Cult Creative Melancarkan Creator Platform untuk Membina Ekonomi Keusahawanan Kandungan

Creator Platform diwujudkan bagi membantu pencipta kandungan memperkemas dan mengoptimumkan pemasaran UGC

Cult Creative Melancarkan Creator Platform untuk Membina Ekonomi Keusahawanan Kandungan
Dari kiri ke kanan: Shermaine Wong, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Cult Creative, Lina Esa, Ketua Pegawai Pemasaran & Pengasas Bersama Cult Creative.

Petaling Jaya, 26 November 2024 – Cult Creative, yang menghubungkan jenama dan pencipta untuk bekerjasama dalam ruang ekonomi penciptaan kandungan melancarkan Creator Platform – platform lengkap yang dibangunkan untuk memperkemas dan mengoptimumkan kempen pemasaran kandungan janaan pengguna (UGC) dalam kalangan pencipta kandungan.

Memasuki fasa baharu perkembangan ekonomi penciptaan kandungan, industri pemasaran pempengaruh Asia Tenggara dijangka berkembang rancak dengan perdagangan sosial yang diunjurkan mencecah nilai $156 bilion menjelang 2030. Pempengaruh kini semakin mendapat tempat sebagai tokoh yang dipercayai dalam kalangan Gen Z dan golongan milenial apabila 92% pengguna meletakkan kepercayaan terhadap kandungan janaan pengguna (UGC) berbanding pengiklanan dalam bentuk lain.

Justeru, Cult Creative memenuhi permintaan ini menerusi Creator Platform (peringkat beta), yang menggabungkan teknologi dan reka bentuk berfokuskan pengguna dengan lancar. Antara ciri-ciri utamanya:

  1. Kit Media Profesional: Pencipta kandungan boleh menghasilkan “kit media” profesional yang menghubungkan profil media sosial mereka dan memaparkan maklumat audiens yang relevan seperti kadar ‘engagement’.
  2. Menyertai Kempen Baharu: Ciri ‘Discovery’ membolehkan pencipta kandungan untuk mencari peluang kerjasama dengan jenama impian mereka. Pencipta kandungan boleh menghantar ‘pitch’ mereka untuk dipilih oleh jenama.
  3. Padanan Kempen Khusus: Algoritma yang memadankan data akan menghubungkan pencipta kandungan dengan jenama yang sesuai dengan kandungan dan audiens mereka.
  4. Aliran Kerja Automatik: Tugas pentadbiran seperti menyiapkan perjanjian dan invois dibuat bagi pihak pencipta kandungan. Semua ini dijana secara automatik bagi memberikan pencipta kandungan lebih masa untuk berkarya.
  5. Melancarkan Komunikasi: Fungsi ‘chat’ bersepadu memastikan semua perbualan berkaitan kempen direkodkan dengan sempurna, membantu pengguna agar tidak perlu menguruskan pelbagai platform mesej dan bertukar-tukar antara kumpulan perbualan yang berlainan.
  6. Pengurusan Maklum Balas: Pencipta kandungan boleh menjejak perubahan dan mengesahkan draf secara sehenti bagi memastikan proses maklum balas yang cekap.

“Platform peringkat beta ini mempunyai matlamat untuk memudahkan pengurusan kempen, serta menjejak prestasi kempen dan proses pembayaran. Matlamat ini selaras dengan misi Cult Creative untuk memperkasakan pencipta kandungan dengan teknologi dan mengukuhkan proses kerjasama dengan jenama serta penciptaan kandungan,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Cult Creative, Shermaine Wong.

Cult Creative Melancarkan Creator Platform untuk Membina Ekonomi Keusahawanan Kandungan
Cult Creative Melancarkan Creator Platform untuk Membina Ekonomi Keusahawanan Kandungan

Seorang lagi Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Pemasaran Cult Creative, Lina Esa berkata, “Ekonomi penciptaan kandungan menuntut usaha pembinaan hubungan yang tulen. Menerusi platform ini, kami berhasrat untuk membantu jenama mengembangkan jangkauan audiens mereka, mendapatkan UGC berkualiti, di samping memastikan pencipta kandungan mampu menguruskan kempen dan menambah pendapatan mereka dengan mudah.”

Sejak 12 bulan yang lepas, Cult Creative telah membayar sebanyak RM700,000 kepada 2,800 orang pencipta kandungan menerusi kerjasama dengan jenama seperti Grab, Hotlink, Astro, Farm Fresh, dan Marriot Bonvoy Group. Cult Creative juga dijangka berkembang lima kali ganda pada 2024. Menurut Shermaine, “Cult Creative berusaha untuk memposisikan Malaysia sebagai hab serantau bagi ekonomi pencipta kandungan dengan pelancaran Creator Platform. Oleh itu, platform ini memanfaatkan trend penceritaan berteraskan pempengaruh yang semakin popular, memandangkan  80% pengguna Malaysia dilaporkan membuat keputusan pembelian berdasarkan cadangan pempengaruh, dan trend ini mengatasi impak pengiklanan tradisional.”

Anjakan ini memberi isyarat kepada kecenderungan pangguna yang menggemari kandungan tulen dan relevan yang dihasilkan pempengaruh. Hal ini sekali gus menjadikan UGC dan pemasaran pempengaruh penting dalam membantu jenama untuk menjangkau dan berinteraksi dengan pengguna moden secara berkesan. Aplikasi yang memudahkan kerjasama antara jenama dan pencipta kandungan ini membantu usaha Creator Platform untuk menjadi wadah yang membina kepercayaan pengguna dan menggalakkan interaksi mereka dengan jenama melalui kandungan yang dihasilkan oleh pempengaruh.

Pencipta kandungan boleh mendaftar dan menghantar ‘pitching’ kepada jenama dan memperoleh pendapatan melalui kandungan mereka menerusi www.cultcreativeasia.com.

Cult Creative Melancarkan Creator Platform untuk Membina Ekonomi Keusahawanan Kandungan – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts