Selasa: Hari Terbaik untuk Melancong – Laporan Tahunan redBus

Selasa: Hari Terbaik untuk Melancong - Laporan Tahunan redBus

Bagaimana Rakyat Malaysia Melancong pada tahun 2023 dan Apa yang Menanti Kita Tahun Ini!

Kuala Lumpur, 18 Januari 2024 – Data analisis pola perjalanan pengguna bas dan feri Malaysia pada tahun 2023 oleh redBus, platform tiket bas terbesar dunia, mengungkapkan fakta menarik:  Selasa adalah hari yang paling sesuai untuk melancong jika anda ingin melawat bandar-bandar di Malaysia menggunakan bas. Dapatan ini didasarkan pada pola pembelian pengguna di platform redBus, di mana syarikat tersebut berkongsi maklumat tentang trend pengangkutan dan mobiliti di Malaysia sepanjang tahun lalu.

Sebagai salah satu platform pelancongan dalam talian yang utama di negara ini, redBus telah menyaksikan peningkatan sebanyak 60% tahun ke tahun dalam jumlah tiket bas dan feri yang dijual pada tahun 2023, berbanding 2022. Data ini juga menunjukkan trend bahawa secara umumnya rakyat Malaysia akan menempah tiket perjalanan bas mereka sekurang-kurangnya 1 hingga 3 hari sebelum. Dengan pertumbuhan agregator pelancongan, tidak hairanlah bahawa pengendali bas dan feri tempatan bekerjasama dengan platform seperti redBus untuk mengembangkan perniagaan mereka setiap tahun. Penumpang juga lebih bersedia untuk menempah tiket bas mewah, berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Sebagai salah satu platform pelancongan dalam talian utama di Malaysia, redBus berada dalam kedudukan ideal untuk berkongsi maklumat berharga bagi sektor ini. Peningkatan ketara dalam perjalanan bas dan feri pada tahun 2023 adalah testimoni kepada kesefahaman redBus terhadap keperluan penumpang Malaysia yang dinamik dan komitmen kami untuk terus berinovasi demi menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan lebih dipercayai. redBus akan terus memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju pengangkutan bas & feri moden di Malaysia,” kata Krishnan Ramaswami, Ketua Pegawai Perniagaan, redBus.

Sorotan Penting 2023

Destinasi Popular: Selepas Malaysia melalui tempoh perintah berkurung yang panjang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, konsep percutian ‘balas dendam’ memang ketara. Bagaimanapun, kini corak perjalanannya sudah stabil dan redBus yakin ia akan kekal dan berkembang pada tahun-tahun mendatang.

  • Lima Destinasi utama paling kerap dikunjungi dengan bas pada tahun 2023:         
    • Kuala Lumpur – 24%
    • Johor Bahru – 7.8%
    • Melaka – 5.7%
    • Kuantan – 4.7%
    • Kota Bharu – 3.4%
  • Laluan bas dengan peningkatan penumpang terbanyak berbanding 2022:
    • Kuala Lumpur > Genting Highlands- 70.7%
    • Kuala Lumpur > Kuantan – 54%
    • Kuala Lumpur > Singapura – 52%
  • Lima Laluan utama bas dua hala pilihan rakyat Malaysia:
    • Kuala Lumpur <> Melaka
    • Kuala Lumpur <> Johor Bahru
    • Kuala Lumpur <> Penang
    • Kuala Lumpur <> Kuantan
    • Kuala Lumpur <> Genting Highlands
  • Tiga tempat paling kerap dikunjungi menggunakan feri pada tahun 2023:
    • Pulau Tioman
    • Batam
    • Pulau Perhentian

“Menyingkap kembali trend transformatif 2023 dan prospek menarik yang digariskan bagi 2024, redBus kekal komited untuk terus membentuk masa depan pengangkutan di Malaysia. Kami menyaksikan sebahagian besar permintaan daripada pengguna yang menggunakan bas secara ulang-alik dalam kalangan warga bekerja atau pelajar yang pulang ke kampung semasa bercuti. Pelancong yang memerlukan pilihan perjalanan yang fleksibel, mesra bajet dan yang dipercayai turut membentuk permintaan yang tinggi. Secara umum, kemudahan dan fungsi tempahan tiket dalam talian,  pengalaman mesra pengguna pada aplikasi redBus serta khidmat pelanggan kami yang cemerlang, telah menarik minat kebanyakan pelanggan kami,” tambah Krishnan Ramaswami.

Trend Perjalanan Lain:

Seperti dijangka, perjalanan sering dirancang sekitar acara istimewa dan/atau hujung minggu dan cuti. Walau bagaimanapun, terdapat juga trend menarik mengenai keutamaan waktu dan kemudahan –

  • Lima waktu puncak dengan jumlah penumpang bas tertinggi:
    • Deepavali
    • Cuti Sekolah Penggal 1 (Mei – Jun)
    • Hari Raya Aidilfitri
    • Tahun Baru Cina
    • Cuti Akhir Tahun
  • Masa pelepasan bas yang paling digemari: 10 malam
  • Masa pelepasan feri yang paling digemari: 11 pagi
  • Point pengecasan dan tiket-M adalah kemudahan bas yang penting dipilih semasa menempah bas.
  • Khamis adalah hari paling sibuk untuk perjalanan bas manakala Selasa adalah hari paling kurang sibuk.
  • Khamis juga merupakan hari paling sibuk untuk perjalanan feri manakala Sabtu adalah hari paling kurang sibuk.

Fakta Menarik

  • Pada tahun 2023, sebanyak 5,571 laluan bas & feri meliputi seluruh negara oleh 170 pengendali.
  • Tarikh paling sibuk sepanjang tahun untuk perjalanan bas adalah 10 November 2023, iaitu semasa Deepavali.
  • Ada penumpang yang memang bijak merancang – seorang pengguna redBus menempah tiket bas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Pulau Pinang 119 hari sebelum tarikh berlepas!
  • 5% pengguna memanfaatkan fleksibiliti yang disediakan oleh redBus untuk penjadualan semula atau pembatalan tiket mereka mengikut keperluan atau perubahan rancangan.

Apa yang dijangkakan pada tahun 2024

Pada tahun 2024, pengembaraan budaya akan menjadi keutamaan yang lebih besar bagi para pelancong. Peminat konsert dan pencinta muzik akan merancang perjalanan mereka untuk menonton artis kegemaran, manakala penggemar gastronomi ‘budget-bougie’ pula akan menjelajah serata negara untuk mencari pengalaman makanan terbaik. Pandangan ini sejajar dengan Rancangan Strategik Tourism Malaysia untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia. Rancangan tersebut menjangkakan peralihan daripada pelancongan skala besar kepada perjalanan yang lebih fleksibel dan bersifat peribadi, termasuk pelancongan pengembaraan dan percutian khas.

Penyelesaian Pengangkutan Bersepadu: Seiring dengan peningkatan kekerapan melancong rakyat Malaysia, pengguna akan cenderung untuk mengatur perjalanan pelbagai mod dengan menggunakan satu platform untuk merancang, menempah, dan meningkatkan pengalaman perjalanan mereka. Untuk memenuhi trend ini, platform pelancongan akan berusaha menyediakan pengalaman bersepadu kepada pengguna, memenuhi spektrum luas keperluan berkaitan perjalanan. Ini akan menyokong semua jenis pelancong, termasuk pelancong solo – di mana pelancong individu akan mempunyai jaminan platform yang selamat untuk mengatur semua keperluan mereka – serta pelancong bebas.

Inovasi Teknologi: Kod QR bakal menjadi “game-changer”, menjadikan perjalanan lebih mudah, pantas, dan menyediakan alternatif yang mudah kepada tiket fizikal. Teknologi ini dijangka akan diadaptasi oleh lebih banyak syarikat pengangkutan dan pelancongan. Sebagai contoh, redBus Malaysia membenarkan penumpang menaiki bas dengan hanya mengimbas kod QR pada telefon bimbit mereka. Dengan ini, redBus menyediakan kemudahan dan keselamatan tambahan – tiada lagi kehilangan tiket pada saat akhir dan menanggung kos pembelian semula!

Inisiatif Perjalanan Lestari: Keutamaan terhadap kaedah pengangkutan awam yang lebih hijau dijangka meningkat pada tahun 2024. Tidak dinafikan lagi bahawa menaiki bas adalah salah satu cara yang paling mesra alam. Sebuah bas berpotensi menggantikan sehingga 30 kereta di atas jalan raya dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kerajaan Malaysia berhasrat untuk mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 45% menjelang 2030. Peningkatan kesedaran awam dan sokongan dasar akan mendorong lebih ramai rakyat Malaysia memilih pengangkutan awam.

Selasa: Hari Terbaik untuk Melancong – Laporan Tahunan redBus – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts