Kuala Lumpur, 8 September 2024 – Satu detik penuh keanggunan dan inovasi disaksikan orang ramai sewaktu Pertandingan Tahunan Rekaan Batik Piala Seri Endon ke-19 tahun 2024 yang dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia, di mana Permaisuri Malaysia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sudi mencemar duli melawat ke ruang pameran NIVEA. NIVEA kembali ke acara tahunan ini sebagai rakan penjagaan kulit rasmi, mempamerkan penjagaan kulit terkini dengan memanfaatkan inovasi sains menerusi LUMINOUS630, Pakar Anti-Bintik Hitam No.1 sambil menyokong misi untuk memelihara kekayaan warisan batik Malaysia.
Semasa lawatan itu, KDYMM Raja Permaisuri Agong ditemani oleh Dato’ Leela Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) dan disambut dengan penuh mesra oleh Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura. Mereka turut berpeluang untuk berbincang berkenaan Serum Anti-Bintik Hitam No.1 Dunia – Serum Anti-Bintik Hitam NIVEA LUMINOUS630. Penyelesaian penjagaan kulit revolusioner ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah bintik hitam yang jelas tetapi juga bintik hitam ‘tersembunyi’ yang belum muncul, sering terbentuk di dalam lapisan kulit. Bintik-bintik hitam tersembunyi ini terbentuk akibat pengumpulan melanin berlebihan jauh di dalam lapisan kulit, yang pada awalnya tidak kelihatan dengan mata kasar. Lama-kelamaan, apabila kulit diperbaharui secara semula jadi, bintik-bintik hitam tersembunyi ini akan mula muncul ke permukaan kulit, menjadikannya lebih ketara dan sukar dirawat.
Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura, menjelaskan, “Kebanyakan orang menangani masalah kulit hanya apabila ia jelas kelihatan. Namun, hasil daripada kajian mendalam oleh saintis kulit kami di Jerman, kami berjaya menghasilkan bahan terobosan anti-bintik hitam yang terbukti berkesan bukan sahaja pada bintik hitam yang jelas kelihatan tetapi juga dalam menangani bintik hitam ‘tersembunyi’ yang belum muncul. Serum Anti-Bintik Hitam NIVEA LUMINOUS630, diperkuasa dengan Thiamidol, bahan anti-bintik hitam yang paling berkesan dan baru-baru ini telah disahkan oleh 100 lebih doktor dan ahli farmasi di Malaysia. Serum ini telah mendapat reputasi sebagai Serum Anti-Bintik Hitam No.1* di dunia, disokong oleh data kajian pasaran global Nielsen. Thiamidol, perencat tirosinase pertama yang terbukti berkesan secara klinikal untuk mengurangkan hiperpigmentasi dari punca tanpa merosakkan kulit. Penemuan bahan anti-bintik hitam ini juga telah diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology (JID). Selain itu, serum ini telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records untuk ‘Penyertaan Terbesar dalam Cabaran Anti-Bintik Hitam’, di mana ribuan pengguna berkongsi testimonial positif ‘diuji dan terbukti’. Dengan hasil yang memberangsangkan, menunjukkan pengurangan bintik hitam sehingga 82% dan meningkatkan keserian, serum ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.
Sebagai tanda penghargaan, Dr. Vierhaus mewakili pihak NIVEA dengan rasa hormat menyampaikan hadiah set eksklusif Serum Anti-Bintik Hitam NIVEA LUMINOUS630 kepada KDYMM Raja Permaisuri Agong.
“Penglibatan NIVEA sebagai rakan penjagaan kulit rasmi untuk tahun keempat berturut-turut, menekankan komitmen kami yang lebih jauh daripada sekadar penjagaan kulit. Nilai teras kami, ‘penjagaan melangkaui kulit,’ mencerminkan pendekatan holistik di mana kami berusaha untuk menyokong dan meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya di samping meningkatkan kesihatan kulit. Acara Piala Seri Endon ini memberi peluang kepada kami untuk mempamerkan inovasi anti-bintik hitam bertaraf dunia yang boleh memberi manfaat kepada ramai rakyat Malaysia, sambil mengukuhkan penghargaan mendalam terhadap tradisi dan nilai seni negara. Kami amat berbesar hati untuk terus menyokong acara yang berprestij ini, yang misinya untuk memupuk dan menghormati warisan batik Malaysia selari dengan dedikasi kami terhadap penjagaan insan dan budaya,” tambah Dr. Vierhaus.
Alami sendiri Serum Anti-Bintik Hitam NIVEA LUMINOUS630 seperti yang dihadiahkan kepada KDYMM Raja Permaisuri Agong yang kini tersedia di semua cawangan Watsons seluruh negara. Buat peminat kecantikan yang mencari solusi anti-bintik hitam yang berkesan dan selamat dengan hasil yang terbukti, jom kunjungi mana-mana rangkaian Watsons sekarang!
Untuk maklumat lanjut mengenai produk NIVEA dan kemas kini terbaru, sila ikuti www.facebook.com/mynivea atau layari https://www.nivea.com.my/.