Melabur Dalam Usahawan Wanita

Melabur Dalam Usahawan Wanita

Shobie Ann King, Naib Presiden – Pasaran Baru Muncul, Herbalife APAC


Membina perniagaan dari bawah sememang bukan mudah, tetapi semangat keusahawanan boleh memperkasakan insan dan mengubah kehidupan. Di Asia, semakin ramai usahawan wanita yang telah berjaya mencapai ‘impian hidup’ masing-masing  dan menjadi inspirasi kepada ramai untuk memupuk minda keusahawanan.

Beberapa faktor pemacu utama yang mendorong seseorang menceburi bidang keusahawanan termasuk berpeluang menjana pendapatan, menjadi bos kepada diri sendiri dan menikmati keseimbangan antara tuntutan kerja dan tuntutan hidup. Malah, memberikan sokongan kepada usahawan wanita generasi akan datang adalah salah satu faktor pendorong utama bagi wanita memulakan perniagaan mereka sendiri.

Kemajuan teknologi juga telah mewujudkan medan persaingan yang lebih adil bagi kaum wanita yang membolehkan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan dicapai serta memudahkan wanita menceburi dan berjaya dalam pilihan kerjaya masing-masing.

Kesan pengganda daripada usaha memperkasakan wanita

Walaupun dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan peluang pendidikan bagi wanita, kadar penyertaan tenaga kerja wanita di Malaysia berada pada paras 51.6% berbanding 78% bagi lelaki.[1]  Terdapat sebab kukuh untuk meningkatkan kadar ini. Antaranya ialah hubung kait positif antara pencapaian potensi ekonomi penuh wanita dan persekitaran perniagaan global yang lebih maju. Berasaskan sesetengah anggaran, output global tahunan tambahan berjumlah USD 12 trillion mampu dijana menjelang 2025 sekiranya potensi ini tercapai.

Justeru keusahawanan merupakan cara untuk membuka peluang bagi kaum hawa dan membantu menggiatkan usaha memperkasakan wanita. Usahawan wanita terbukti mampu menjana kesan pengganda dalam usaha membasmi kemiskinan, meningkatkan produktiviti kerja dan pertumbuhan ekonomi. Kajian juga menunjukkan bahawa usaha memperkasakan wanita mampu memupuk keluarga yang lebih sihat, kadar kehadiran ke  sekolah lebih tinggi dan kadar kematian kanak-kanak yang lebih rendah.

Terdapat banyak industri yang mempunyai potensi pertumbuhan lebih tinggi dalam jangka panjang bagi usahawan yang sedang meningkat naik. Pertama sekali, industri kesihatan dan kesejahteraan menawarkan prospek menarik disebabkan kelaziman penyakit kronik yang semakin ketara, dan tahap kesedaran lebih tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan gaya hidup yang lebih seimbang dan sihat.[2] Industri ini juga menunjukkan penglibatan lebih ramai wanita, terutamanya dalam perniagaan kami.

Menangani cabaran

Dalam satu Tinjau Selidik Usahawan APAC yang dikendalikan oleh Herbalife, empat daripada lima wanita di Asia Tenggara bercita-cita menjadi usahawan, tetapi hanya tiga daripada lima orang telah mengambil tindakan sebenar untuk memulakan perniagaan sendiri. [3]

Mengatasi halangan kos permulaan

Cabaran terbesar yang dinyatakan oleh responden tinjau selidik ialah kos permulaan tinggi untuk memulakan perniagaan. Di sini, sumber pembiayaan mikro digunakan secara meluas oleh usahawan wanita di kebanyakan negara Asia Tenggara. Terdapat juga inisiatif yang semakin luas di Malaysia dan Filipina untuk menyalurkan dana lebih besar kepada ahli-ahli perniagaan wanita menerusi pembiayaan bank. Akhir sekali, skim kerajaan merupakan satu lagi cara untuk merapatkan jurang pasaran dalam peruntukan pembiayaan kepada perusahaan milik wanita.

Sementara itu, bukan semua individu bersedia untuk menanggung komitmen kewangan untuk memulakan perniagaan sepenuh masa. Justeru, pilihan untuk meneruskan kerja harian biasa sambil meneroka peluang perniagaan untuk menyokong pendapatan seseorang kini merupakan satu pilihan yang berdaya maju.

Fleksibiliti amat penting bagi sesetengah wanita, yang mungkin perlu menunaikan tuntutan sebagai ibu. Sebagai ibu yang juga berniaga, salah seorang daripada pengedar kami berkongsi bagaimana beliau menikmati manfaat menjadi bos sendiri seperti menetapkan jadual sendiri, meluangkan masa bersama anak sepanjang hari dan malah boleh membawanya bersama ke aktiviti kelab nutrisi.  

Mencari komuniti penyokong

Melabur Dalam Usahawan Wanita

Usahawan menghadapi pelbagai halangan setiap hari. Antara cabaran utama termasuk meningkatkan kemahiran asas perniagaan dan ilmu digital serta menyesuaikan diri dengan proses pembelajaran yang intensif. Selain itu, usahawan wanita juga mungkin menghadapi tekanan tambahan seperti kurang sokongan sosial dan ilmu kewangan dan juga ketidakpastian tentang langkah-langkah permulaan untuk diambil. Dalam situasi ini, rangkaian perniagaan yang terdiri daripada komuniti atau mentor yang sedia memberikan sokongan boleh memainkan peranan penting.

Menyertai sebuah komuniti usahawan wanita yang berpandangan sama, yang boleh memberi inspirasi dan mendorong satu sama lain ternyata amat berharga. Lebih penting lagi, penglibatan dalam persatuan usahawan wanita boleh mendapat maklumat lanjut tentang peluang menyertai program sokongan pembangunan perniagaan yang disesuaikan khas untuk menangani cabaran yang dihadapi wanita. Sebagai contoh, kajian mendapati bahawa bimbingan mentor adalah penting bagi usahawan wanita dari segi meningkatkan pertumbuhan peribadi dan perniagaan dan menyemai gaya kepimpinan yang mampu mencetus transformasi.

Di Herbalife, model bimbingan mentor kami bertujuan memberi pengedar baharu latihan dan alat pemasaran secukupnya untuk membina perniagaan masing-masing. Mentor boleh membantu usahawan wanita baharu menghadapi tindak balas negatif daripada pelanggan, dan juga berkongsi strategi untuk membantu mereka mendapatkan sambutan positif secara lebih konsisten. Komuniti pengedar kami juga menyediakan platform untuk usahawan menyuarakan cabaran yang dihadapi dan mengatasi halangan sebagai satu pasukan dengan memerah otak dan memikirkan penyelesaian bersama.

Meninjau ke hadapan

Melabur Dalam Usahawan Wanita

Ramai wanita di rantau ini memang bercita-cita menjadi usahawan, dan jelas bahawa perniagaan diterajui wanita didapati boleh menjana kesan positif bagi keluarga, komuniti dan negara.

Apa yang diperlukan sekarang ialah untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan yang akan memberi dorongan dan meniup semangat kepada usahawan wanita untuk memberanikan diri dan mengambil langkah pertama untuk mencapai matlamat mereka. Dalam pada itu, kita juga harus mengambil kesempatan ini untuk memberi penghormatan kepada semakin ramai ahli perniagaan wanita yang berjaya di Malaysia, yang telah memperlihatkan kesungguhan, kecekalan dan keyakinan luar biasa – yang mencerminkan semangat waja untuk menjadi usahawan berjaya.

Sudah tiba masanya kita mengiktiraf bahawa kestabilan jangka panjang dan kemakmuran komuniti kita dan juga persekitaran sosioekonomi yang lebih luas amat berkait rapat dengan kejayaan usahawan wanita.

Melabur Dalam Usahawan Wanita
Shobie Ann King, Vice President, Emerging Markets, Herbalife APAC

© 2024 BlackButterfly DesignArts