MyKasih bekerjasama dengan Mondelēz International (Malaysia) untuk membantu dan memperkasakan keluarga yang memerlukan
Kota Bharu, 13 Mac 2024 – Kos sara hidup yang kian meningkat telah memburukkan lagi tekanan yang dirasai oleh keluarga-keluarga daripada komuniti kurang berkemampuan. Justeru, dalam usaha kolektif untuk meringankan beban mereka, Mondelēz International, Malaysia (Mondelēz), pengeluar jenama-jenama snek global dan tempatan yang ikonik, berpadu tenaga dengan MyKasih Foundation, pertubuhan bukan keuntungan yang terkemuka, dalam satu inisiatif jangka panjang bagi menyokong dan memperkasakan keluarga-keluarga yang memerlukan.
Program penglibatan komuniti itu yang dipanggil Mondelēz Prihatin, #MDLZPrihatin, bermula dengan pengagihan tunai bantuan makanan kepada 100 keluarga B40 di Kota Bharu, Kelantan, yang dikenal pasti oleh MyKasih. Setiap keluarga itu telah menerima sejumlah wang yang disalurkan ke dalam MyKad mereka, untuk membeli bahan makanan ruji menjelang musim Ramadan ini. Program itu dilancarkan dengan satu sesi lawatan dan penglibatan komuniti di pasar raya besar MYDIN Kota Bharu, di mana waris dan ahli keluarga mereka dijemput untuk membeli barangan keperluan asas dengan bantuan disediakan.
“Kami mempamerkan matlamat syarikat kami ‘Snacking Made Right’ melalui pelbagai program jangkauan komuniti yang dianjurkan oleh syarikat dan jenama-jenama kami. Kami komited untuk menyumbang secara positif kepada komuniti di mana kami beroperasi, dan telah terlibat dalam pelbagai inisiatif amal untuk menjana impak ketara dalam kehidupan golongan yang memerlukan. #MDLZPrihatin mencerminkan dedikasi berterusan kami untuk menyokong dan memperkasakan komuniti tempatan,” kata Raja Zalina, Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan untuk Malaysia dan Singapura, Mondelēz International.
Selain menawarkan snek yang betul untuk detik yang sesuai, kami didorong prinsip kami untuk berbuat baik terhadap komuniti di mana kami tinggal, bekerja dan memberi impak. Bermula daripada bantuan sederhana, semoga tindakan kolektif kami melalui MyKasih yang dapat membawa perubahan bermakna kepada kehidupan keluarga-keluarga Malaysia yang paling memerlukan,” tambah beliau lagi.
Suryana, 47, seorang ibu tunggal dari Bachok, Kelantan berkongsi rasa syukur atas bantuan diterima. “Bantuan daripada Mondelēz Malaysia menjelang bulan mulia ini adalah satu keberkatan tidak diduga. Penyaraan empat anak saya, termasuk seorang yang berkeperluan khas, adalah satu tugas yang susah. Namun, bantuan ini telah meringankan beban saya untuk mendapatkan barangan runcit, sekali gus membawa kelegaan dan kegembiraan kepada keluarga kami. Saya berasa amat bertuah kerana dipilih sebagai salah satu keluarga untuk menerima tunai bantuan makanan ini. Ini adalah satu peringatan bahawa walaupun dalam saat-saat yang paling sukar, wujudnya sinar harapan dan ihsan orang lain untuk memberi semangat kepada kita,” kata beliau.
Turut melafazkan kesyukuran ialah Khairul, 42, seorang ayah dan penyara tunggal bagi dua cahaya mata. Ketika merenung cabaran hidupnya, beliau berkata: “Cabaran Mengimbangi keperluan keluarga saya merupakan sesuatu yang berterusan. Bahkan kadangkala, kami terpaksa mengorbankan makan untuk berjimat cermat. Jadi, bantuan yang diberikan ini telah menjadi talian hayat yang meringankan beban saya dan memastikan keluarga saya mempunyai makanan di atas meja. Saya amat menghargai Mondelēz Malaysia atas sokongan ini yang telah membawa kelegaan besar kepada kehidupan kami.”
Pengerusi dan Pengasas Bersama MyKasih Foundation, Tan Sri Dr Ngau Boon Keat, melahirkan penghargaan tinggi terhadap kerjasama itu. “Kami amat menghargai kemurahan hati dan komitmen Mondelēz International (Malaysia). Hari ini, kemiskinan kekal menjadi realiti sebenar bagi ramai keluarga dalam komuniti kami, yang bergelut untuk meletakkan makanan di atas meja. Justeru, menerusi Mondelēz Prihatin, kami berhasrat bukan hanya untuk menyalurkan bantuan segera tetapi juga menyemarakkan sinar harapan dan daya tahan dalam komuniti ini,” demikian kata beliau.
Sejak ditubuhkan pada 2009, MyKasih telah giat membantu keluarga berpendapatan rendah. Ia telah menghulurkan bantuan kepada lebih 750,000 keluarga di Malaysia melalui pelbagai inisiatif seperti bantuan makanan, sokongan pendidikan, dan latihan kemahiran.
Menerusi program itu, syarikat tersebut menyasarkan untuk membantu lebih 1,000 keluarga menjelang akhir tahun 2024. Ia termasuk rancangan untuk melebarkan bantuan bersasaran merentasi pelbagai keperluan seperti pendidikan, pembangunan kemahiran, pemerkasaan wanita dan keusahawanan. Inisiatif ini akan dijalankan secara berperingkat dengan memanfaatkan kepakaran dan bimbingan daripada MyKasih.
Sejak bertapak di Malaysia pada 1905, kami telah menghasilkan makanan ringan dan jenama-jenama yang digemari rakyat Malaysia sehingga hari ini. Mondelēz International (Malaysia) mempunyai dua kemudahan pengeluaran yang terletak di Shah Alam, Selangor, serta Prai, Pulau Pinang. Selama ini, Mondelēz telah melancarkan pelbagai program tanggungjawab sosial yang bertujuan memperkasa dan menaik taraf komuniti dengan pelbagai cara.
Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19, Mondelēz telah melancarkan inisiatif ‘Flags of Generosity’ sebagai tindak balas kepada gerakan Bendera Putih. Menerusi kempen itu, bendera ungu telah diedarkan kepada rakyat Malaysia, yang boleh dikibar sebagai tanda keinginan mereka untuk menyumbangkan makanan dan bekalan berlebihan, yang kemudiannya dikumpul dan diserahkan kepada keluarga-keluarga memerlukan. Sejak menjalinkan kerjasama dengan National Food Aid Foundation pada 2018, Mondelēz telah menyumbangkan produk berjumlah lebih RM4 juta untuk diedarkan kepada komuniti yang memerlukan di seluruh negara.