiah sagu hati turut menerima baucar Toys R Us bernilai RM850 sebagai galakkan untuk mereka terus belajar dan bermain, menyokong perkembangan kognitif dan emosi mereka. Di antara 27 finalis yang bertanding, pemenang utama bagi setiap kategori usia yang diumumkan adalah seperti berikut:
Pemenang Utama Kategori Usia 1 hingga 2 Tahun | Pemenang Utama Kategori Usia 3 hingga 4 Tahun | Pemenang Utama Kategori Usia 5 hingga 6 Tahun |
Sherlyn Wong | Lim Szuyu | Tan Wei Cheng |
Acara ini adalah sebahagian daripada misi berterusan Mead Johnson Nutrition bagi menyokong ibu bapa dan melengkapkan kanak-kanak dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk berjaya. Dengan memberikan penekanan terhadap kepentingan perkembangan awal otak dan daya tahan, Mead Johnson Nutrition bersama-sama dengan Enfagrow A+ MindPro menyasarkan untuk membantu keluarga mempersiapkan anak mereka menjadi cemerlang dan sedia masa depan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Enfagrow A+ MindPro dan komitmen Mead Johnson terhadap perkembangan kanak-kanak, sila layari www.enfagrow.com.my.
[i] 85% of Brain Development Happens by 5 Years Old – Growing Up New Mexico : Growing Up New Mexico