Strategi Perubahan Tingkah Laku + Sokongan Sosial: Pendekatan Saintifik kepada Pengurusan Berat

Strategi Perubahan Tingkah Laku + Sokongan Sosial: Pendekatan Saintifik kepada Pengurusan Berat

David Heber
M.D., Ph.D., FACP, FASN – Pengerusi, Lembaga Penasihat Saintifik & Perubatan,
Keselamatan Pengguna Global, Herbalife

Usaha mengubah tabiat pemakanan dan senaman yang kurang baik memang rumit. Kekerapan membina kebiasaan dan oleh itu tingkah laku yang dibiasakan akan sebati dalam kehidupan kita. Tambahan lagi, apabila memperoleh nikmat daripada tabiat yang kurang sihat ini – contohnya kelazatan nasi lemak – rangsangan kepada saraf-saraf nikmat dalam otak akan mewujudkan ketagihan yang mendorong kita untuk mengulangi keinginan yang sama.

Strategi Perubahan Tingkah Laku + Sokongan Sosial: Pendekatan Saintifik kepada Pengurusan Berat

Beberapa kajian yang diterbitkan oleh pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan Herbalife menekankan betapa pentingnya sokongan sosial dalam pengurusan berat badan.  Kajian-kajian yang dijalankan dalam tempoh masa berbeza dan melibatkan pelbagai kumpulan, tetapi semuanya menunjukkan bahawa dari segi pengurusan berat, kombinasi antara dua pendekatan berikut dijangka berkesan untuk menggantikan tabiat buruk dengan amalan yang lebih sihat. Dua pendekatan yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku yang diperkukuh dengan sokongan sosial.

Memandangkan lebih separuh rakyat Malaysia kini diklasifikasikan sebagai mengalami obesiti atau mempunyai berat badan berlebihan[1], menggunakan strategi mengubah tingkah laku sambil mendapatkan sokongan sosial bukan sahaja berkesan tetapi amat penting untuk menangani isu kesihatan negara yang mendesak ini.

Hakikatnya, tabiat merujuk kepada corak tingkah laku. Dengan berusaha mengatasi kelakuan yang berulang ini, anda berusaha mengatasi tabiat buruk tersebut.  Kajian saintifik menekankan tiga teknik perubahan tingkah laku khusus yang berkesan dalam usaha menguruskan berat badan:

1. Pemantauan diri

Matlamatnya bukan untuk mendapatkan bacaan tepat atau ukuran jitu, tetapi anda hanya perlu ambil maklum tentang apa yang anda makan dan berapa kerap anda bersenam. Kajian menunjukkan secara konsisten bahawa pemantauan diri menghasilkan keputusan rawatan yang lebih baik, dan pesakit melaporkan bahawa ini merupakan salah satu alat paling berguna dalam pengurusan berat badan.

2. Kawalan rangsangan

Dengan mengenal pasti dan mengubah suai isyarat yang mencetus pengambilan makanan berlebihan dan kehidupan tidak aktif boleh memudahkan anda mengekalkan amalan sihat. Langkah-langkah ini berguna untuk mengawal berat dalam jangka panjang kerana pendedahan kepada faktor pencetus boleh menyebabkan berat badan seseorang kembali meningkat.

3. Pengurusan tekanan

Tekanan atau stres ialah faktor pencetus utama makan secara berlebihan. Antara teknik mengurangkan tekanan yang terbukti berkesan termasuk menarik nafas yang panjang, meregangkan otot dan bertafakur. Kaedah tersebut boleh mengurangkan gangguan daripada peristiwa yang menimbulkan tekanan dan boleh merencatkan penerimaan dan pelaksanaan berterusan tingkah laku baharu.

Sokongan sosial juga banyak membantu apabila kita cuba mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan bahagia.  Kita sememangnya tahu tabiat yang baik memang sukar diamalkan. Justeru kumpulan insan di sekeliling anda yang sedia memberikan sokongan, bimbingan dan galakan boleh memainkan peranan penting untuk membantu.

Strategi Perubahan Tingkah Laku + Sokongan Sosial: Pendekatan Saintifik kepada Pengurusan Berat

Di samping itu, kajian bebas lain menunjukkan bahawa sokongan sosial yang lebih kukuh dikaitkan dengan tahap kejayaan lebih tinggi dalam usaha mengurangkan dan mengekalkan kehilangan berat badan. Satu penemuan penting yang didapati ialah kumpulan penyokong ini tidak semestinya memberi tumpuan kepada pengurusan berat badan. Sokongan rakan-rakan seperjuangan boleh membantu seseorang untuk menerima keadaan diri dan mengasah kemahiran perhubungan sesama insan atau cara baharu untuk menangani situasi yang menimbulkan tekanan, seterusnya membantu dalam proses pengurusan berat.

Perlu diingat bahawa pada masa kini, sokongan sosial boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan cara. Mungkin anda boleh bersenam dengan rakan, menyertai Kelab Pemakanan Herbalife berhampiran anda, berhubung menerusi e-mel secara mingguan dengan mendapatkan maklum balas dan ilmu terkhusus, atau membuat hantaran berkala di media sosial. Maklum balas positif atau like yang diterima bagi setiap hantaran dan perkongsian maklumat dengan komuniti dalam talian boleh memberikan sokongan sosial untuk meningkatkan pengurangan berat badan.

Walaupun lebih banyak kajian diperlukan dalam bidang ini, penemuan awal agak menggalakkan. Tidak kira apa dorongan anda untuk meningkatkan kecergasan, memulakan perjalanan menguruskan berat badan biarpun berliku tetapi akan membawa pelbagai manfaat, seperti keadaan fizikal lebih cergas dan bertenaga untuk melakukan aktiviti bersama orang-orang tersayang, kesihatan keseluruhan lebih baik dan berkenalan dengan insan yang mempunyai matlamat yang sama. Sebab itulah langkah penting ini harus diambil dengan penuh disiplin, disokong oleh aktiviti yang menyeronokkan dan peranti yang boleh membantu anda mengubah tingkah laku.  Jangan lupa: tiada usaha yang terlalu kecil atau yang patut dipandang remeh dalam perjuangan mengurangkan berat badan.


[1] https://iku.nih.gov.my/images/nhms2023/key-findings-nhms-2023.pdf

© 2024 BlackButterfly DesignArts