Herbalife Family Foundation Menceriakan Enam Rumah Amal di Malaysia dan Singapura di Musim Perayaan Ini

Geran berjumlah RM1 juta bertujuan menyediakan nutrisi, pendidikan dan sokongan kepada komuniti yang memerlukan

Herbalife Family Foundation Menceriakan Enam Rumah Amal di Malaysia dan Singapura di Musim Perayaan Ini

Kuala Lumpur, 6 Disember 2024 – Bersempena dengan semangat saling memberi dan berkongsi di musim perayaan ini, Herbalife Family Foundation (HFF) cabang amal syarikat, komuniti dan platform kesihatan dan kesejahteraan terulung, Herbalife, dengan sukacitanya mengumumkan geran berjumlah RM1 juta (USD 225,000) untuk menyokong enam rumah kebajikan di Malaysia dan Singapura bagi tempoh 2024-2025. Geran ini merupakan sebahagian daripada Program Casa Herbalife, sebuah inisiatif global oleh HFF melibatkan kerjasama dengan organisasi komuniti untuk menyediakan makanan berkhasiat, sumber pendidikan dan persekitaran selamat untuk kanak-kanak dan golongan rentan.

Lima rakan kongsi badan bukan keuntungan di Malaysia terdiri daripada Good Samaritan Home, Hope Mission Society, Pertubuhan Kebajikan Amitabha, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim / Miskin Rukaiyah, dan Yayasan Chow Kit, selain Children’s Wishing Well yang bertapak di Singapura.

Jelas Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, “HFF komited untuk memperkasa komuniti yang memerlukan dengan memastikan kanak-kanak mendapat akses kepada makanan berkhasiat dan peluang bermakna dalam kehidupan. Setiap kanak-kanak berhak membesar dalam persekitaran yang sihat serta mendapat sokongan yang sewajarnya. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan pelbagai organisasi untuk membawa perubahan yang positif. Bersama-sama, kita mampu membina masa depan yang lebih cerah untuk kanak-kanak di Malaysia dan Singapura.”

Herbalife Family Foundation Menceriakan Enam Rumah Amal di Malaysia dan Singapura di Musim Perayaan Ini

Kejayaan Program Casa Herbalife adalah hasil sumbangan dan komitmen pengedar bebas dan warga kerja Herbalife. Kerja kuat mereka telah memacu keberhasilan impak tinggi ditunjukkan menerusi HFF, seterusnya menyokong komuniti dan mentransformasi kehidupan.

“Kami amat menghargai dedikasi yang tidak berbelah bahagi daripada pengedar bebas dan warga kerja Herbalife. Semangat dan kerja keras mereka telah menjadi pemangkin perubahan yang bermakna dan berterusan dalam kalangan komuniti kami beroperasi,” tambah beliau lagi.

Di Malaysia, HFF telah memperuntukkan sebanyak RM177,800 (USD40,000) kepada Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah untuk menyokong inisiatif meningkatkan kesejahteraan dan daya tahan kanak-kanak di pusat tersebut. Sebahagian daripada geran ini akan digunakan bagi pembinaan fasiliti tanaman hidroponik, yang bukan sahaja menyediakan bekalan sayur-sayuran segar secara berterusan tetapi juga berfungsi sebagai platform pendidikan untuk memupuk kemahiran bercucuk tanam dalam kalangan kanak-kanak.

Herbalife Family Foundation Menceriakan Enam Rumah Amal di Malaysia dan Singapura di Musim Perayaan Ini

Selain itu, geran ini turut merangkumi subsidi makanan, pengubahsuaian dapur, dan perbelanjaan operasi seperti bil elektrik dan air. HFF juga memperkenalkan kelas pendidikan nutrisi untuk mendidik kanak-kanak membuat pilihan pemakanan yang lebih sihat dan mengamalkan gaya hidup yang berkualiti. Usaha ini bertujuan membina asas yang kukuh bagi kesejahteraan jangka panjang mereka.

Dr. Abdul Rahman B. Kurais, Pengerusi Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah, menyatakan, “Sumbangan berterusan daripada HFF sejak 2018 telah membantu anak-anak di bawah jagaan kami memperoleh akses kepada makanan berkhasiat serta persekitaran yang lebih sihat. Pembinaan fasiliti tanaman hidroponik bukan sahaja memberi peluang kepada mereka mempelajari kemahiran bermakna dalam menghasilkan makanan segar, malah sokongan tambahan lain turut membantu kami dalam memupuk kesejahteraan jangka panjang kanak-kanak di pusat ini.”

Herbalife Family Foundation Menceriakan Enam Rumah Amal di Malaysia dan Singapura di Musim Perayaan Ini

Di Singapura, geran berjumlah RM222,300 (USD50,000) telah disalurkan kepada Children’s Wishing Well untuk menyokong misi untuk memenuhi keperluan nutrisi dan tumbesaran lebih 300 kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. Geran ini akan memberi manfaat langsung kepada dua program utama mereka, iaitu Hot Lunch Programme dan FRESH Grocery Shopping Programme, dalam usaha meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak tersebut.

Joanna Tan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Children’s Wishing Well, menegaskan kepentingan kerjasama ini, “Kelaparan dan kekurangan nutrisi memberi impak besar kepada komuniti, termasuk di negara maju seperti Singapura, di mana isu perbelanjaan dan pembaziran sering terjadi. Sumbangan berterusan daripada HFF telah membolehkan kami melaksanakan program berimpak tinggi seperti FRESH Grocery Shopping dan Hot Lunch, yang bukan sahaja menyediakan makanan berkhasiat tetapi juga memperlengkapkan kanak-kanak dengan asas kemahiran hidup. Melalui geran ini, lebih 4,000 hidangan siap dimasak akan disediakan untuk menyokong lebih 300 kanak-kanak dengan ramuan segar. Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan HFF sejak 2018.”

Geran ini merupakan bukti komitmen tidak berbelah bahagi HFF dalam membina komuniti yang lebih sihat dan inklusif. Dengan menjurus kepada keperluan nutirisi dan perkembangan holistik kanak-kanak, HFF menyerlahkan misinya untuk memastikan tiada satu pun kanak-kanak yang tertinggal.

Herbalife Family Foundation Menceriakan Enam Rumah Amal di Malaysia dan Singapura di Musim Perayaan Ini

Di peringkat global, HFF telah menganugerahkan sejumlah 5 juta dolar dalam bentuk geran kepada 164 pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di lebih 59 negara dan wilayah bagi tempoh 2024 – 2025. Senarai penuh penerima geran pada 2024 boleh didapati di sini.

Tahun ini HFF menyambut ulang tahun tiga dekad penglibatannya dalam filantropi global.

© 2024 BlackButterfly DesignArts