Cabaran 90 Hari Untuk Menghindari Gaya Hidup Sedentari

Cabaran Breakthru Evolution Wellness memberi ganjaran kepada transformasi kesihatan

Cabaran 90 Hari Untuk Menghindari Gaya Hidup Sedentari

Kuala Lumpur, 30 Julai – Evolution Wellness, pengendali kelab kesihatan terkemuka di Asia dengan portfolio jenama termasuk Celebrity Fitness dan Fitness First, dengan bangganya mengumumkan pelancaran “Breakthru Challenge” yang bertujuan menggalakkan dan membantu rakyat Malaysia menikmati gaya hidup yang lebih cergas dan sihat seterusnya membantu mereka menjadi versi terbaik diri mereka.

“Di Evolution Wellness, usaha berterusan kami adalah untuk membantu individu meningkatkan kesejahteraan, kecergasan dan gaya hidup mereka. Kami bekerja secara berterusan untuk membantu dan menggalakkan rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat di mana kami memahami cabaran yang dihadapi dalam kehidupan bekerja dan di rumah” kata David Prosser, Ketua Pegawai Eksekutif Evolution Wellness.

“Sesuai dengan nama yang diberi, kami melihat ‘Breakthru Challenge’ ini sebagai peluang untuk rakyat Malaysia maju ke hadapan, memulakan langkah baharu dan mencapai kejayaan dalam meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental mereka,” tambah beliau lagi.

Breakthru Challenge ialah cabaran kecergasan seluruh negara selama 90 hari yang diketuai oleh pakar kecergasan terkemuka dari Celebrity Fitness dan Fitness First dan ia terbuka kepada orang ramai yang berumur 14 tahun ke atas. Apabila mendaftar untuk cabaran ini, data fizikal peserta (peratusan lemak badan, KMA (Kadar Metabolisme Asas) dan berat)) akan diambil untuk penanda aras, sebelum mereka memulakan perjalanan kecergasan selama 90 hari. Peserta akan bersenam mengikut had mereka sendiri (dengan atau tanpa jurulatih peribadi) dan perlu menyerahkan penilaian badan mereka (% lemak badan, KMA dan berat) setiap 30 hari melalui aplikasi mudah alih. Pada akhir tempoh 90 hari, berdasarkan keputusan, peserta yang mengalami perubahan terbesar daripada segi kesihatan fizikal dan kecergasan berpeluang memenangi hadiah.

Prosser menjelaskan bahawa idea untuk “Breakthru Challenge” dibentuk apabila menyedari tahap celik kesihatan dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan. Laporan pada tahun lepas menunjukkan bahawa 53 peratus rakyat Malaysia yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan mengalami berat badan berlebihan atau obes, dan bilangan rakyat Malaysia di bawah umur 40 tahun yang mati akibat serangan jantung atau strok semakin bertambah. Beliau turut berkongsi bahawa laporan tinjauan yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan dan Sains Kesihatan Malaysia pada tahun 2020 menekankan bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang tidak aktif, dengan ramai yang salah anggap bahawa mereka aktif secara fizikal. Tanggapan salah ini sememangnya membimbangkan.

“Dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk memperbaiki perkara ini. Selain daripada meningkatkan kesedaran orang ramai, pihak kerajaan juga telah mengambil pendekatan untuk menggalakkan individu mengambil langkah proaktif dalam menjalani gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Terkini, pada bulan April lalu, Menteri Belia dan Sukan mengumumkan bahawa latihan sukan termasuk keahlian gim layak mendapat pelepasan cukai pada tahun 2025” katanya lagi.

Prosser berharap rakyat Malaysia bukan sahaja melihat langkah ini sebagai potensi kelonggaran kewangan, tetapi mereka perlu mengambil peluang untuk menambah baik kesihatan dan kesejahteraan mereka. Ia merupakan peluang yang ideal untuk meningkatkan kesejahteraan yang mungkin telah lama mereka idamkan tetapi tidak pernah mencuba agar mereka boleh menjalani kehidupan yang lebih bahagia dan sihat.

Tidak seperti cabaran kecergasan lain, pencapaian peserta dalam Breakthru Challenge akan dijejaki melalui aplikasi mudah alih. Aplikasi MyCoach dan MyTrainer Evolution Wellness akan membolehkan jurulatih peribadi memantau dan menganalisis prestasi peserta, membantu mereka memperibadikan rancangan latihan, serta memberikan nasihat dan galakan yang diperlukan untuk membantu peserta merealisasikan matlamat kecergasan mereka. Ini adalah untuk memastikan peserta benar-benar mendapat manfaat apabila mencapai potensi penuh mereka, seterusnya menjadi lebih cergas, lebih kuat dan lebih bertenaga yang membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik.

Sebagai insentif tambahan kepada peserta, pemenang Breakthru Challenge berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk suplemen pemakanan Lush Protein, barangan sukan Li-Ning, Jam Tangan Pintar Pengesan Kecergasan GPS Garmin Vívoactive 5, Pistol Urut Mini Beoka atau percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Bali untuk 2 orang bernilai RM20,000.

“Menjalani gaya hidup cergas dan sihat adalah lebih mudah disebut daripada dibuat, dan ramai rakyat Malaysia bergelut untuk memulakan perjalanan itu, atau dalam hal ini, mengikutinya. Menyedari perjuangan ini, kami berharap cabaran ini akan memberikan para peserta motivasi dan insentif tambahan untuk meneruskan dan mencapai kejayaan dengan tahap mental dan fizikal yang dimiliki sekarang,” kata David Prosser.

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar untuk Cabaran Breakthru Evolution Wellness, lawati:

www.fitnessfirst.com/my/en/highlights/breakthruchallenge
www.celebrityfitness.com/my/en/highlights/breakthruchallenge

atau ikuti kami di akaun Media Sosial kami:

Facebook: @CelebrityFitnessMalaysia, @fitnessfirstmalaysia

Instagram: @celebrityfitnessmalaysia, @fitnessfirstmalaysia

Hashtags:  #BTC2024 #Transformation #FitnessFirstMalaysia #CelebrityFitnessMalaysia

Cabaran 90 Hari Untuk Menghindari Gaya Hidup Sedentari – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts