foodpanda Berkolaborasi dengan Artis Tempatan Yello_Banana untuk Koleksi Edisi Terhad kepada Pelanggan

Tawaran masa terhad tersebut akan berlangsung sehingga 18 September 2024

foodpanda Berkolaborasi dengan Artis Tempatan Yello_Banana untuk Koleksi Edisi Terhad kepada Pelanggan

foodpanda teruja untuk mengumumkan kolaborasi dengan pelukis tempatan, Yello_Banana untuk menghasilkan koleksi edisi terhad dan unik, yang termasuk beg jinjing, kantung, pelapik cawan dan stiker comel. Dalam semangat meraikan warisan Malaysia dan seni tempatan yang bertenaga, pelanggan foodpanda berpeluang memenangi koleksi ini melalui satu aktiviti pemberian hadiah yang mengujakan mulai sekarang hingga 18 September.

Bagi menyertai keseronokan itu, pelanggan boleh membuat pesanan dengan foodpanda untuk mendapatkan peluang penyertaan. Bagi pesanan makanan bernilai minimum RM25, setiap tiga pesanan akan diberikan satu penyertaan (boleh melebihi satu atau lebih penyertaan). Begitu juga, bagi pesanan runcit atau kedai bernilai minimum RM50, setiap dua pesanan akan diberikan satu penyertaan (boleh melebihi satu atau lebih penyertaan). Hadiah ditawarkan termasuk barangan edisi terhad dan kad hadiah bernilai RM100. Sejumlah 300 hadiah utama akan tersedia, 200 untuk penyertaan pesanan makanan manakala 100 lagi untuk penyertaan pesanan runcit atau kedai.

Yello_Banana, artis tempatan yang sedang melonjak naik, memulakan perjalanan kreatifnya pada tahun 2023. Dengan latar belakang dalam reka bentuk grafik dan pemasaran, beliau terdetik di hati untuk kembali melukis kerana didorong oleh minat yang teguh terhadap seni. Karya beliau meraih perhatian disebabkan penceritaan menyeronokkan dan imaginatif, yang mengubah hal-hal biasa dalam kehidupan harian kepada karya seni yang berwarna-warni.

“Saya teruja untuk bekerjasama dengan foodpanda, satu perkhidmatan yang penting ketika kita sibuk. Rekaan beg tote ini menggambarkan apa yang tersembunyi di dalam beg penghantar, merayakan sisi ceria penghantaran makanan. Saya berharap kolaborasi ini akan membuat orang tersenyum dan menghargai perkara-perkara kecil dalam hidup dan membuat mereka menghargai setiap detik dalam hidup mereka,” demikian kata Yello_Banana.

Kolaborasi ini menonjolkan dedikasi foodpanda untuk meraikan, menghargai pelanggan dan juga memberi ganjaran kepada mereka. Dengan mengintegrasikan seni tempatan dengan perkhidmatan mereka, foodpanda berhasrat untuk meningkatkan pengalaman penghantaran makanan sambil menzahirkan  penghargaan kepada pelanggan atas sokongan berterusan mereka.

foodpanda Berkolaborasi dengan Artis Tempatan Yello_Banana untuk Koleksi Edisi Terhad kepada Pelanggan – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts