Jenama Gelato Kelahiran Asia & Buatan Itali, ‘XO-ice’ Memperkenalkan Pencuci Mulut Sihat di Malaysia

Mengutamakan amalan pemakanan sihat, XO-ice menyediakan gelato yang sihat, rendah kalori, dan kaya dengan protein.

Kuala Lumpur, 30 November 2022 — XO-ice, jenama gelato rendah kalori kelahiran Asia buatan Itali, memperkenalkan pendekatan baharu terhadap penyediaan pencuci mulut dengan menyajikan hidangan gelato yang mengutamakan kesihatan di Malaysia. XO-ice menawarkan gelato yang serba enak dengan tekstur premium, ia memberikan kebebasan kepada para pengguna untuk menikmati keenakan gelato dengan gembira dan sihat.

XO-ice mengkonsepkan semula hidangan pencuci mulut tradisional itu agar sesuai dengan gaya hidup moden masa kini, ia menawarkan gelato yang 70% lebih rendah kalori, mengandungi 8 hingga 9 kali lebih rendah gula, dan 1.4 hingga 1.9 kali lebih banyak protein berbanding gelato biasa. Jenama itu turut memanfaatkan kepakaran pembuatan gelato Itali bagi menghasilkan tekstur yang sempurna dan lembut dengan rasa yang hebat dan menyelerakan agar pengguna dapat menikmatinya terus dari peti sejuk beku.

Inspirasi di sebalik kehadiran XO-ice di Malaysia berputik daripada hasrat jenama itu untuk mempopularkan pencuci mulut yang dapat menyumbang kepada kesihatan pemakanan, fizikal, mental, dan emosi pengguna. Memandangkan Asia menjadi sumber inspirasi bagi kebanyakan produk jenama itu, XO-ice berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan jenamanya dengan misi untuk menawarkan hidangan pencuci mulut alternatif yang sihat kepada para pengguna Asia yang mengutamakan kesihatan, terutamanya rakyat Malaysia, dengan memperkenalkan perisa Asia yang lebih sesuai dengan citarasa mereka. 

“Semasa kami memulakan XO-ice, idea utamanya adalah untuk memberikan kebebasan menikmatinya. Sememangnya wujud suatu kelegaan sebenar apabila kita boleh makan apa sahaja yang kita inginkan, menikmatinya dan teruskan dengan kehidupan kita. XO-ice secara relatifnya adalah suatu kategori pencuci mulut beku yang baharu, dan kami melihat perbezaan utama kami ialah kami menawarkan gelato yang halus dari segi tekstur dan strukturnya, di samping mengekalkan kehebatan prestasi kandungannya yang rendah kalori, rendah gula, rendah lemak dan kaya dengan protein. Kami berasa amat berbesar hati kerana dapat berkongsi kenikmatan ini dengan rakyat Malaysia dan berharap agar pengguna kami menggemari kepelbagaian perisa yang didatangkan dengannya. Lagipun, wawasan kami dalam mencipta gelato yang sihat ialah bukan sahaja bagi membolehkan orang ramai menikmatinya tetapi juga menjalani gaya hidup yang sihat lagi sejahtera,” kata Pengasas Bersama XO-ice, Jennifer Lee.

“Kami juga gembira kerana XO-ice baru-baru ini telah mengakhiri pusingan pendanaan bagi menyokong peringkat pembangunan seterusnya dan membawakan lebih banyak lagi kebaikan kepada para pengguna kami!” tambah Lee.

Sebagai jenama yang menitikberatkan inklusiviti, XO-ice mahu memastikan seramai mungkin pengguna dapat menikmati produknya, dan disebabkan itulah ia telah berusaha untuk menjadi vegetarian, bebas GMO dan disahkan Halal. Dengan itu, sebahagian daripada perisa popular mereka termasuklah:

  1. King Don’t Lie Musang King Durian

Gelato berperisa Durian Musang King dengan 25% pes Durian Musang King dari Malaysia mengandungi 360 kalori dan 28g protein.

  1. The Coco Carat

Gelato berperisa kelapa dengan sedikit sos karamel yang mengandungi kelapa dari Filipina, 300 kalori dan 27g protein.

  1. Mucho Matcha

Gelato berperisa teh matcha dengan serbuk teh matcha dari Jepun, serta mengandungi 303 kalori dan 28g protein.

  1. Seriously Chocolate

Gelato berperisa coklat dengan serbuk koko dari Ecuador, serta mengandungi  255 kalori dan 23g protein.

  1. Takes-one-to Mango

Gelato berperisa mangga dengan sari Mangga Alphonso dari India, serta mengandungi 305 kalori dan 28g protein.

  1. Not-so-plain Vanilla

Gelato berperisa vanila dengan esen vanila dari Madagascar, serta mengandungi 333 kalori dan 28g protein.

  1. Goood Morning Vietnaaam!

Gelato berperisa kopi Vietnam dengan sedikit cip coklat yang mengandungi kopi dari Vietnam, 350 kalori dan 25g protein.

Bagi penggemar pencuci mulut yang ingin merasai keenakan gelato XO-ice, ianya boleh didapati di pasaraya berdekatan dengan anda seperti AEON, Mercato, JUSCO, Ampang Grocers, Ben’s Independent Grocer, Bilabila Mart, Cold Storage, Isetan, Jaya Grocer, Village Grocer, dan banyak lagi.

Selain daripada menghasilkan gelato dengan perisa unik mereka yang tersendiri, para pengguna boleh menanti pengenalan perisa baharu di masa depan. Antara perisa yang bakal berada di pasaran termasuklah Gingerly Chocolate, serta gelato tanpa susu La Vie en Pink dan Mango Goes Coco, dan banyak lagi yang akan diperkenalkan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi Instagram, Facebook, atau laman sesawang rasmi XO-ice.

Jenama Gelato Kelahiran Asia & Buatan Itali, ‘XO-ice’ Memperkenalkan Pencuci Mulut Sihat di Malaysia – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts