Penyelidikan terkini menggariskan keperluan mendesak untuk menyediakan pelan strategi dan peralihan bagi memerangi perubahan iklim, kekal berjaya dan memenuhi jangkaan pihak-pihak berkepentingan
Ketika pemimpin dunia berhimpun di COP 28, ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun), IFAC (Persekutuan Akauntan Antarabangsa) dan firma perkhidmatan professional PwC menerbitkan laporan baharu: Peranan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan fungsi kewangan di dalam peralihan iklim: memacu nilai dan kelestarian, berdasarkan kaji selidik di kalangan 1,000 profesional kewangan senior di seluruh dunia.
Kaji selidik itu mendedahkan 47% responden di rantau Asia Pasifik masih belum menghasilkan pelan untuk mengurangkan pelepasan karbon mereka. Lebih membimbangkan, 69% respoden tersebut tidak ada rancangan pun untuk membangunkan pelan pelepasan. Ini dibandingkan dengan angka global sebanyak 46% responden yang belum menyediakan pelan pelepasan dan 70% daripada mereka menyatakan tidak ada hasrat membangunkan pelan.
Laporan berkenaan juga menyatakan bahawa penglibatan Ketua Pegawai Kewangan dan pasukan kewangan di dalam perancangan pengurangan pelepasan berkemungkinan mempercepatkan progres. Mereka seharusnya melaksanakannya, walaupun mereka tidak mungkin lazimnya menjadi `pemilik’ agenda kelestarian, Ketua Pegawai Kewangan boleh memasukkan keutamaan peralihan iklim ke dalam perancangan perniagaan dan peruntukan sumber, dan membolehkan laporan kelestarian berkualiti tinggi secara dalaman dan luaran.
Kaji selidik tersebut juga menyarankan agar pasukan kewangan perlu membangunkan kemahiran dan kepakaran untuk terus meningkatkan sumbangan mereka terhadap peralihan iklim. Bagi Ketua Pegawai Kewangan, menyeimbangkan keutamaan operasi berjangka pendek pasukan kewangan dan pada masa sama, meningkatkan kemahiran dan melengkapkan pasukan bagi menyokong inisiatif sifar karbon organisasi yang lebih luas berjangka panjang kini adalah cukup kritikal kepentingannya.
Helen Brand, ketua eksekutif ACCA berkata: ‘Kerjaya perakaunan dan kewangan mampu membolehkan organisasi untuk mencapai cita-cita sifar karbon secara adil dan inklusif. Mereka juga boleh menyokong peralihan adil kepada ekonomi rendah karbon dengan membantu organisasi mereka meraih manfaat perniagaan. Dengan bermulanya COP28, laporan ini adalah berperanan sebagai seruan untuk akauntan professional di mana sahaja memainkan peranan mereka di dalam membantu organisasi mereka mengurangkan pelepasan karbon dan menyokong peralihan iklim.”
Asmaa Resmouki, presiden IFAC, mengulas: ‘Kemahiran perakaunan dan profesional kewangan di dalam memerangi perubahan iklim ini adalah sangat penting jika kita mahu kemajuan yang amat diperlukan oleh planet kita ini.’
‘Laporan ini menggabungkan kajian IFAC sebelum ini terhadap pendedahan korporat mengenai matlamat pelepasan dan pelan peralihan bagi melaksanakannya. Syarikat-syarikat perlu menambah baik kegunaan keputusan pelan peralihan mereka dan bagaimana mereka menyampaikannya kepada pihak-pihak berkepentingan.”
David Russell, ketua transformasi kewangan, PwC, menambah: ‘Laporan ini mengetengahkan jurang kritikal di mana wujud perniagaan yang tidak memiliki peta jalan yang jelas untuk memenuhi sasaran pelepasan mereka dan keupayaan bagi menyukat dan melaporkan kemajuan terhadap sasaran mereka. Adalah penting bagi pemimpin kewangan tidak sahaja memacu perubahan ke arah kelestarian tetapi juga membina keyakinan di dalam pelaporan kemajuan ke arah matlamat kelestarian. Ketua Pegawai Kewangan boleh memainkan peranan penting di dalam mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam strategi, perancangan dan pelaporan – memastikan perniagaan bukan sahaja menyumbang secara positif kepada agenda iklim tetapi juga berjaya di dalam landskap ekonomi yang pesat berubah.”