Signature Market Meraikan Musim Perayaan Dengan Tawaran Menarik Untuk Pengguna Dan Perniagaan

Bagi meraikan musim cuti yang akan datang, Signature Market melancarkan bungkusan hadiah kegemaran peminat dan bengkel untuk menyambut tahun baharu.

Kuala Lumpur, 7 Disember 2022 — Sempena musim perayaan ini, Signature Market menyediakan bungkusan hadiah Krismas dan Tahun Baru Cina yang menarik untuk meraikan percutian bersama keluarga. Jenama itu juga mengaturkan beberapa siri bengkel korporat yang disasarkan kepada syarikat yang ingin mencuba cara baharu untuk mengeratkan lagi hubungan di kalangan pekerja dan memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari kemahiran baharu. Di samping itu, Signature Market juga menawarkan pelbagai pilihan hadiah korporat untuk perniagaan termasuk produk khusus untuk meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal.

Menurut pandangan Meta, pasaran Asia Tenggara menyaksikan perubahan ketara di kalangan pengguna dalam era pasca pandemik ini. Pengguna lebih mementingkan nilai dalam pembelian mereka, memilih jenama yang menawarkan pengalaman membeli-belah menyeluruh dan penglibatan jenama yang lebih baik berbanding pengalaman membeli-belah dalam talian yang jemu. Signature Market menyedari trend ini dan sentiasa memberi tumpuan kepada evolusi inovatif, ia akan bertumpu kepada pembinaan jenama e-dagang yang progresif dengan nilai yang dipertingkatkan untuk hasil yang lebih baik pada tahun hadapan.

“Di Signature Market, kami sentiasa berusaha untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan berterusan sesuai dengan perkembangan semasa masyarakat. Di Malaysia, kami mendapati pengguna memberi tumpuan kepada produk bernilai lebih tinggi dalam persekitaran inflasi dan tidak menentu ini. Kami telah mengambil kira perkara itu dan terus bekerja keras untuk menyediakan bukan sahaja pengalaman membeli-belah dalam talian yang lancar, tetapi juga melalui pengalaman luar talian seperti di kedai, Kafe SEE dan gerai sementara supaya pengguna kami dapat melibatkan diri secara fizikal dengan produk berfokus nilai kami,” kata Edwin Wang, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Signature Market.

Signature Market Meraikan Musim Perayaan Dengan Tawaran Menarik Untuk Pengguna Dan Perniagaan

Menjelang Krismas, pengguna boleh menikmati bungkusan hadiah edisi terhad yang disediakan oleh Plant Origins dan Signature Market berharga dari RM80 hingga RM200. Bungkusan hadiah itu terdiri daripada campuran minyak pati, semburan bilik, diffuser, bantal, sampel penjagaan kulit dan snek lazat daripada jenama itu.

Bagi mereka yang menyambut Tahun Baru Cina boleh memilih set bungkusan hadiah berbeza merangkumi pelbagai snek Signature Market yang sesuai untuk penggemar snek berkhasiat. Dengan harga serendah RM68, bungkusan hadiah itu disusun mengikut selera, pilihan dan bajet untuk dinikmati bersama teman istimewa. Plant Origins, jenama dibawah naungan Signature Market juga menawarkan pakej korporat untuk Krismas dan Tahun Baru Cina, harga bermula dari RM30.

Selain daripada pelbagai jenis bungkusan hadiah perayaan, Signature Market juga mempunyai tawaran lain untuk perniagaan di seluruh negara. Ini termasuk:

Hadiah Korporat

Bagi syarikat yang berhasrat untuk memberikan penghargaan kepada pekerja mereka, jenama itu turut menawarkan pilihan bungkusan hadiah yang sesuai dan menawarkan pembelian produk secara pukal untuk sebarang bengkel atau acara yang dianjurkan oleh syarikat. Signature Market juga menawarkan kategori produk berbeza dengan 700 pilihan yang disimpan dalam bungkusan menarik dengan pilihan kad ucapan khusus untuk hadiah korporat.

Acara/Bengkel

Signature Market dan Plant Origins boleh menganjurkan pelbagai bengkel untuk perniagaan yang ingin melibatkan pelanggan, pekerja dan rakan kongsi mereka.

Hotel, Kafe, & Restoran

Signature Market menyediakan pembelian pukal untuk hotel, kafe dan restoran supaya pelanggan dan tetamu boleh merasai pengalaman lawatan mereka. Pada masa ini, jenama itu membekalkan kacang berkhasiat dan snek artisanal Asia kepada jenama seperti St.  Regis Langkawi, M Resort & Hotel dan Costa Coffee.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube atau laman sesawang.

© 2023 BlackButterfly DesignArts