ReadyCare Signature Mengembangkan Pasaran ke Singapura Menerusi Kerjasama Strategik dengan Unifood

Melancarkan Perkhidmatan Langganan bagi Meningkatkan Akses kepada Produk Berasaskan Bio di Malaysia

ReadyCare Signature Mengembangkan Pasaran ke Singapura Menerusi Kerjasama Strategik dengan Unifood

Petaling Jaya, 30 Ogos 2024 – ReadyCare Signature, jenama perintis produk pembersihan berasaskan bio Malaysia, telah mengambil langkah penting dalam usaha mengembangkan perniagaannya di rantau ini menerusi kerjasama dengan Unifood International Pte Ltd (Unifood) bagi mengedarkan produknya di Singapura.

Sebagai jenama pertama di Malaysia yang memperoleh persijilan berasaskan bio daripada Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), ReadyCare Signature telah menetapkan standard yang tinggi untuk produk pembersihan mesra alam. Selain itu, semua penawarannya turut mempunyai sijil Halal serta diperakui mesra vegan oleh Persatuan Vegan UK, menunjukkan komitmen luas jenama itu terhadap kemampanan dan penjagaan kesihatan serta kesejahteraan manusia dan juga bumi.

Pasaran produk pembersihan rumah semula jadi Asia Pasifik menyaksikan pertumbuhan ketara pada masa lalu dan dijangka berkembang pada CAGR sekitar 13.2% sepanjang tempoh ramalan (2023-2030), dipacu oleh peningkatan kesedaran pengguna mengenai isu alam sekitar dan permintaan untuk produk mampan. Singapura khususnya, telah menyaksikan lonjakan permintaan, dengan pengguna yang mementingkan alam sekitar mencari produk yang selari dengan nilai mereka.

Kerjasama dengan Unifood, sebuah syarikat di sektor barang pengguna cepat laris (FMCG) yang terkenal di Singapura dengan jenama seperti Unisoy dan LeSoy, menandakan pencapaian penting dalam usaha ReadyCare Signature untuk mengembangkan perniagaannya di rantau ini. Dengan memanfaatkan rangkaian pengedaran dan kepakaran pasaran Unifood yang meluas, ReadyCare Signature akan memperkenalkan penyelesaian pembersihan berasaskan bionya kepada lebih ramai lagi pengguna di Singapura.

ReadyCare Signature Mengembangkan Pasaran ke Singapura Menerusi Kerjasama Strategik dengan Unifood

“Kerjasama dengan Unifood, syarikat yang mempunyai kedudukan yang sangat kukuh dalam segmen perniagaan makanan bernutrisi ‘on-the-go’, sememangnya selari dengan misi kami. Kepakaran mereka akan membantu kami membawakan penyelesaian pembersihan mesra alam ReadyCare Signature kepada lebih banyak lagi keluarga di Singapura, menyokong perjalanan mereka ke arah mencapai kehidupan yang lebih sihat dan lebih mampan,” kata Pengasas dan Pengarah Urusan ReadyCare, Yeoh Eng Foo pada majlis menandatangani MOU itu.

Pengarah Urusan Unifood, Loh Jwee Poh sementara itu menambah, “Kami sangat teruja untuk membawakan penyelesaian pembersihan berasaskan bio ReadyCare Signature yang berinovatif ke dalam pasaran Singapura, di mana permintaan untuk produk isi rumah yang lebih selamat dan mesra alam semakin berkembang pesat.”

Pengembangan ke dalam pasaran Singapura ini selaras dengan kejayaan ReadyCare Signature memasuki pasaran Jepun, Filipina, dan Thailand, sekali gus mengukuhkan misinya untuk menyediakan penyelesaian pembersihan yang selamat, berkesan, dan mudah diakses untuk isi rumah di rantau ini.

Bagi meningkatkan lagi kemudahan pengguna, ReadyCare Signature telah melancarkan perkhidmatan langganan di Malaysia, membolehkan pelanggan menerima produk pilihan mereka secara berkala. Perkhidmatan ini memastikan penyelesaian pembersihan mesra alam sentiasa boleh didapati dengan mudah.

Produk ReadyCare Signature juga boleh didapati secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi ReadyCare di rcsignature.com.my, di mana model langganan turut ditawarkan.

© 2024 BlackButterfly DesignArts