Saudia Memperoleh Kedudukan Global Ke-9 dalam Kajian Prestasi Mengikut Masa untuk Tahun 2023

Saudia Memperoleh Kedudukan Global Ke-9 dalam Kajian Prestasi Mengikut Masa untuk Tahun 2023

Jeddah, 24 Januari 2024-Saudia, syarikat penerbangan negara Arab Saudi, menduduki tempat ke-9 dalam kalangan syarikat penerbangan global dalam Prestasi Mengikut Masa untuk tahun 2023, menurut laporan tahunan oleh laman web pemantauan penerbangan bebas Cirium. Ini berikutan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2023, di mana Saudia telah berjaya menduduki tempat 10 teratas selama enam bulan berturut-turut.

Prestasi luar biasa Saudia dalam penilaian OTP global didorong oleh objektif Strategi Penerbangan Saudi yang bertujuan untuk menjadikan Arab Saudi peneraju dalam industri global dengan meningkatkan pengalaman pelanggan. Strategi tersebut sejajar dengan matlamat pengembangan syarikat penerbangan Saudia yang bekerja keras untuk membawa kira-kira 330 juta pelawat ke Kerajaan itu menjelang tahun 2030. Dengan terus disenaraikan sebagai salah sebuah syarikat penerbangan berprestasi tinggi, Saudia sedang berusaha ke arah matlamatnya untuk menjadi syarikat penerbangan terkemuka dalam industri dan membawa dunia ke Arab Saudi.

Program transformasi, merangkumi rancangan dan inisiatif merentasi semua sektor Kumpulan Saudia, telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan operasi dan menjamin kedudukan global ini. Penyepaduan sistem digital telah menjadi pemacu utama bagi meningkatkan prestasi yang cemerlang, ditambah dengan pembangunan strategik Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdulaziz, yang dijadikan sebagai hab penting. Tambahan pula, program sedemikian mencerminkan usaha gigih Pusat Operasi Penerbangan Saudia, menempatkan Pusat Kawalan Operasi Bersepadu (IOCC) terbesar di Timur Tengah, lantas membolehkan syarikat penerbangan itu mencapai rekod global dalam ketepatan masa penerbangan.

Saudia telah melabur dalam jumlah yang banyak untuk menaik taraf pesawatnya dan kini mengendalikan salah satu armada termuda. Syarikat penerbangan itu menyediakan rangkaian laluan global luas yang meliputi sekitar 100 destinasi merentasi empat benua, termasuk kesemua 28 lapangan terbang domestik di Arab Saudi. Penambahan pesawat baharu untuk armada telah banyak menyumbang kepada pencapaian utama ini yang mencerminkan komitmen Saudia untuk menyumbang secara aktif kepada matlamat yang digariskan dalam Wawasan Saudi 2030.

Saudia Memperoleh Kedudukan Global Ke-9 dalam Kajian Prestasi Mengikut Masa untuk Tahun 2023 – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts