AEON Bank Santuni Ribuan Rakyat Johor Menerusi Program Jelajah di AEON Mall Tebrau City

AEON Bank Santuni Ribuan Rakyat Johor Menerusi Program Jelajah di AEON Mall Tebrau City

Johor, 15 Julai 2024 – AEON Bank (M) Berhad (“AEON Bank” atau “Bank”), Bank Digital Islam Pertama di Malaysia menggerakkan program jelajahnya ke negeri Johor di AEON Mall Tebrau City pada 11 hingga 14 Julai 2024.

Para pengunjung dan pelanggan dari pelbagai peringkat usia mengerumuni kempen jelajah di AEON Mall Tebrau City untuk mengetahui sendiri perkhidmatan produk perbankan digital patuh Syariah AEON Bank, seperti AEON Bank x Visa Debit Card-i, Akaun Simpanan, Duit Now, MyDebit, Savings Pot Simpanan, Penjejak Bajet, dan pelbagai kemudahan pembayaran digital yang membolehkan para pelanggan meraih keuntungan daripada simpanan mereka, dengan tambahan manfaat dan promosi di seluruh ekosistem AEON serta  rangkaian meluas rakan niaga, termasuk diskaun istimewa semasa kempen jelajah di  negeri Johor oleh Tealive, ZUS Coffee dan  Sister Popiah.

Para pelanggan yang mengaktifkan akaun Simpanan-i mereka dari sekarang sehingga 31 Ogos 2024 juga layak untuk menikmati kadar untung 3.88%* setahun, bonus pendaftaran eksklusif 3,000* Mata Ganjaran AEON, 3X* Mata Ganjaran AEON bagi setiap pembelian menggunakan Debit Card-i, serta pengecualian yuran pengeluaran kad RM12 dan pengecualian yuran keahlian setahun bagi Program Mata AEON.

AEON Bank juga memberi ganjaran istimewa kepada para pelanggannya menerusi pengumpulan Mata Ganjaran AEON yang boleh ditukar kepada nilai wang tunai yang akan dikreditkan terus ke dalam Akaun-i Simpanan mereka dan kemudiannya boleh digunakan untuk pembelian seterusnya, pemindahan dalam talian, selain pembayaran bil kepada pelbagai rakan utiliti, termasuk elektrik, air, langganan internet/TV/radio, bil telefon pasca bayar, majlis perbandaran kerajaan tempatan, SSPN, Ujrah dan banyak lagi.

GAMBAR KEMPEN JELAJAH DAN ACARA MENARIK

AEON Bank Santuni Ribuan Rakyat Johor Menerusi Program Jelajah di AEON Mall Tebrau City

Chef Danish Harraz menceriakan  orang ramai dengan menu lazat lagi mudah dibuat, seperti kek keju tanpa bakar cebisan biskut Sakura , Tom Kha Gai dan Berry Bliss Refresher a’la air balang.

AEON Bank Santuni Ribuan Rakyat Johor Menerusi Program Jelajah di AEON Mall Tebrau City

Para pemenang peraduan melukis.

AEON Bank Santuni Ribuan Rakyat Johor Menerusi Program Jelajah di AEON Mall Tebrau City

Nana Mahazan mengacarakan majlis semasa program jelajah di Johor.

AEON Bank Santuni Ribuan Rakyat Johor Menerusi Program Jelajah di AEON Mall Tebrau City

Boss James berkongsi tips pengurusan wang bersama orang ramai

AEON Bank Santuni Ribuan Rakyat Johor Menerusi Program Jelajah di AEON Mall Tebrau City

 Mimie Haris mengacarakan aktiviti semasa program  jelajah AEON Bank.

AEON Bank Santuni Ribuan Rakyat Johor Menerusi Program Jelajah di AEON Mall Tebrau City

Persembahan tarian  tradisi Zapin yang  dipersembahkan oleh kumpulan penari Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar baharu memenangi Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Rendah (TASEEM) Peringkat Kebangsaan 2024, anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

AEON Bank Santuni Ribuan Rakyat Johor Menerusi Program Jelajah di AEON Mall Tebrau City

Neko, maskot AEON Bank berinteraksi dengan pengunjung.

AEON Bank (M) Berhad telah dilancarkan secara rasmi pada 26 Mei 2024 dan kini menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan digital patuh Syariah. Ia adalah satu daripada lima pemegang lesen perbankan digital yang dimandatkan  oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia. Sebagai bank digital Islam pertama di Malaysia, AEON Bank komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah diakses, termasuk kepada mereka yang tidak mempunyai

akaun bank dan komuniti yang termaginalisasi. Ia juga akan terus berusaha untuk  memperkasakan masyarakat demi mencapai aspirasi dan ketakbersandaran  ekonomi, sambil memupuk masa depan kewangan yang lebih inklusif untuk semua, di samping menyumbang ke arah pembangunan industri fintech dan ekonomi digital negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai AEON Bank, ikuti i @AEONBankMY di media sosial atau layari laman web AEON Bank. Untuk memuat turun Aplikasi AEON Bank, klik pada pautan atau imbas kod QR di bawah:

AEON Bank Santuni Ribuan Rakyat Johor Menerusi Program Jelajah di AEON Mall Tebrau City

© 2024 BlackButterfly DesignArts