Hospital Pakar Damansara 2 Lancar Kempen Less Scars, Less Pain

Inisiatif ‘Zipless: Beyond the Beat’ lonjakkan hab perubatan jantung dan paru-paru Hospital Pakar Damansara 2 sebagai peneraju industri kesihatan dengan menawarkan pembedahan jantung invasif minimum (MICS) dan merubah pengalaman pesakit

Hospital Pakar Damansara 2 Lancar Kempen Less Scars, Less Pain

Caption: DSH2 Launches MICS ‘Less Scars, Less Pain’ Campaign

Dari Kiri ke Kanan: Ms Hoo Ling Lee (Regional CEO of KPJ Healthcare), Mr. Chin Keat Chyuan (President and Managing Director of KPJ Healthcare), Professor Dr. Shahrul Amry (Consultant Cardiothoracic Surgeon at Damansara Specialist Hospital 2), Dato’ Mohamad Farid Bin Salim (Chief Operating Officer at KPJ Healthcare), Dr Mohd Daud Sulaiman (Residential Doctor at Damansara Specialist Hospital 2), and Ms. SK Tan (Chief Executive Officer of Damansara Specialist Hospital 2)

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2024 – Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), hari ini melancarkan kempen Less Scars, Less Pain bagi mendidik orang awam mengenai fokus DSH2 dalam inovasi pembedahan yang selamat, tepat dan invasif minimum yang menggalakkan kesejahteraan kesihatan, pemulihan dan penyembuhan yang lebih pantas sekaligus meninggalkan pesakit dengan parut yang kurang dan kesakitan minima.

Melakar reputasi sebagai salah sebuah institusi kesihatan terkemuka negara dalam merintis prosedur perubatan terkini, kempen yang berlangsung dari bulan Ogos hingga 31 Disember 2024 ini menampilkan dua fasa. Fasa pertama, ‘Zip-less: Beyond The Beat’ mempamerkan pembedahan minimal invasif kardiak (MICS) yang memperlihatkan masa depan pembedahan jantung dengan prosedur seperti pembedahan pintasan jantung serta penggantian injap mitral dan aorta.

Fasa Dua pula menampilkan ‘Redefined Precision: Where Robotics Meet Expertise’ yang menekankan inisiatif invasif minimum yang menggabungkan teknologi robotik terkini. Teknologi-teknologi ini membolehkan pakar bedah melakukan pembedahan invasif minimum dengan ketepatan dan ketangkasan tiada tandingan, yang membawa kepada proses pemulihan lebih pantas, pengurangan komplikasi dan hasil pembedahan yang lebih optimal.

Ketua Pegawai Eksekutif DSH2, Tan Sok Kheng berkata: “Pelaksanaan kempen ini sejajar dengan visi masa depan DSH2 untuk prosedur MICS iaitu untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan bagi jantung dan paru-paru yang terbaik dalam setiap aspek pencapaian klinikal, kepuasan perkhidmatan, kemajuan teknologi serta sumbangan kepada pendidikan dan penyelidikan.”

Tambah Tan, penggunaan teknologi di DSH2 telah meletakkan ia satu langkah ke hadapan dari hanya sebuah pusat penjagaan kepada hab latihan seluruh negara bagi pakar bedah jantung yang ingin meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam prosedur Pembedahan Jantung Invasif Minimum – Cantuman Pintasan Jantung.

Zip-less: Beyond the Beat – MICS Perintis Baru Teknologi

MICS atau juga dikenali sebagai pembedahan jantung tanpa zip, mengurangkan parut dengan ketara, menurunkan komplikasi perubatan serta membantu pemulihan pesakit yang lebih pantas. Ia dilakukan dengan melakukan satu bukaan kecil 3-7 cm diantara tulang rusuk menggunakan teknik endoskopik.

Ini membezakannya dari pembedahan jantung terbuka konvensional yang memerlukan sternotomi; sebuah bukaan besar melalui tulang dada yang bukan sahaja mematahkan tulang malah meninggalkan parut yang kelihatan seperti zip.

“MICS adalah selamat. Daripada pembedahan kekunci yang mudah dan ringkas sehinggalah kepada prosedur canggih, kemajuan ini membolehkan pakar bedah kami untuk terus memastikan pesakit menerima kaedah rawatan terbaik yang boleh membuka jalan kepada pengalaman pembedahan yang lebih baik pada masa hadapan,” ujar Prof. Dr. Shahrul Amry, Pakar Perunding Pembedahan Kardiotorasik DSH2.

Tambah beliau, di pusat-pusat perubatan luar negara yang lebih matang, sebagai contoh di German, teknik invasif minimum merupakan kaedah utama yang digunakan apabila melakukan pembedahan jantung.

Meningkatkan taraf pembedahan dan penjagaan jantung

Kemajuan bidang perubatan ini meletakkan perkhidmatan jantung dan paru-paru yang ditawarkan DSH2 sebagai antara yang utama dalam penjagaan jantung dengan tawaran pembedahan jantung invasif minimum yang merevolusikan pengalaman pesakit dan memperkasakan mereka dalam setiap langkah yang diambil. Penubuhan kumpulan sokongan yang didedikasikan untuk menyokong pesakit MICS juga membantu memupuk semangat kemasyarakatan dan sokongan yang tinggi buat pesakit.

Perjuangan DSH2 dalam kecemerlangan klinikal bukan sahaja seiring dengan slogan ‘Care for Life’ mereka, malah ia membuahkan hasil bagi DSH2 untuk merangkul pelbagai anugerah, antaranya ‘Rising Star Hospital of The Year’ di Majlis Anugerah Global Health Asia-Pacific 2024. Penghargaan ini mencerminkan dedikasi institusi terhadap kemajuan teknologi dan perubatan, memastikan penjagaan pesakit yang terbaik dan mengukuhkan kedudukan DSH2 sebagai peneraju dalam inovasi penjagaan kesihatan. Ia juga sejajar dengan komitmen DSH2 untuk mengubah pengalaman dan hasil pasca pembedahan bagi pesakit dalam penjagaan jantung melalui teknologi penjagaan kesihatan yang canggih, melengkapkan profesional perubatan untuk membuat keputusan terbaik dan menawarkan tahap perkhidmatan tertinggi dan terus mendidik masyarakat tentang kemajuan dalam penjagaan pesakit dan perubatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Less Scars, Less Pain’ dan DSH2, layari  https://www.kpjhealth.com.my/damansara2/.

Untuk gambar, sila tekan disini.

© 2024 BlackButterfly DesignArts