Kuala Lumpur, 12 September 2024: Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) menurunkan harga untuk lebih dari 90 jenis barangan harian yang disukai ramai di 69 cawanganya mulai hari ini hingga hujung tahun ini. Pengguna akan menikmati penjimatan barangan harian kegemaran seperti nasi, minyak masak, susu, yogurt, paha ayam penuh, sotong, sayur-sayuran, makanan ringan, pelembut, peralatan dapur elektrik dan banyak lagi.
Lotus’s telah melabur kira-kira RM7 juta untuk memberikan pelanggan nilai terbaik. Pengurangan harga ini secara kolektif akan memberikan penjimatan yang lebih besar kepada pengguna. Secara rutin Lotus’s melaraskan harganya untuk memastikan ia berdaya saing dalam pasaran. Pengurangan harga baharu ini adalah di atas harga rendah harian Lotus’s.
“Kami tahu rakyat Malaysia berasa tertekan untuk menggunakan bajet yang mereka ada secara terbaik, dan kami di sini ingin membantu mereka meregangkan ringgit mereka dengan lebih lagi”, kata Lee May Li, Pengarah Komersial Lotus’s Malaysia.
“Kami semua di Lotus’s telah berusaha untuk memberikan nilai yang hebat setiap hari, dan dengan harga baharu ini, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus untuk barangan terpilih. Rangkaian produk juga akan ditukar setiap bulan, memberikan pelanggan pilihan yang pelbagai”.
Harga baharu akan dipamerkan dalam stor dan di Lotus’s Shop Online dengan tag merah yang jelas kelihatan – Harga Hangat!
Ahli Lotus’s juga boleh menikmati lebih banyak penjimatan dengan mengumpul mata ganjaran My Lotus’s dan semasa membuat pembayaran.