Nikmati gabungan rasa pedas dan manis dengan menu terbaharu Marrybrown yang berinspirasikan citarasa Korea
Malaysia, 7 Disember 2023 – Marrybrown, rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar, menjemput rakyat Malaysia menjamu selera sempena perayaan akhir tahun dengan menu terbaharu mereka, Masisseoyo Fest, yang diinspirasikan cita rasa Korea. Menu yang baru dilancarkan ini tersedia di seluruh Malaysia mulai hari ini sehingga 21 Januari 2024!
Masisseoyo Fest yang berasal daripada ungkapan Korea ‘Masisseoyo’ yang bermaksud ‘sangat lazat’, menjanjikan hidangan yang memikat cita rasa orang ramai. Kesinambungan dari kejayaan dan populariti menu yang telah diciptakan sebelum ini, Marrybrown kekal tekad untuk menyediakan sesuatu yang berbeza dalam menyajikan hidangan yang cukup enak dan luar biasa khas untuk penggemar Memang Best mereka. Kali ini, hidangan yang menggabungkan rasa pedas dan manis daripada kepingan cili dan lada yang pasti akan membuat para pengunjung mendambakan lebih banyak lagi!Masisseoyo Fest menampilkan Fire Ramyeon, Spicy Bibimbap, K-Chicken Wrap, Ayam Masisseoyo dan Pai Coklat.
Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown berkata, “Terdapat pelbagai menu yang telah dinikmati oleh pelanggan kami sebelum ini, tetapi menu yang terinspirasi cita rasa daripada negara Korea adalah pilihan yang amat disukai mereka. Seiring dengan maklum balas pelanggan, bahagian R&D kami telah berusaha yang terbaik dalam mempertingkatkan perisa dan mutu rasa dalam penciptaan menu hidangan. Usaha ini jelas membuktikan keutamaan kami dalam menyediakan ‘sesuatu yang berbeza’ untuk para pelanggan kami.”
Mulakan perjalanan kulinari yang melazatkan dengan sos Masisseoyo yang memukau! Nikmati K-Chicken Wrap yang menampilkan kepingan ayam bersalut sos yang luar biasa bermula harga dari RM13.90. Bagi mereka yang mendambakan pilihan makanan berperisa pedas, Spicy Bibimbap adalah pilihan yang tepat, hidangan ini menampilkan menu nasi disaluti dengan Sos Masisseoyo yang unik, isi ayam rangup, jeruk dan telur bermula pada harga dari RM14.50. Untuk hidangan yang menyenangkan dan memuaskan hati, Spicy Rameon yang digandingkan dengan ayam rangup pasti memenuhi selera anda! Ia boleh didapati bermula harga dari RM16.90. Setiap hidangan dilengkapkan dengan segelas minuman ringan.
Penggemar ayam rangup boleh meningkatkan kepuasan mereka dengan Kombo Ayam Masisseoyo, yang menampilkan 2 keping ayam rangup bersalut sos Masisseoyo. Sempurnakan lagi hidangan yang enak ini dengan kentang goreng dan minuman ringan, semuanya bermula harga dari RM20.90. Selain itu, bagi mereka yang inginkan kesemua menu baharu, Masisseoyo Box merupakan pilihan terbaik! Dengan harga dari RM22.90, variasi hidangan menarik ini tersedia dengan seketul Ayam Masisseoyo, K-Chicken Wrap, dan minuman ringan. Lengkapkan lagi hidangan anda dengan Pai Coklat yang boleh didapati pada harga tambahan bermula RM4.50!
“Sambil kami mengimbas kembali pilihan menu yang telah dilancarkan oleh Marrybrown sepanjang tahun ini, kami sangat menghargai sokongan para pelanggan yang memilih kami untuk melengkapkan pengembaraan gastronomi mereka. Keutamaan kami untuk berinovasi kekal berterusan dan kami menyediakan Masisseoyo Fest sebagai sajian yang menggamit selera dan juga sebagai tanda penghargaan kepada setiap penggemar MB. Kami tidak sabar untuk mengakhiri tahun ini dengan di kalangan pelanggan lalu sekaligus menyambut ketibaan tahun yang baharu dengan memperkenalkan lebih banyak hidangan yang menarik kepada menu MB,” akhiri Dato’ Joshua
Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.
Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Apl MB, promosi, dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:
Laman Web: https://marrybrown.com/
Apl MB: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: Marrybrown Malaysia
Instagram: Marrybrownmyc
TikTok: Marrybrownmy
Threads: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV