RM135,000 Didermakan kepada Golongan Rentan Sepanjang Kempen “Sending Love & Care”
Kuala Lumpur, 4 November 2024 — Sempena meraikan ulang tahun Mentholatum ke-135, Rohto-Mentholatum (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Watsons Malaysia menandai pencapaian bermakna tersebut dengan menyumbang sebanyak RM135,000 kepada 10 buah rumah kebajikan di seluruh negara. Sumbangan besar ini adalah sebahagian daripada kempen tanggungjawab sosial (CSR) “Sending Love & Care” yang mempamerkan kesungguhan syarikat untuk menyumbang kepada kelompok masyarakat yang memerlukan.
Bagi memperingati ulang tahun ke-135 ini, Rohto-Mentholatum memperluaskan lagi kempen berkenaan untuk merangkumi rumah anak-anak yatim dan pusat penjagaan warga emas, dalam usaha memperluas misi belas kasihnya kepada lebih banyak kelompok rentan.
Keuntungan daripada jualan produk terpilih Rohto-Mentholatum di kedai Watsons di seluruh negara sepanjang Oktober 2024, telah menyumbang dana bernilai RM135,000 secara keseluruhan. Dana tersebut pula akan digunakan untuk menyediakan barang keperluan di semua 10 rumah Kebajikan yang terlibat.
Pengarah Urusan Rohto-Mentholatum (M) Sdn. Bhd., Lim Mei Yuen berkata: “Kami sangat berbesar hati dengan legasi inovasi sepanjang 135 tahun dalam sektor kesihatan dan kecantikan, serta terus komited untuk menjangkau sempadan dalam pembangunan produk dan juga sokongan masyarakat. Seperti jururawat dalam logo kami, yang mewakili keprihatinan dan dedikasi, kami ingin memenuhi bukan hanya keperluan pelanggan tetapi juga kelompok masyarakat yang lebih luas. Kempen ini mencerminkan kesungguhan tidak berbelah kami terhadap kesihatan, kesejahteraan dan tanggungjawab sosial.”
10 rumah kebajikan yang terlibat kini didiami hampir 1,000 penghuni, termasuk:
Selain bantuan kewangan, pekerja Rohto-Mentholatum turut melawat rumah kebajikan tersebut dan menganjurkan pelbagai aktiviti bersama penghuninya. Daripada aktiviti permainan hingga perbualan, interaksi sebegini adalah untuk membawa keseronokan dan hubungan berpanjangan dalam kalangan kelompok terlibat.
“Masa yang diluangkan bersama penghuni memberi peringatan kepada kami bahawa walaupun sokongan kewangan adalah penting, hubungan peribadi dan keprihatinan juga perlu diberi keutamaan. Kami berharap melalui usaha ini kami dapat membawa kesenyuman dan memberikan kesan yang bermakna dalam hidup mereka,” tambah Lim.
Seiring dengan perkembangan Rohto-Mentholatum, dedikasinya terhadap kesejahteraan pelanggan kekal teguh. Dengan sejarah yang kaya dalam membangunkan penyelesaian kesihatan dan penjagaan diri yang berkesan, syarikat ini melangkaui sekadar menawarkan produk. Usaha CSR-nya seperti kempen ‘Sending Love & Care’, mencerminkan kepercayaan mendalamnya dalam menyumbang kepada masyarakat serta memupuk dunia yang lebih sihat dan bahagia.
Jenama ikonik di bawah Rohto-Mentholatum termasuk Hada Labo, Sunplay, OXY, Selsun, Rohto Eye Care, Mentholatum Acnes, Mentholatum Lipcare, 50 Megumi, Melano CC dan Mentholatum Deep Heat.
Untuk maklumat lanjut berkaitan sambutan ulang tahun Rohto-Mentholatum dan jenama lain di bawahnya, layari www.mentholatum.com.my atau media sosial jenama masing-masing.
Mengenai Syarikat Mentholatum
Syarikat Mentholatum, diasaskan pada tahun 1889 sebagai pengilang dan pemasar produk dadah tanpa-preskripsi dan produk penjagaan kesihatan. Beribu pejabat di Orchard Park, New York, Amerika Syarikat dan beroperasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Mexico, KoreaSelatan,P.RChina,India dan Jepun.
Pengilangannya beroperasi di 26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran/pengedaran di lebih 150 buah negara. Secara dasarnya, syarikat ini sudah pun berusia 99 tahun, dan dimiliki oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd. di Osaka, Jepun pada 1988. Rohto berperanan penting dalam pasaran farmaseutikal Jepun dengan mencatatkan penjualan produk terlaris untuk kategori penjagaan mata, kelegaan perut dan topikal.
Sejak 1889, Syarikat Mentholatum telah membangun dan berkembang daripada hanya sebagai pembekal sabun dan bahan pembersihan diri kecil-kecilan sehinggalah bergelar syarikat bertaraf antarabangsa, yang memasarkan bahan perubatan berkualiti ke seluruh negara. Rangkaian produk Mentholatum mengecapi reputasi tinggi untuk kualiti dan nilai di Amerika Syarikat dan di kebanyakan negara-negara lain seluruh dunia. Setiap produk keluaran Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat.
Jenama di bawah Mentholatum:Lipice, Oxy, Hada Labom Selsun, Sunplay, Rohto Eye Drops, Botanics, Deep Heating Rub, Melano CC dan Dermistry.