Accor Meneruskan Pengembangan di seluruh Asia

Accor terus mengembangkan portfolio di rantau ini dengan perkongsian strategik di INDIA, Indonesia, Thailand dan Vietnam

Accor Meneruskan Pengembangan di seluruh Asia

SINGAPURA, 1 December 2023 – Accor, Kumpulan hospitaliti yang besar dan terkemuka, dengan sukacitanya berkongsi penandatanganan baru-baru ini untuk November 2023, menekankan dedikasi syarikat yang tidak berbelah bahagi untuk memperluaskan jangkauan sambil memberikan pengalaman yang tiada tandingannya di seluruh Asia.

Setakat Oktober 2023, Accor telah menyempurnakan perjanjian pengurusan dengan lancar bagi 69 hartanah yang mengagumkan, menambah portfolio yang luas dengan lebih 16,500 unit penginapan. Di tengah-tengah lonjakan yang luar biasa ini, Kumpulan ini secara strategik terus menumpukan usaha ke arah kepemimpinan yang cekal dalam segmen Pertengahan dan Ekonomi yang diwujudkan oleh perwakilan yang teguh melalui jenama Novotel, Mercure dan ibis. Pendekatan strategik ini menyerlahkan komitmen Accor untuk memastikan pelbagai tawaran disediakan untuk tetamu.

“Kedinamikan pasaran hospitaliti menuntut lebih daripada pengembangan; ia menuntut inovasi. Penandatanganan strategik dan pengenalan jenama kami ke pasaran baharu adalah bukti janji kami untuk menjadi perintis dalam memberikan pengalaman tetamu yang tiada tandingannya, menandakan era baharu dalam evolusi hospitaliti,” kata Garth Simmons, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Premium, Pertengahan dan Ekonomi untuk Accor di Asia.  

Penandatanganan baharu merangkumi:

ibis Styles Phuket Bangtao (Thailand)

Accor Meneruskan Pengembangan di seluruh Asia

Accor meneruskan pertumbuhan di Thailand dengan penandatanganan ibis Styles Phuket Bangtao baru-baru ini. Hotel yang baru dibina ini, yang bakal dibuka pada tahun 2025, akan menampilkan 140 unit penginapan, restoran, bar, kolam renang dan gimnasium yang serba lengkap. Terletak di kawasan kejiranan Bangtao yang meriah dan terkenal dengan pantai yang tidak tercemar serta kehidupan yang moden, ibis Styles bersedia untuk menggabungkan kepintaran artistik dan gaya kontemporari di persekitarannya. Dengan penandatanganan ini, Accor mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pengendali hotel antarabangsa terbesar di Thailand, dengan rangkaian 73 hotel yang mantap dalam segmen Pertengahan dan Ekonomi dan 14 projek lagi yang sedang dalam pembangunan.

Novotel Jakarta Pulo Mas (Indonesia)

Accor Meneruskan Pengembangan di seluruh Asia

Accor berbesar hati untuk mengumumkan penandatanganan Novotel Jakarta Pulo Mas, yang terletak di Pulo Mas, Jakarta Timur. Hotel 36 tingkat ini yang merupakan sebahagian daripada pembangunan bercampur dengan bangunan pejabat dan studio TV Nusantara, akan menawarkan 175 buah bilik, termasuk bilik standard dan suite. Menampilkan restoran yang dibuka sepanjang hari, ruang istirahat, pusat kesihatan dan kecergasan, spa, bar kolam renang dan kolam renang luar, Novotel Jakarta Pulo Mas menjanjikan suasana yang tenang buat tetamu sambil mereka menyaksikan pemandangan kota Jakarta yang menakjubkan dari atas.

Mercure Cat Tien dan ibis Styles Cat Tien (Vietnam)

Accor akan menyelia pengurusan dan operasi dua hotel dalam projek Imperial Oasis Quy Nhon di wilayah Binh Dinh, yang menampilkan jenama Mercure dan ibis Styles yang terkenal. Dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2027, hotel Mercure Cat Tien dan ibis Styles Cat Tien yang terletak di pintu masuk kawasan bandar Cat Tien, masing-masing akan menawarkan 189 dan 250 buah bilik tamu. Kedua-dua hotel ini akan menampilkan kemudahan canggih termasuk restoran yang dibuka sepanjang hari, bilik mesyuarat, kolam renang, kelab kolam renang dan gimnasium. Projek-projek ini selaras dengan penekanan strategik Accor terhadap pembangunan ekonomi pantai dan sektor komersil mewah di Vietnam.

Swissôtel Bangkok Pratunam (Thailand)

Accor Meneruskan Pengembangan di seluruh Asia

Accor akan melancarkan Swissôtel Pratunam Bangkok pada awal tahun 2027. Terletak di tengah-tengah daerah membeli-belah utama Bangkok yang meriah, hotel premium dengan 325 buah bilik dan suite yang dihias indah ini akan mentakrifkan semula kecanggihan bandar. Para tetamu akan dapat menikmati panorama latar langit dari kolam renang infiniti di atas bumbung, berehat di spa bertaraf dunia dan menikmati pilihan sajian yang menarik.

Grand Mercure Goa Candolim (India)

Grand Mercure Goa Candolim dijadualkan untuk mula menerima tetamu pada Suku Kedua 2024 dan akan menjadi Grand Mercure ke-7 di India. Hotel berkeluasan 6,500 meter persegi ini menawarkan 87 buah bilik yang serba lengkap, dua pilihan tempat makan, dewan bankuet berkeluasan 500+ meter persegi serta kemudahan pusat kecergasan dan spa. Hotel yang dilengkapi kemudahan bertahap tinggi ini menyasarkan untuk memberikan impak yang besar ke atas suasana hospitaliti dinamik Goa dengan menyediakan penginapan menarik bagi para pengembara.

Accor Meneruskan Pengembangan di seluruh Asia

Melalui enam penandatanganan dengan lebih 1,100 unit penginapan tambahan di seluruh Asia pada bulan November 2023, Accor terus menunjukkan kehebatannya dalam industri hospitaliti lalu memberikan pengalaman yang luar biasa dan inovatif kepada tetamu di rantau ini.

Accor Meneruskan Pengembangan di seluruh Asia – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts