Rasakan gabungan perisa mala dan bijan di The Chicken Rice Shop untuk semangat perayaan yang tidak dapat dilupakan.
Kuala Lumpur, 23 Januari 2024 – Rangkaian restoran halal tempatan, The Chicken Rice Shop (TCRS) bersedia untuk memeriahkan lagi perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi dengan pengenalan menu bermusim eksklusif mereka, Ayam Mala B’Jan! Untuk menyambut semangat kebersamaan dan kegembiraan, TCRS mengalu-alukan kehadiran para pelanggan untuk menikmati tawaran lazat ini yang tersedia untuk masa terhad bermula 22 Januari 2024 – 3 Mac 2024, di semua cawangan di seluruh negara.
Isitilah ‘mala’ berakar umbi daripada tradisi kulinari Cina. Ia berasal daripada gabungan dua aksara Cina: ‘ma’, bermaksud kebas, dan ‘la’, bermaksud pedas. Perisa istimewa ini telah mendapat populariti yang meluas di seluruh dunia di mana ia membuktikan kepelbagaian dan palet masakan Cina yang memikat selera. Menu baharu Ayam Mala B’Jan melambangkan keistimewaan musim perayaan dengan gabungan sempurna rasa manis dah pedas Mala, yang dilengkapkan lagi dengan taburan bijan untuk gigitan yang rangup.
Selain memenuhi cita rasa dengan selera yang memukau, tambahan bijan pada resepi ini jelas mendatangkan manfaat kesihatan yang berganda kerana bijan diperkayakan dengan kalsium, serat, dan protein yang penting untuk melengkapkan diet anda. Bukan itu sahaja – untuk menambahkan lagi kemeriahan menu baharu ini, minuman Mango Melon Splash boleh dijadikan teman hidangan untuk pengalaman kulinari yang terbaik.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa Tahun Baru Cina adalah masa untuk pertemuan semula bersama rakan dan keluarga yang tersayang. Menu Ayam Mala B’jan mencerminkan semangat kebersamaan dengan gabungan unik perisa mala dan bijan.
“Makanan merupakan sesuatu yang sangat istimewa di mana ia dapat memupuk hubungan sesama insan dan mencipta kenangan yang berkekalan. Dengan ketibaan Tahun Baru, kami mengalu-alukan kehadiran para pelanggan yang dihargai untuk menikmati keenakan Ayam Mala B’jan sambil berkongsi kegembiraan dan mewujudkan hubungan yang berkekalan.” kata Kah Yong.
Untuk memenuhi saiz kumpulan yang pelbagai, TCRS memperkenalkan rangkaian set hidangan yang berbeza-beza untuk kombinasi hidangan yang sesuai bagi setiap majlis makan. Sama ada anda inginkan hidangan untuk dua orang, atau sedang merancang jamuan besar-besaran, tetapan menu TCRS direka khas untuk memenuhi setiap keperluan anda. Selain itu, pelanggan yang mahu menikmati hidangan TCRS di kediaman sendiri juga boleh membuat pesanan melalui pekhidmatan penghantaran yang tersedia di pelbagai platform.
“Di The Chicken Rice Shop, kami berdedikasi untuk mencipta pengalaman pemakanan yang sejajar dengan komitmen kami untuk meraikan tradisi perayaan di Malaysia yang meriah dan pelbagai. Dengan menu Ayam Mala B’jan yang terbaharu ini, kami kekal teguh dengan slogan kami iaitu ‘Chicken rice and more’, dan kami sentiasa memastikan pelanggan TCRS berpeluang untuk menikmati perisa tempatan yang padan dengan setiap perayaan,” kata Kah Yong.
Raikan Tahun Baru Cina dengan cita rasa yang menggiurkan dengan Ayam Mala B’Jan! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menu baharu ini, sila layari www.thechickenriceshop.com atau ikuti Halaman Facebook di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.