
squirrly-seo
domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init
action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/functions.php on line 6121Shah Alam, 5 Disember 2024 – Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) menawarkan baucar percuma dan diskaun sehingga 50% kepada pelanggannya untuk menikmati pelbagai produk bermula hari ini. Setelah 19 tahun beroperasi dan berkhidmat kepada komuniti di ibu negeri Selangor serta kawasan sekitarnya, Lotus’s Malaysia telah memberikan nafas baharu kepada cawangan Shah Alam dengan penampilan serba baru dengan bukan sekadar hanya mengecat semula bangunan.
Nikmati pelbagai tawaran menarik dengan peluang memenangi hadiah bernilai lebih RM24,000 melalui aktiviti-aktiviti menarik yang telah disediakan.
Pasar raya dan pusat beli-belah seluas 9,000 meter persegi yang terletak di Jalan Aerobik, Seksyen 13, Shah Alam ini telah menjalani transformasi besar untuk memenuhi keperluan pembelian bukan sahaja kepada pengguna akhir tetapi juga kepada pengendali perniagaan, peruncit makanan, perkhidmatan makanan, HoReCa, dan organisasi amal. Lotus’s Shah Alam telah direka semula dengan format yang menyerupai stor hibrid di Puchong, tetapi dalam versi yang lebih kecil. Stor ini menawarkan lebih 13,000 barisan produk, termasuk lebih 280 barisan produk HoReCa seperti keperluan memasak, hasil segar, produk pembersihan rumah, dan makanan dalam tin.
Beli Lebih Untung Lebih – pelanggan kini boleh menikmati nilai yang lebih besar untuk harga barangan terpilih apabila membeli dalam kuantiti yang lebih banyak.
Antara tawaran menarik termasuk Promosi Istimewa Hari Pertama (5 Disember 2024) seperti jualan Ayam segar dengan harga serendah RM5.99 (terhad kepada 1,000 ekor sahaja), anggur merah pada RM5.49/kg, tomato segar pada RM0.99/kg, Telur Gred C Lotus’s (30 biji) pada RM9.90, Chocomalt Lotus’s 1kg pada RM10, dan banyak lagi. Peralatan elektrik seperti Philips Air Fryer RM159 dan Pensonic Stand Fan RM79 turut ditawarkan.
Acara dan hadiah menarik lain yang disediakan kepada pelanggan di Shah Alam termasuk:
Sampel Produk & Hadiah Percuma di Ruangan Ceria-Yah:
Menangi Hadiah E-Baucar Lotus’s & Goody Bag (5–8 Disember 2024):
Keistimewaan Tambahan untuk Ahli My Lotus’s Sedia Ada
Aktiviti dan Tawaran Menarik di Pusat Membeli-Belah Lotus’s (5 Disember – 8 Disember 2024)
Pasar raya ini merupakan pasar raya keenam Lotus’s yang telah menjalani proses pengubahsuaian bagi memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik dengan dekorasi baharu serta paparan produk yang ditambah baik di bahagian elektrik, hasil segar, daging, makanan laut, dan bakeri. Lotus’s telah melabur lebih daripada RM9 juta untuk menaik taraf cawangan-cawangannya, termasuk cawangan di Shah Alam.
Layari saluran rasmi Lotus’s Malaysia di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai tawaran hebat dan aktiviti menyeronokkan keluarga di Lotus’s Shah Alam.