Aplikasi pinjaman digital Icon PayEx memperkasa golongan muda Malaysia menerusi pinjaman yang mudah diakses, berpatutan dan tanpa kerumitan

 Aplikasi mudah alih yang baru dilancarkan ini bertujuan untuk memperkasakan golongan belia B40 dari segi kewangan dengan bantuan kewangan

Kuala Lumpur, (Rabu, 4 Oktober 2023) — Icon PayEx, sebuah aplikasi pinjaman digital merintis yang dibangunkan oleh Icon Venture Capital (IVC), sedia untuk memartabatkan landskap kewangan Malaysia. Aplikasi ini menawarkan pinjaman mikro yang mudah diakses, berpatutan, dan tanpa kerumitan, dengan matlamat memperkasakan golongan B40 menerusi bantuan kewangan yang mereka perlukan. Platform pinjaman mudah alih yang inovatif ini dilancarkan baru-baru ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.

Sejak kebelakangan ini, inflasi dan peningkatan kos sara hidup telah memberikan cabaran yang menggerunkan kepada individu di semua lapisan pendapatan. Namun, cabaran-cabaran ini boleh menjadi lebih membebankan terutamanya untuk individu berpendapatan rendah, di mana satu perbelanjaan yang tidak dijangka mampu menggugat perancangan kewangan yang telah dirancang rapi.

Golongan rentan berdepan dengan halangan tambahan memandangkan mereka lazimnya kurang memiliki akses kepada pinjaman dan bantuan perbankan konvensional. Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Google, Temasek dan Bain & Company, kira-kira 55% rakyat Malaysia tidak mempunyai akaun bank atau tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan selain daripada akaun bank.[1]

Icon PayEx merupakan satu penyelesaian yang bermatlamat untuk mengatasi cabaran kewangan yang lazimnya dihadapi oleh golongan dewasa muda dan golongan berpendapatan B40 di Malaysia, sebuah demografik yang sering kali tidak dilayani oleh perbankan dan perkhidmatan pinjaman konvensional. Platform ini memintas status quo dengan menawarkan pinjaman mikro menerusi platform pinjaman mudah alih yang mesra pengguna dan proses permohonan yang mudah melalui peranti mudah alih. Aksesibiliti ini terbuka pada bila-bila masa dan tempat, memastikan para pengguna, termasuk mereka yang mempunyai sejarah kredit yang terhad, boleh mendaftar dengan selamat apabila mereka memerlukan bantuan.


Icon PayEx tidak hanya terhenti setakat aksesibiliti; ia juga sentiasa bergiat mencari peluang untuk memakmurkan kehidupan para pengguna dengan menawarkan platform di mana pinjaman boleh berubah menjadi pembelian dengan pedagang berkelayakan aplikasi tersebut. Kemudahan dan kesenangan fungsi ini menonjolkan komitmen Icon PayEx untuk menyediakan para pengguna dengan peralatan kewangan yang mereka perlukan pada masa yang tepat.

“Semasa pandemik melanda, kami telah menyaksikan bagaimana orang ramai di seluruh dunia berdepan dengan pelbagai halangan dan kekangan kewangan yang tidak diduga. Tambahan pula, pandemik telah mendatangkan kesan besar ke atas perubahan gaya hidup individu dan masyarakat. Jelas bahawa meskipun impak kewangan telah menjejaskan semua orang pada skala global, kesan tersebut paling dirasai oleh golongan B40. Dengan mempertimbangkan cabaran-cabaran ini, platform Icon PayEx direka,” kata Yvonne Chai, Pengarah Urusan Icon Venture Capital.

Yvonne seterusnya menekankan komitmen organisasi tersebut terhadap pemerkasaan dan keterangkuman kewangan, menonjolkan Icon PayEx selaku lanjutan perkhidmatan professional terkemuka mereka yang mantap. “Tumpuan utama kami terhadap golongan muda berpunca daripada keperluan tersendiri mereka untuk sokongan tambahan dalam menuju kestabilan kewangan. Kami teguh dan percaya bahawa potensi seseorang melangkaui skor kredit mereka. Sama ada pembelian komputer riba untuk memperkukuh prospek kerjaya atau menangani perbelanjaan yang tidak diduga, kami bermatlamat untuk membekalkan golongan muda dengan keselamatan kewangan yang mereka perlukan.”

Icon PayEx menawarkan pinjaman peribadi fleksibel sehingga RM5,000 dengan kadar faedah yang berdaya saing untuk individu yang berusia 18 tahun ke atas, termasuk individu yang tidak memiliki kad kredit. Tempoh pinjaman boleh menjangkau sehingga lima tahun, dengan kadar pembayaran semula serendah RM150 sebulan. Icon PayEx berlesen sepenuhnya dan diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Bagi mendokong ketelusan, Icon PayEx menampilkan antaramuka pengguna yang kemas dan mudah dikendalikan yang memaparkan ringkasan pilihan dan status pinjaman yang jelas buat pengguna tersebut. Papan pemuka aplikasi ini menyertakan kalkulator pinjaman, jadual pembayaran semula, serta butiran seperti kadar faedah yang terutang dan caj pembayaran lewat,  agar pengguna dapat memantau pembayaran mereka.

Para pemohon hanya perlu membekalkan butiran peribadi asas mereka, dan boleh menjangkakan kelulusan pinjaman mereka dalam tempoh 48 jam. Berbanding dengan ketergantungan sepenuhnya kepada skor kredit, proses penilaian Icon PayEx merangkumi temu bual maya untuk menilai kesesuaian pemohon. Sesi ini boleh dijadualkan dengan mudah mengikut kelapangan pemohon menerusi aplikasi tersebut. Proses pinjaman ini juga menyertakan bimbingan professional untuk membantu pengguna mengawal kewangan mereka, di mana pengguna boleh memilih untuk menjadualkan taklimat maya secara langsung dengan ahli pekerja IVC sebelum menandatangani perjanjian pinjaman mereka secara digital.

Selepas kelulusan pinjaman mereka, pengguna kemudiannya boleh membuat pembelian langsung dengan mana-mana peniaga yang berkelayakan Icon PayEx dengan mengimbas kod QR yang dijana oleh aplikasi tersebut. Baki pinjaman tersebut kemudiannya akan dikreditkan kepada akaun bank pengguna.

Icon PayEx boleh dimuat turun menerusi Google Play, Apple App Store, atau Huawei AppGallery. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://www.iconventure.com.my/iconpayex


© 2024 BlackButterfly DesignArts