CTOS Meraikan Semangat Jiwa Merdeka Dengan Pemberian Laporan Skor MyCTOS Percuma

CTOS Meraikan Semangat Jiwa Merdeka Dengan Pemberian Laporan Skor MyCTOS Percuma

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2024 – CTOS, agensi pelaporan kredit utama di Malaysia, meraikan semangat Jiwa Merdeka dengan menawarkan 67,000 laporan Skor MyCTOS percuma kepada pengguna Skor MyCTOS kali pertama melalui Aplikasi Mudah Alih CTOS bermula dari 15 Ogos hingga 20 September.

“Dalam kalangan 17.1 juta warga Malaysia yang bekerja, hanya lebih 4 juta yang telah menyemak laporan kredit mereka dengan CTOS, bermakna bahawa lebih 75% masih belum berbuat demikian. Selaras dengan Jiwa Merdeka, yang melambangkan kebebasan serta semangat patriotik orang ramai dalam membina negara yang kuat, harmoni, dan progresif, CTOS gembira untuk menawarkan Skor MyCTOS percuma kepada warga Malaysia yang masih belum berdaftar dengan CTOS,” jelas Erick Hamburger, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad. “Dengan pelbagai peraduan dan acara kesedaran awam yang sedang berjalan, kami komited untuk memupuk literasi kewangan dan membina Malaysia yang lebih baik buat semua.”

Sebagaimana kempen Jiwa Merdeka 2024 oleh kerajaan, laporan kredit memberikan manfaat kepada semua kaum, peringkat umur dan tahap pendapatan yang mana skor kredit yang baik menunjukkan kestabilan kewangan seseorang. Maklumat ini membantu mereka untuk membuat keputusan kewangan yang lebih bijak di masa hadapan, khususnya yang melibatkan perbelanjaan besar seperti membeli sebuah kereta atau rumah. Skor kredit yang kukuh juga meningkatkan keyakinan pemberi pinjaman terhadap peminjam kerana ia memberi jaminan kepada institusi kewangan bahawa peminjam boleh dipercayai.

Laporan Skor MyCTOS mengandungi maklumat penting bagi membantu institusi kewangan menilai kebolehpercayaan kredit seseorang. Ini termasuk Skor CTOS, rekod CCRIS, maklumat litigasi dan kebankrapan, serta maklumat perniagaan dan pengarah yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Senarai rujukan perdagangan (eTR) juga disertakan bagi memperincikan pengalaman pembayaran masa lampau kepada institusi bukan kewangan seperti pelanggan CTOS.

Laporan ini dihasilkan menggunakan data proprietari dari CTOS, bersama dengan maklumat dari CCRIS. Nombor tiga angka untuk Skor MyCTOS ditentukan oleh lima faktor utama – sejarah pembayaran, jumlah hutang, tempoh kredit, jenis campuran kredit, dan permohonan kredit baru. Faktor-faktor ini diterangkan seperti berikut:

•Sejarah pembayaran: Menilai ketepatan masa pembayaran pinjaman dalam tempoh 12 bulan terakhir.
•Jumlah hutang: Menyenaraikan kemudahan kredit dari pelbagai bank serta jumlah hutang yang terlibat.
•Tempoh kredit: Merujuk kepada jangka masa penggunaan kemudahan kredit tertentu.
•Jenis campuran kredit: Menilai jenis pinjaman dan kad kredit yang dipegang, termasuk kredit bercagar (seperti pinjaman rumah dan kereta) dan kredit tidak bercagar (kad kredit dan pinjaman peribadi).
•Permohonan kredit baru: Mengkaji kejayaan permohonan kemudahan kredit baharu dalam tempoh 12 bulan terakhir.

Setelah kesemua factor ini diambil kira, Skor MyCTOS 3 angka, yang berkisar antara 300 hingga 850, memberikan gambaran berangka tentang kebolehpercayaan kredit seseorang individu.

Untuk menebus laporan Skor MyCTOS percuma, pengguna hanya perlu memuat turun Aplikasi CTOS, mendaftar, dan memasukkan kod promosi “Merdeka67” dalam tempoh kempen ini.

Jadikan sambutan Hari Merdeka ke-67 lebih bermakna buat diri anda dengan mengambil langkah pertama menuju kebebasan kewangan. Untuk maklumat lanjut, muat turun aplikasi mudah alih CTOS atau layari https://www.ctoscredit.com.my

CTOS Meraikan Semangat Jiwa Merdeka Dengan Pemberian Laporan Skor MyCTOS Percuma – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts