Iskandar Investment Berhad Berikrar Menyokong Pemerkasaan dan Pendidikan Belia di Johor

Iskandar Puteri, 11 Jun 2024 – Iskandar Investment Berhad (IIB) terus memperkukuhkan komitmennya dalam memperkasakan belia di Johor dan memupuk pembangunan bakat, melalui dua inisiatif berimpak yang telah dilancarkan di Johor Youth Meet Up anjuran Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) dan diserikan oleh Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor.

Inisiatif pertama, dana biasiswa “Dana Ilmu IIB untuk Orang Muda Johor” menyediakan sejumlah RM300,000 untuk menaja sehingga 60 orang pelajar kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di peringkat Pengajian Asasi, Diploma dan Sarjana Muda di institusi pendidikan EduCity.

Iskandar Investment Berhad Berikrar Menyokong Pemerkasaan dan Pendidikan Belia di Johor

Di samping itu, dalam menyokong pembentukan pemimpin dunia masa hadapan, IIB turut menyumbang sejumlah RM50,000 kepada Program Johor Global Leadership Nexus oleh Institut Dato’ Onn yang menawarkan pendedahan dan pengalaman antarabangsa yang berharga kepada belia Johor melalui pelbagai kursus di luar negara, bagi melengkapkan mereka dengan modul yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, amalan piawai serta inisiatif yang diperakui di seluruh dunia agar mereka dapat menyumbang secara tuntas kepada pembangunan Johor dan Malaysia.

Iskandar Investment Berhad Berikrar Menyokong Pemerkasaan dan Pendidikan Belia di Johor

“Kedua-dua inisiatif ini menekankan komitmen IIB yang tidak berbelah bahagi dalam meningkatkan martabat pendidikan, kebajikan sosial dan pembangunan mampan sebagai tonggak utama dalam kemajuan dan kemakmuran negeri Johor. Kami percaya bahawa belia yang diperkasakan merupakan tunjang kepada pembangunan dan kemajuan negeri ini. Oleh itu, melalui pelaburan ke dalam pembangunan pendidikan dan kepimpinan, kami bertekad untuk memupuk kecemerlangan pendidikan dan memperhebatkan peluang kerjaya di kalangan belia, bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan daya sosioekonomi mereka bahkan juga untuk membolehkan mereka mencapai potensi dan keupayaan penuh untuk menyumbang kepada negeri ini dan negara,” komen Dato’ Idzham Mohd Hashim, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif, Iskandar Investment Berhad.

© 2024 BlackButterfly DesignArts