Panduan Agoda untuk Cuti Hujung Tahun Yang Menyegarkan Semula Badan dan Minda
Malaysia, 27 October 2023 – Hanya tinggal beberapa bulan lagi dalam tahun ini dan inilah masa yang paling sesuai untuk percutian menyegarkan diri anda semula bagi menghadapi tahun 2024. Platform pelancongan digital Agoda berkongsi lima destinasi hebat untuk merenungi perjalanan anda tahun ini dan menyambut tahun yang bakal menjelang dengan semangat yang diperbaharui dan positif.
Makanan minda di Taipei
Menurut pepatah Sepanyol, minda dikuasai oleh perut. Penggemar makanan yang inginkan pengembaraan dengan kelainan harus kunjungi Taipei yang meriah dengan pelbagai jenis makanan yang bukan sahaja mengisi perut, tetapi juga minda. Tanpa mengira di bandar raya Taipei yang sibuk atau kampung-kampung di luar bandar yang menawan, anda pastinya akan menemui pelbagai budaya Taiwan yang merangsangkan deria anda. Nikmati hidangan istimewa tempatan seperti mi sup daging lembu atau xiao long bao (ladu sup). Berkunjung ke pasar malam yang meriah dengan gerai-gerai makanan tepi jalan atau berehat seketika di rumah teh tradisional untuk menikmati secawan teh yang menenangkan. Budaya kulinari Taiwan yang kaya bukan sahaja menjadi satu perjalanan untuk menikmati makanan semata-mata, malahan untuk menyegarkan semula dan mengembalikan tenaga kepada tubuh badan dengan setiap suapan atau hirupan.
Buang yang keruh, ambil yang jernih di Pulau jeju, Korea Selatan
Temui ketenangan di Hutan Penyembuhan Seogwipo di Pulau Jeju yang mempunyai sebatang denai hutan yang panjangnya sepanjang 11 km dan berliku. Lihatlah keindahan suasana hutan pokok cypress dan cedar apabila sinaran matahari terpancar di celah-celah kanopi daun yang rimbun. Keajaiban alam semula jadi Jeju yang lain turut menjadi tempat yang damai untuk melarikan diri seketika dari kehidupan yang sibuk. Antaranya, ladang-ladang bunga yang berwarna-warni di Bukit Camellia dan Air Terjun Jeongbang – satu-satunya air terjun di Korea yang mengalir terus ke laut, satu keindahan alam yang jarang ditemui di dunia.
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti yang lebih mencabar, Wind 1947 Jeju Extreme Circuit menawarkan pelbagai tunggangan mendebarkan dan pemandangan panorama Gunung Hallasan – satu cara yang pastinya akan melenyapkan kegusaran anda di tahun 2023.
Tiada lagi yang lebih Zen berbanding Wakayama, Jepun
Terokai Wakayama di luar kawasan ibu kotanya sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang mempesonakan. Kunjungi laluan penghijrahan purba Kumano Kodo yang mempunyai tempat berhala, onsen (mata air panas), ryokan (rumah tumpangan tradisional), air terjun dan pemandangan yang menakjubkan. Daya tarikan Wakayama bukan sahaja terletak di sepanjang laluan bersejarah ini, malahan ia juga menawarkan pelbagai aktiviti kembara seperti berkayak, menjelajah gua dan juga menyaksikan bintang-bintang di langit malam yang paling jelas dan indah di Jepun.
Lupakan segala pancaroba di Phuket, Thailand
Nikmati secawan teh dan benamkan kaki anda di dalam pasir di salah sebuah pantai yang mempesonakan di Thailand. Biarkan kekusutan minda dihanyutkan pergi bersama ombak di lautan. Phuket, salah sebuah destinasi pantai yang utama di Thailand mengalu-alukan kehadiran anda untuk berjemur di bawah sinar matahari yang hangat dan menyelam di laut biru yang indah di pulau itu. Sama ada anda memilih untuk bersantai di tepi pantai Laut Andaman atau menerokai pasar jalanan yang meriah, atau menjamu selera dengan masakan Thai yang asli, Phuket menawarkan destinasi yang sempurna untuk merenung kembali peristiwa pahit dan manis yang dilalui sepanjang tahun ini.
Berkayuh merentasi masa di Perlis
Bagi mereka yang inginkan pengembaraan yang unik untuk merenungi tahun 2023 yang telah berlalu dan bersiap sedia untuk merebut peluang dan menghadapi cabaran 2024, pertimbangkan pengembaraan berbasikal di Perlis, negeri terkecil di Malaysia. Terkenal dengan suasana yang santai dan keindahan desa yang permai, Perlis menampilkan sawah padi yang indah, kampung yang menghijau, bukit batu kapur, tasik yang tenang, dan penduduk berbilang kaum yang mesra.
Berbasikal melalui landskap yang damai dan indah sambil mendekati budaya dan tradisi di kawasan ini. Dalam perjalanan anda ke Wang Kelian, tempat untuk melihat pemandangan yang indah, luangkan masa untuk merenungi perjalanan hidup anda dan tinggalkan semua kebimbangan dengan setiap pusingan pengayuh basikal.
Memandangkan tirai tahun 2023 semakin hampir kepada penutupnya, inilah masanya untuk kita bercuti dan menyegarkan semula tubuh dan minda untuk menghadapi lembaran yang baharu di tahun 2024.
Sama ada anda memilih untuk menjamu selera di Taipei, bersantai di Pulau Jeju, meneroka keindahan Wakayama, berehat di Phuket, atau berbasikal di Perlis, jadikan Agoda sebagai panduan anda untuk percutian akhir tahun yang dipenuhi inspirasi dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.