5 Program Menarik TV Alhijrah Sempena Kempen Maulidur Rasul

5 Program Menarik Tv Alhijrah Sempena Kempen Maulidur Rasul

Mengangkat tema Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI, TV AlHijrah menyambut Maulidur Rasul kali ini dengan  menyiarkan 5 program islamik yang menarik untuk tontonan masyarakat umum.

5 program menarik ini adalah Malam Cinta Rasul, Assalamualaikum Khas, Podcast Kekasih Allah, Peristiwa Maulid dan Apa Cerita Kome? Istimewa Maulidur Rasul.

Ayuh imarahkan malam kelahiran Baginda Nabi SAW dengan berselawat beramai-ramai menerusi Program Malam Cinta Rasul di Dataran Putra, Putrajaya, secara langsung pada 15 September, Ahad, jam 9 malam.

Bersama hos istimewa, Ustaz Nabil Ahmad dan pentausiyah terkenal iaitu Habib Ali Zaenal Abidin, Dato Setia Dr. Haji Anhar Opir, Dato Dr. Sukri Othman dan Datuk Ustaz Haji Abdul Manap menghayati kisah kehidupan Baginda Nabi yang penuh pengajaran.

Program Istimewa Maulidur Rasul diteruskan lagi dengan siaran rancangan Assalamualaikum Khas pada 16 September, Isnin, jam 7 pagi. Bertemakan Maulidur Rasul, rancangan ini akan mengukuhkan lagi rasa cinta kita pada Rasullah SAW dengan topik-topik menarik yang akan dikupas bersama panel jemputan.

5 Program Menarik Tv Alhijrah Sempena Kempen Maulidur Rasul

Seterusnya, pada hari yang sama, Podcast Kekasih Allah akan menemani penonton pada jam 9 malam. Podcast yang disiarkan pada setiap Isnin dan Selasa ini membawa  penonton mendalami akhlak dan keperibadian Al-Mustafa untuk kita teladani dan amalkan dalam kehidupan seharian. 

Jangan ketinggalan untuk saksikan Peristiwa Maulid pada 17 September ini, Selasa, jam 9.30 malam. Ayuh kita bersama- sama menghayati dan mendalami peristiwa kelahiran Nabi Allah dan sejarah kehidupan Baginda bagi menyuburkan dan menghangatkan rasa cinta dan rindu semua kepada Baginda.

Akhir sekali, saksikan Apa Cerita kome? Istimewa Maulidur Rasul pada 18 September, Rabu, jam 9 malam. Ayuh menghayati kuliah yang disampaikan oleh Dato’ Ustaz Kazim Elias yang akan membawa kita meneladani limpahan cinta Rasulullah ketika bersama dengan sahabat mahupun sewaktu berdepan dengan musuh di zamannya.

Teruskan menyokong TV AlHijrah dengan mengikuti perkembangan isu semasa di platform TikTok Berita AlHijrah serta nikmati juga program – program menarik secara strim di aplikasi AlHijrah Plus di telefon pintar anda semua.

© 2024 BlackButterfly DesignArts