Sunway City Iskandar Puteri bersedia untuk menjadi perbandaran pertama di Johor yang melaksanakan sistem data berasaskan awan untuk menyelaraskan usaha kita semula sambil menggalakkan kelestarian komuniti.
Sunway City Iskandar Puteri, 17 Disember 2024 – Sunway City Iskandar Puteri (SCIP) telah mengambil langkah untuk mewujudkan kehidupan bandar yang mampan dengan kerjasama, SWM Environment Sdn Bhd. Kerjasama ini berjaya menetapkan tahap baharu bagi komuniti yang mengutamakan alam sekitar dan melancarkan sistem pengurusan sisa mampan berasaskan awan yang pertama di Johor.
Sistem berasaskan awan yang inovatif memperkasa kerja pemantauan dan analisis data kitar semula SCIP di seluruh perbandaran. Dengan platform ini, SCIP memperoleh data masa nyata tentang kadar kitar semula. Ini dapat meningkatkan pengawasan terhadap inisiatif kemampanan dan pengurusan sumber.
Berdasarkan sistem kemampanan perbandaran yang sedia ada, SCIP berjaya mengalihkan sisa daripada tapak pelupusan. Sejak 2018, SCIP telah mengumpul lebih 260,000 kg barang kitar semula melalui Sunway Big Box, Sunway Hotel Big Box, SJK (C) Cheah Fah, dan Sunway International School, yang telah dijayakan dengan sokongan Badan Pengurusan Bersama Kediaman. Dengan pendekatan berasaskan data yang baharu, SCIP mengsasarkan untuk meningkatkan lagi pengalihan sisa daripada tapak pelupusan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Iklan Iskandar Puteri 2030 (IPCAP 2030).
“Sunway Property kekal berdedikasi terhadap penyelesaian inovatif untuk memajukan usaha kelestarian dengan cara yang praktikal dan berkesan. Komitmen kami berakar umbi daripada tenaga dan semangat pasukan kami yang terdiri daripada belia untuk memacu inisiatif ke arah masa depan yang lebih hijau untuk Iskandar Puteri,” kata Gerard Soosay, Ketua Pegawai Eksekutif SCIP.
SCIP mencipta penanda aras baharu dalam pembangunan perbandaran mampan melalui kerjasama dengan SWM Environment untuk melancarkan sistem data pertama seumpamanya di Johor. Sistem ini memudahkan para penduduk untuk turut memainkan peranan mereka dalam mencipta masa depan yang lebih hijau.
Tuan Haji Mohd Norlisam bin Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, berkata, “Kerjasama ini adalah langkah penting yang membolehkan KITARecycle bagi mengembangkan lagi penyelesaian data berasaskan awan dan melengkapi usaha sedia ada kami untuk mendigitalkan system kitar semula yang berasaskan insentif, sambil menyokong komitmen rakan korporat kami terhadap inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).”
Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama strategik bersama SCIP ini dengan menyatakan, “Kerjasama strategik ini menggariskan komitmen kami untuk memanfaatkan usaha SCIP dalam membangunkan perbandaran yang mampan dan rendah karbon. Selain daripada menyediakan KITARecycle berasaskan awan, kami sangat teruja untuk meningkatkan usaha kami untuk SCIP bagi memacu Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) terutamanya dalam memupuk Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS) dan amalan kitar semula dalam kalangan penduduk di rumah.”
Komitmen SCIP untuk memupuk gaya hidup mampan merangkumi usaha yang lebih daripada sistem berasaskan awan. Setakat ini, komuniti perbandaran tersebut telah menyumbang kepada pengumpulan dan penukaran lebih 4000kg minyak masak terpakai kepada biobahan api yang berharga. Melalui program KITARecycle yang dianjurkan oleh SWM Environment, para penduduk juga boleh memantau dan memperoleh pulangan tunai daripada sumbangan kitar semula mereka. Ini secara tidak langsung dapat memupuk budaya pengurusan sisa yang bertanggungjawab.
Pada masa ini, perbandaran tersebut juga menempatkan dua stesen kitar semula di Sunway GRID dan Sunway Boulevard 88 yang dibiayai oleh Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon yang diketuai oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama SWM Environment. Sebagai pelabur bersama perbandaran yang berkembang seiring dengan penduduknya, SCIP berikrar untuk membina stesen kitar semula untuk setiap pembangunan yang akan datang. Pelaburan dalam infrastruktur mampan ini menggariskan visi mereka untuk mewujudkan bandar baharu pintar dan mampan Sunway yang seterusnya.
“Sebagai salah satu perbandaran Malaysia yang berfokus pada masa hadapan, kami komited untuk menetapkan penanda aras baharu dalam pembangunan mampan yang bertujuan untuk membuka jalan bagi kehidupan lestari yang berkesan di SCIP,” kata Gerard.
“Kerjasama kami dengan SWM Environment menandakan satu kejayaan dalam perjalanan kami untuk menerajui pengurusan alam sekitar dan pembangunan perbandaran pintar di Johor. Pelaburan dalam usaha sedemikian sejajar dengan komitmen Kumpulan Sunway terhadap Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) 9, 11, 12, 13, dan 17. Khususnya, kami ingin menekankan Matlamat 17: Perkongsian untuk Matlamat – di mana cara untuk maju ke hadapan hanya boleh dicapai melalui usaha kolektif oleh pihak pemaju, rakan kongsi perkhidmatan, dan terutamanya komuniti.”
Untuk maklumat lanjut tentang SCIP dan inisiatifnya, sila layari https://www.sunwaycityiskandarputeri.com/