Untuk Penggemar Kopi & Fesyen: Moccona Kembali Sebagai Penaja Kopi Rasmi KLFW 2024

MOCCONA menyokong pereka fesyen tempatan dengan kolaborasi eksklusif MOCCONA X Fuzana Mokhtaza, serta memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencari kebahagiaan dalam kehidupan seharian

Untuk Penggemar Kopi & Fesyen Moccona Kembali Sebagai Penaja Kopi Rasmi KLFW 2024

Kuala Lumpur, 26 JULAI 2024 – MOCCONA kembali untuk tahun ketiga berturut-turut sebagai Penaja Kopi Rasmi untuk Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW24), menggabungkan pencinta kopi dan fesyen mulai 29 Julai hingga 4 Ogos.

“Kerjasama MOCCONA dengan KLFW mempamerkan dedikasi kami untuk menghargai detik-detik kecil dan meraikan keindahan dalam kehidupan harian,” kata Fiona Tan, Pengurus Besar, JDE Malaysia, pemilik jenama MOCCONA. Tan menambah bahawa KLFW dan MOCCONA kedua-duanya meraikan keunikan cita rasa, kepelbagaian gaya dan pilihan setiap individu.

Sepanjang minggu KLFW 2024, MOCCONA akan memperkenalkan menu mocktail dan kopi klasik kegemaran ramai yang dibuat menggunakan pilihan terlarisnya dalam tiga jenis intensiti: Number 5 (Classic Medium Roast), Number 8 (Classic Dark Roast) dan Number 10 (Espresso Style). Tersedia dalam varian yang pahit dan pekat serta halus dan beraroma, penggiat fesyen dan pencinta kopi berpeluang untuk menikmati kopi MOCCONA yang serasi dengan setiap pilihan yang berbeza-beza.

Untuk Penggemar Kopi & Fesyen Moccona Kembali Sebagai Penaja Kopi Rasmi KLFW 2024

KOLABORASI MOCCONA X FUZANA MOKHTAZA

Dalam rangkaian kerjasama dengan KLFW 2024, MOCCONA akan mempersembahkan pertunjukan fesyen dengan pereka tempatan Fuzana Mokhtaza pada 1 Ogos 2024. Dikenali dengan rekaan busana pengantin yang menampilkan gaya romantik dan feminin, Fuzana Mokhtaza mengutamakan keanggunan abadi dan elegan dengan menggabungkan unsur tradisional dan estetika moden. Gabungan harmonis antara dua elemen yang berbeza dalam ciptaan Fuzana Mokhtaza mencerminkan intipati MOCCONA yang menawarkan keenakan asli dengan daya tarikan moden. Kerjasama ini membuktikan dedikasi kedua-dua pihak terhadap keanggunan abadi dan keutamaan mereka untuk menyempurnakan lagi pengalaman para tetamu di KLFW24.

Selain itu, Tan turut menyatakan komitmen MOCCONA untuk menyokong bakat fesyen tempatan, dengan berkata, “MOCCONA teruja untuk menyokong pereka tempatan Fuzana Mokhtaza dalam penampilan sulung beliau di acara berprestij ini. Fesyen, seperti kopi, adalah salah satu bentuk ekspresi diri yang dapat membawa kebahagiaan yang tidak ternilai. Kami yakin bahawa kehadiran kami di KLFW bukan sahaja akan meningkatkan pengalaman para tetamu namun juga dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk meraikan saat-saat yang menggembirakan dalam kehidupan harian.”

Bersempena dengan pelancaran kempen baharunya, “Cintai Dunia Ciptaan Anda”, MOCCONA berusaha untuk menyemarakkan rasa menghargai yang sering diabaikan dalam kesibukan kehidupan moden yang serba cepat. Sejajar dengan kempen ini, MOCCONA menggalakkan orang ramai untuk menikmati saat-saat indah dalam kehidupan demi mencapai kebahagiaan.

© 2024 BlackButterfly DesignArts