Memasuki Tahun Kelima, usaha ‘Sending Love & Care to the Nature‘ 2024 Mengumpulkan RM50,000.00 untuk Memulakan Inisiatif Pertanian Bandar di UPSI
Kuala Lumpur, 2 Disember 2024 – Hada Labo, jenama penjagaan kulit terkemuka Jepun, meraikan tahun kelima inisiatif ‘Sending Love & Care to The Nature’ dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Watsons Malaysia. Tahun ini, Hada Labo memperluaskan komitmennya terhadap penjagaan alam sekitar dengan melancarkan inisiatif pertanian bandar di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjong Malim, Perak. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kampus dengan kualiti udara dan kemampanan, serta mempromosikan biodiversiti dan pengurangaan haba.
Sebahagian daripada inisiatif itu, 1,500 pokok Kelat Paya (Euginia Oleina) akan ditanam di sepanjang laluan pejalan kaki di tepi tasik bagi meningkatkan keindahan landskap kampus UPSI. Pokok-pokok ini akan menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih, sejuk serta meningkatkan kualiti udara dengan menapiskan bahan pencemar.
Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia, Lim Mei Yuen, berkata, “Memandangkan Hada Labo terus mengorak langkah dalam memelihara alam sekitar, harapan kami terhadap projek tahun ini adalah untuk mendemonstrasikan bagaimana ruang bandar boleh mengintegrasi amalan hijau dan memberi inspirasi kepada tabiat mampan dalam kalangan pelajar dan masyarakat yang lebih luas.”
“Ruang hijau yang disempurnakan akan memberikan pengalaman kampus lebih sihat dan menyenangkan sambil menyumbang kepada matlamat alam sekitar yang lebih luas.” tambahnya.
Naib Presiden MNS, Encik Ayadurai Letchumanan, berkata, “Inisiatif ini merupakan langkah penting ke arah memupuk komuniti yang lebih mampan dan berdaya tahan dengan mengurangkan kesan perubahan iklim, mengurangkan haba bandar dan meningkatkan kualiti udara.”
Sementara itu, Timbalan Dekan Rangkaian Industri dan Pengkomersialan, Fakulti Sains dan Matematik, Dr. Fatimah Azzahra binti Ahmad Rashid menyatakan penghargaannya terhadap dedikasi Hada Labo dalam pemuliharaan alam sekitar, sambil menekankan sumbangan pentingnya kepada komuniti universiti.
“Sebagai sebuah institusi yang berperanan membentuk pendidik masa depan, UPSI melihat inisiatif ini sebagai peluang yang sangat bernilai untuk pelajar kami memupuk kepentingan melestarikan alam sekitar, supaya nilai murni ini dapat disampaikan kepada generasi akan datang,”katanya.
Inisiatif ini disokongi oleh sumbangan RM50,000 daripada Hada Labo, yang diperolehi melalui penjualan Hada Labo Hydrating Lotion di Watsons Malaysia. Losyen tersebut boleh didapati dalam dua versi iaitu Rich – yang sesuai untuk kulit normal/kering dan sensitif dan Light – yang sesuai untuk kulit berminyak/berjerawat dan sensitif. Kedua-dua losyen ini dapat diperolehi dalam botol yang boleh dikitar semula sepenuhnya, yang menunjukkan falsafah eko Hada Labo iaitu “tidak lebih, tidak kurang.”
Acara penanaman pokok bandar dapat menyaksikan penyertaan aktif daripada pekerja Hada Labo dan Watsons, pelajar universiti, dan fasilitator, semuanya menyumbang tenaga terhadap transformasi laluan pejalan kaki UPSI kepada koridor hijau yang meriah.
Berdasarkan falsafah ‘Perfect x Simple’, Hada Labo terus bertekad untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan berdaya tahan bagi generasi akan datang, dengan menanam 5,400 pokok sejak pelancaran inisiatif ini pada tahun 2020.
Untuk maklumat lanjut atau menyokong kempen ‘Sending Love & Care to The Nature’, sila layari https://hadalabo.com.my/ atau layari laman Facebook rasmi Hada Labo Malaysia https://www.facebook.com/MyHadaLabo/.