Kekal diinsuranskan bermula dari RM1.67, SeaMoney Malaysia dan Zurich Malaysia memperkenalkan Insurans Kemalangan Peribadi yang baharu dan mudah diakses

Terdapat pada aplikasi Shopee, insurans baru ini melindungi pengguna daripada kemalangan dan kecederaan yang tidak diduga

Kekal diinsuranskan bermula dari RM1.67, SeaMoney Malaysia dan Zurich Malaysia memperkenalkan Insurans Kemalangan Peribadi yang baharu dan mudah diakses

Kuala Lumpur, 12 Jun 2024 – Didorong oleh usaha untuk memudahkan akses lebih mudah kepada insurans mampu milik, SeaMoney, cabang perkhidmatan kewangan Sea Limited, mempersembahkan insurans Kemalangan Peribadi serba baharu yang ditaja jamin oleh Zurich General Insurance Malaysia Berhad. Insurans ini bertujuan untuk memastikan penggunanya dilindungi dan bersedia dalam sebarang kes kemalangan atau kecederaan tidak diduga.

Tersedia pada aplikasi Shopee, pelan insurans bermula dari harga rendah RM1.67/bulan atau pada harga RM20 untuk pembelian tahunan Pelan Asas, manakala Pelan Emas hanya tersedia dengan pembelian tahunan RM50.

Melindungi sebarang bentuk kecederaan badan atau hilang upaya yang disebabkan oleh kejadian tidak terjangka, pelan ini menyediakan perlindungan insurans sebanyak RM18,000 bagi kes kematian akibat kemalangan dan hilang upaya kekal bagi Pelan Asas, dan RM40,000 bagi mereka yang diinsuranskan dengan Pelan Emas. Selain itu, insurans ini juga meliputi perbelanjaan hospital sehingga RM50/hari selama 15 hari (Pelan Asas) atau 60 hari (Pelan Emas).

Pengguna Pelan Emas juga layak mendapat manfaat tambahan termasuk elaun hospital sebanyak RM50/hari selama 60 hari bagi kes kemasukan ke hospital akibat penyakit bawaan vektor, dan perlindungan RM500 untuk perbelanjaan pengebumian bagi kes kematian akibat kemalangan.

PerlindunganPelan AsasPelan Emas
Kematian Akibat Kemalangan & Hilang Upaya KekalRM 18,000RM 40,000
Pendapatan Hospital akibat KemalanganRM 50 per day (Up to 15 days)RM 50 per day (Up to 60 days)
Pendapatan Hospital akibat Penyakit Bawaan Vektorn/aRM 50 per day (Up to 60 days)
Perbelanjaan Pengebumian (kematian akibat kemalangan)n/aRM500
*Perlindungan terperinci terpakai untuk pelan dewasa*

“Dengan populasi yang semakin bertambah digital, rakyat Malaysia dari pelbagai demografik kini mempunyai akses kepada pelbagai perkhidmatan digital yang memudahkan kehidupan seharian mereka.” berkongsi Alain Yee, Ketua SeaMoney. “Di SeaMoney, kami berhasrat untuk mengurangkan halangan rakyat untuk mengakses perkhidmatan kewangan, termasuk insurans peribadi, dan kami bersyukur kerana Zurich Malaysia menyertai kami dalam usaha ini untuk menjadikan insurans lebih mudah diakses dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.”

Mengulas mengenai kerjasama itu, Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara/Ketua Zurich Malaysia, berkata, “Bekerjasama untuk meningkatkan nilai dan membawa manfaat bersama kepada rakyat Malaysia adalah prinsip asas bagi kami di Zurich Malaysia. Orang ramai semakin celik teknologi, oleh itu kami komited untuk terus memberi perkhidmatan yang bermakna kepada pelanggan dan membantu mereka melindungi kesejahteraan, keselamatan dan  kewangan serta segala perkara yang bermakna kepada mereka. Kami gembira untuk menawarkan Zurich Edge kepada SeaMoney, yang membolehkan pengalaman pengguna yang lancar, diperibadikan dan lebih berkaitan. Kami berbesar hati dapat bekerjasama untuk memastikan rakyat Malaysia selamat dan dilindungi daripada situasi yang tidak diduga.”

Bersempena dengan pelancaran Pelan Kemalangan Peribadi Zurich pada aplikasi Shopee, pengguna yang membeli insurans boleh menerima diskaun automatik 25% apabila mereka membeli Pelan Emas. Selain itu, pengguna boleh memilih untuk membayar pelan mereka melalui pelbagai kaedah pembayaran yang fleksibel, termasuk pelan ansuran sehingga 12 bulan apabila mereka mendaftar keluar menggunakan SPayLater.

Tersedia di aplikasi Shopee, pembelian Kemalangan Peribadi Zurich anda boleh diselesaikan dalam masa kurang dari 3 minit:

Langkah 1: Buka aplikasi Shopee dan tuju ke halaman “Saya”. Di sini, tekan “Insurans Saya”

Kekal diinsuranskan bermula dari RM1.67, SeaMoney Malaysia dan Zurich Malaysia memperkenalkan Insurans Kemalangan Peribadi yang baharu dan mudah diakses

Langkah 2: Bawah “Polisi Saya” tekan “Teroka Sekarang”

Kekal diinsuranskan bermula dari RM1.67, SeaMoney Malaysia dan Zurich Malaysia memperkenalkan Insurans Kemalangan Peribadi yang baharu dan mudah diakses

Langkah 3: Pilih insurans “Kemalangan Diri”

Kekal diinsuranskan bermula dari RM1.67, SeaMoney Malaysia dan Zurich Malaysia memperkenalkan Insurans Kemalangan Peribadi yang baharu dan mudah diakses

Langkah 4: Kini anda boleh memilih pelan insurans yang diingini serta mengisi butiran diri dan selesaikan pembelian insurans anda.

Kekal diinsuranskan bermula dari RM1.67, SeaMoney Malaysia dan Zurich Malaysia memperkenalkan Insurans Kemalangan Peribadi yang baharu dan mudah diakses

*Tertakluk kepada terma dan syarat

© 2024 BlackButterfly DesignArts