Insentif ditawarkan termasuk motosikal baharu dan hadiah wang tunai melebihi RM100,000
Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 — Dalam komitmen berterusan foodpanda Malaysia untuk meraikan rakan-rakan penghantar yang berdedikasi, platform penghantaran makanan dan barangan runcit dalam talian yang terkemuka itu mengiktiraf 70 rider berprestasi cemerlang dengan motosikal baharu dan hadiah wang tunai melebihi RM100,000 melalui program insentif ‘Bonus Akhir Tahun’. Inisiatif ini menyerlahkan dedikasi foodpanda untuk meningkatkan kepuasan kerja serta memupuk budaya penambahbaikan dan kecemerlangan yang berterusan merentasi rangkaian rakan penghantarannya di seluruh negara.
Bermula dari 11 November hingga 31 Disember 2023, para pemenang pertandingan ‘Bonus Akhir Tahun’ telah dianugerahkan hadiah yang diimpikan, termasuk 14 motosikal Modenas Kriss 110 yang baharu, topi keledar untuk rider di seluruh Semenanjung Malaysia, dan ganjaran wang tunai berjumlah RM 2,500 untuk 14 rider, RM 2,000 untuk 13 rider, dan RM 1,500 untuk 29 rider, sebagai pengiktirafan untuk kecemerlangan perkhidmatan dan dedikasi mereka.
Ketua Logistik foodpanda Malaysia, Shubham Saran menekankan peranan penting rakan penghantaran dalam operasi syarikat itu. “Rider kami adalah tulang belakang operasi foodpanda untuk memastikan jutaan rakyat Malaysia dapat menikmati penghantaran makanan dan barangan runcit yang sampai tepat pada masa dan boleh dipercayai. Inisiatif ‘Bonus Akhir Tahun’ mencerminkan usaha berterusan kami untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada rakan penghantaran kami yang berdedikasi. Majlis anugerah kami juga berlangsung tepat pada waktunya seiring dengan ketibaan musim Ramadan, yang secara tradisinya masa untuk menzahirkan penghargaan dan menyumbang kembali,” demikian kata beliau.
Bagi melayakkan diri untuk menyertai pertandingan itu, rider perlu memenuhi beberapa kriteria, termasuk melengkapkan sekurang-kurangnya 800 pesanan sepanjang tempoh bonus, mempamerkan disiplin diri yang boleh diteladani, dan mengekalkan kadar penerimaan pesanan sebanyak 90%. “Kami berhasrat untuk memupuk semangat persaingan yang sihat, serta menyemarakkan semangat dan mengiktiraf sumbangan penting mereka dalam pencapaian kami,” tekan Saran lagi.
Abdul Rahman bin Dollah dari Pahang, yang dinobatkan sebagai juara pertandingan itu berkongsi, “Apabila saya mendapat tahu tentang pertandingan ini, saya bertekad untuk menang dan menetapkan tempat kedua sebagai sasaran. Namun, saya terkejut apabila berjaya mendapat tempat pertama dan memenangi motosikal Modenas, yang mengatasi segala jangkaan saya. Pencapaian ini merupakan satu tonggak penting dalam kerjaya saya selama 3 tahun bersama foodpanda, sekali gus mengesahkan kepercayaan saya bahawa usaha keras akan memberikan hasil yang memuaskan. Mengimbau kembali, saya bersyukur untuk saat-saat di mana saya nekad untuk tidak berputus asa dan mencabar diri saya secara konsisten untuk menghantar jumlah pesanan harian yang saya tetapkan.”
Seorang lagi pemenang, Ahmad Nasri bin Roseli dari Lembah Klang, turut berkongsi, “Mendapat pengiktirafan sebagai antara peserta terbaik dalam pertandingan ‘Bonus Akhir Tahun’ seakan-akan satu mimpi. Saya bersyukur kerana usaha keras saya telah membolehkan saya melebihi jumlah penghantaran harian yang saya tetapkan untuk diri saya sepanjang tempoh pertandingan, dan akhirnya membuahkan hasil. Disebabkan foodpanda telah menjadi sebati dengan kehidupan saya sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kemenangan ini menjadikan sambutan ulang tahun foodpanda ini lebih istimewa dan bermakna.”
Inisiatif ini mengiktiraf usaha dan komitmen rakan penghantaran foodpanda yang tidak berbelah bahagi serta menetapkan piawaian kecemerlangan dalam sektor perkhidmatan penghantaran. Ia menonjolkan penghargaan foodpanda yang ikhlas terhadap dedikasi ridernya untuk membawa kegembiraan dan kepuasan kepada pelanggan di seluruh negara.
Untuk senarai penuh pemenang inisiatif ‘Bonus Akhir Tahun’, sila layari halaman foodpanda di SINI.