AEON Bank dan Universiti Malaya Meterai MOU Bagi Memacu Kolaborasi Industri – Akademik

AEON Bank dan Universiti Malaya Meterai MOU Bagi Memacu Kolaborasi Industri – Akademik

Kuala Lumpur, 18 Oktober 2024 – AEON Bank (M) Berhad (“AEON Bank”), bank digital Islamik pertama di Malaysia telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaya (UM), universiti awam terulung di negara ini. MoU tersebut melambangkan usaha ke arah memacu kolaborasi industri – akademik antara Universiti Malaya dan rakan-rakan industri terpilih termasuk AEON Bank, Calisto, China State Construction Engineering, Hirose Electric, Medika Natura, Kibing Solar, Nutrigene Modern Sciences, Petron, PMB Silicon, Prasarana Malaysia, dan Tomei Gold & Jewellery.

Pada majlis menyampaian MoU di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre), AEON Bank telah diwakili oleh Timbalan CEO dan Ketua Pegawai Pengurusan Korporat, Tsutomu Kamagata; di samping Ketua Pegawai Strategi dan Ketua Perbankan Peribadi, Ajith Jayaram; manakala Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Universiti Malaya,  YBrs. Prof. Ir. Dr. Ramesh Singh Kuldip Singh telah merasmikan majlis tersebut, bagi pihak Naib Canselor Universiti Malaya, YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.

“Digitalisasi merupakan masa hadapan sektor kewangan, maka MoU ini akan memacu sinergi dinamik antara AEON Bank dan Universiti Malaya yang akan memberi manfaat kepada ribuan para pelajar. Ia akan membuka peluang yang lebih luas untuk meneroka program khusus teknologi dan inisiatif kewangan patuh Syariah, di samping menggandakan inisiatif literasi kewangan bersama para pelajar. Kesemua ini adalah pemacu utama bagi memperkasakan generasi yang lebih inklusif serta berdaya saing yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan. Di samping itu, kami juga berhasrat dapat mengoptimumkan kepakaran Universiti Malaya dalam bidang penyelidikan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank (M) Berhad, YM Raja Teh Maimunah.

AEON Bank dan Universiti Malaya Meterai MOU Bagi Memacu Kolaborasi Industri – Akademik

Berucap pada majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), YBrs. Prof. Ir. Dr. Ramesh Singh Kuldip Singh menekankan, “MoU ini adalah komitmen bersama kami untuk memajukan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan dan kajian inovatif, geran, pembangunan pelajar, latihan kakitangan, biasiswa, serta program berasaskan komuniti. Perkongsian yang terjalin melalui perjanjian ini akan meningkatkan keupayaan penyelidikan kami, sambil membuka jalan untuk penemuan yang akan memberdayakan pelajar kami dan memberi manfaat kepada masyarakat. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemain industri atas komitmen mereka, dan saya teruja tentang kemungkinan yang akan datang.”

Perkongsian ini bermatlamat untuk merapatkan jurang antara ahli akademik dan industri, memberikan para pelajar kemahiran dan pengetahuan bermanfaat yang akan meletakkan mereka di landasan betul untuk berjaya di dalam dunia digital yang semakin berkembang. Berkuat kuasa bagi tempoh selama dua tahun, AEON Bank dan Universiti Malaya akan bekerjasama rapat di dalam skop berikut:

  • Kolaborasi di dalam projek berteraskan teknologi, termasuk penyelesaian perbankan digital, serta menyokong penubuhan hab pementoran inovasi fintech
  • Berkongsi kepakaran di dalam cloud architechture, analitik data, optimisasi AI/ML, dan program yang menambah baik pengalaman pelanggan dan pencegahan penipuan
  • Mempromosikan nilai dan manfaat produk dan perkhidmatan perbankan digital patuh Syariah dalam kalangan pelajar, serta bengkel-bengkel pendidikan berkaitan fintech berhemah
  • Mendorong penggunaan aplikasi perbankan digital menerusi promosi di kampus untuk membantu para pelajar membiasakan diri dengan penyelesaian kewangan berteknologi
  • Menyediakan akses kepada latihan industri bagi para pelajar menerusi latihan amali, bengkel peningkatan kemahiran, serta program CSR

Sebagai bank digital islamik pertama di Malaysia, AEON Bank dilesenkan dan diregulasikan oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada Kumpulan AEON, sebuah syarikat global dengan ekosistem runcit dan perkhidmatan kewangan yang mantap. Sebagai entiti cloud native, AEON Bank giat membangunkan data architechture tersendiri, dengan kerjasama bersama rakan B2B seperti AWS. Kini, AEON Bank menawarkan produk dan perkhidmatan Perbankan Peribadi patuh Syariah, seperti Akaun-i Simpanan deposit, AEON Bank x Visa Debit Card-i, Savings Pot, fungsi perancang kewangan serta perkhidmatan pembayaran digital dengan rakan kongsi strategik, dan juga DuitNow dan pembayaran bil utiliti. Para pelanggan juga boleh menikmati ganjaran dengan merujuk sabahat dan keluarga menerusi Referral Programme, nikmati kadar profit 3.00% p.a. untuk Savings Pot, serta banyak lagi kelebihan dan banyak lagi kelebihan dan promosi.

AEON Bank komited untuk menawarkan penyelesaian kewangan yang mudah diakses untuk rakyat Malaysia, memberdayakan komuniti demi membantu mereka mengejar aspirasi dan mencapai kekuatan ekonomi kendiri. Ia bertujuan untuk mewujudkan masa hadapan kewangan yang lebih inklusif untuk semua, sambil menyumbang ke arah pembangunan perbankan Islam di rantau ini dan ekonomi digital fintech negara.

Untuk maklumat lanjut, lawat laman web rasmi AEON Bank dan muat turun aplikasi AEON Bank menerusi App Store dan Play Store atau imbas Kod QR dibawah.

AEON Bank dan Universiti Malaya Meterai MOU Bagi Memacu Kolaborasi Industri – Akademik

© 2024 BlackButterfly DesignArts