Motherhood Choice Awards 2022 menganugerahkan lebih 100 jenama pemenang, termasuk Manulife, Clearblue, Ayam Brand, BZU BZU dan Bio Oil, yang telah menghasilkan produk dengan inovasi khusus untuk ibu-ibu di Malaysia
Hadiah-hadiah dan pencalonan pemenang telah ditentukan oleh lebih 133,864 undian daripada lebih 5,000 ibu-ibu di Malaysia dalam tempoh 4 bulan, iaitu dari 1 Mei hingga 16 September
Majlis itu turut meraikan prapelancaran aplikasi keibubapaan terbaharu Motherhood yang dikenali sebagai The Parenting SuperApp oleh Motherhood
Acara itu juga memberi penghormatan kepada 25 Pempengaruh Supermum termasuk Suraya Borhan, Azliyantie Iberahim, dan Iffah Hazim atas sumbangan mereka dalam mengeratkan komuniti Motherhood di Malaysia
Kuala Lumpur, 30 September 2022 – Motherhood.com.my, platform keibubapaan nombor satu di Malaysia yang menawarkan pelbagai sumber untuk ibu dan bakal ibu di bawah Nuren Group, telah menghargai lebih 100 jenama semasa Motherhood Choice Awards (MCA) 2022, satu majlis anugerah yang ditubuhkan untuk mengiktiraf jenama-jenama bayi dan ibu yang paling selamat dan inovatif di pasaran Malaysia. Selepas setahun berehat pada 2020, MCA tahun ini menandakan edisi ketiga anugerah berprestij itu dalam meraikan kemunculan semula anugerah yang dinanti-nantikan selepas pandemik, dan sebagai prospek yang lebih teguh untuk Motherhood bagi tahun akan datang.
Meraikan kecemerlangan dan inovasi kreatif jenama-jenama yang menyumbang dan berjaya menambat hati para wanita dalam perjalanan keibuan mereka, anugerah tahun ini menunjukkan pencalonan yang membanggakan dalam pelbagai kategori daripada Kehamilan kepada Bayi Baru Lahir, kepada Anak Kecil dan Keluarga, dan banyak lagi. Melalui tempoh pengundian selama 4 bulan dari 1 Mei-16 September, calon-calon dan para pemenang tahun ini dipilih oleh lebih 5,000 ibu di seluruh negara yang mengundi jenama pilihan mereka yang paling digemari dan dipercayai.
Dengan lebih 130,000 undian daripada ibu-ibu yang mengambil bahagian dalam tempoh mengundi, tetamu acara Motherhood Choice Awards 2022 telah menyaksikan Manulife Malaysia, Clearblue, Bio-Oil, Ayam Brand, BZU BZU, Anmum Materna, Anmum Essential, Vitagen, CryoCord, Tommee Tippee, Byond28 Confinement Care, Baby Carrie, Carrie Junior, Bubs Easy-Digest Goat formula milk, Babylove, Tanamera, Sunway Pyramid dan Dr Aizul Hafizi Healthcare muncul sebagai jenama yang berjaya menambat hati para ibu dengan produk dan servis mereka yang inovatif serta menakjubkan buat para ibu dan komuniti keibubapaan.
Mengulas mengenai acara penting ini, Petrina Goh, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Nuren Group berkongsi, “Saya amat berbangga dengan pemenang tahun ini termasuklah jenama-jenama yang telah dicalonkan. Perjalanan keibuan atau keibubapaan memerlukan komitmen dan usaha yang tinggi dan perkara ini bukanlah sesuatu yang asing bagi kami. Jenama-jenama ini telah memberikan dedikasi yang tinggi untuk menghasilkan produk dan penyelesaian yang sangat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak di Malaysia. Namun, mereka tidak mendapat penghargaan yang sepatutnya. Oleh itu, majlis ini meraikan dan mengiktiraf adiwira tanpa nama yang banyak membantu dalam kehidupan seharian ibu-ibu. Tahniah diucapkan kepada semua.”
Selain memberi penghormatan kepada pemenang jenama-jenama terbaik dalam majlis anugerah itu, Motherhood Choice Awards 2022 juga mengambil peluang untuk memberikan penghargaan kepada Pempengaruh Supermum daripada Ibuencer.com, platform pemasaran pempengaruh di bawah Nuren Group yang turut menjadi sebahagian besar daripada komuniti Motherhood, sentiasa melibatkan diri dan menyediakan kandungan yang menyeronokkan dan berguna kepada para ibu di seluruh Malaysia. 25 Pempengaruh Supermum yang hebat dan anggun termasuk Wandoncha, Suki Kiew, Amira Ahmad, Cherish Ling turut diberi penghormatan semasa majlis tersebut.
Majlis itu dihadiri lebih 150 tetamu yang dihargai termasuk wakil jenama dari pelbagai industri, Pempengaruh Supermum serta rakan-rakan dan rakan kongsi Nuren Group dan Motherhood.com.my. Majlis yang telah dianjurkan bersama kolaborasi Shangri-La Kuala Lumpur, Famsy Sdn Bhd dan juga BloomThis Flora Sdn Bhd, Motherhood Choice Awards 2022 juga dimeriahkan dengan sesi rangkaian sesama tetamu, memberi peluang kepada semua hadirin untuk berinteraksi antara satu sama lain serta berpotensi membina hubungan profesional yang bermanfaat.
Terkenal sebagai salah satu program anugerah yang terunggul dalam komuniti keibubapaan, Motherhood Choice Awards bertujuan untuk memperjuangkan jenama yang telah menyumbang ke arah membantu wanita sebelum dan sepanjang perjalanan penting mereka sebagai seorang ibu. Dengan slogan tahun ini “Untuk ibu, Oleh ibu”, program anugerah ini turut memberi peluang kepada para ibu untuk menjadi sebahagian daripada anugerah dan komuniti melalui kaedah pengundian awam yang membolehkan para ibu berkongsi pilihan mereka dengan ibu-ibu yang lain.
“Di Nuren Group dan Motherhood.com.my, kami mengutamakan dedikasi kami kepada para wanita dan ibu. Ini kerana komuniti sebegini merupakan sesuatu yang penting bagi sesiapa sahaja yang memasuki fasa baharu dalam kehidupan. Motherhood Choice Awards bermatlamat untuk menjadi program terkemuka yang mempamerkan pengiktirafan bagi jenama yang telah membuktikan diri mereka dalam menyediakan produk dan perkhidmatan luar biasa yang telah membantu memudahkan perjalanan keibuan untuk berjuta-juta ibu di negara ini serta di serantau,” tambahnya lagi.
Motherhood Choice Awards 2022 juga akan meneruskan inisiatif ini dengan memberi ruang untuk para ibu mengetengahkan jenama dan perkhidmatan pilihan terbaik mereka. Anugerah ini turut memainkan peranan sebagai platform yang memberi peluang kepada pemain utama dalam industri, jenama dan pempengaruh dalam kalangan para ibu untuk bersosial dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain, mengembangkan rangkaian sosial mereka dengan potensi untuk mewujudkan pelbagai kolaborasi bagi penambahbaikan masa depan industri yang semakin berkembang ini.
Hidup adalah suatu perjalanan dengan “Parenting Superapp by Motherhood”
Para tetamu dan peserta Motherhood Choice Awards tahun ini juga berpeluang untuk menyaksikan prapelancaran produk Nuren Group yang akan datang, The Parenting SuperApp oleh Motherhood. Dirancang dan direka dengan teliti dengan tujuan untuk mendemokrasikan maklumat mengenai keibubapaan dan kehidupan keibuan, aplikasi tersebut merupakan inovasi yang terbaharu oleh syarikat ini.
The Parenting SuperApp oleh Motherhood berharap dapat mendekatkan para ibu kepada maklumat dan kandungan yang berkaitan dengan kehamilan, keibuan, penjagaan anak dan banyak lagi. SuperApp tersebut juga dihasilkan untuk mempamerkan lebih banyak ciri unik termasuk Ovulation & Due Date Calculator, Pregnancy Tracker dan Program Komuniti untuk ibu-ibu sertai dan berpeluang untuk berhubung dengan para wanita lain dalam komuniti Motherhood.
The Parenting SuperApp oleh Motherhood telah dibangunkan dalam masa 6 bulan dengan menyempurnakan reka bentuk dan ciri-ciri dalam aplikasi tersebut untuk menjadikannya mesra pengguna buat semua ibu bapa dan bakal ibu. SuperApp tersebut telah memperoleh hampir 5,000 muat turun dalam pusingan ujian beta dalam beberapa bulan yang lalu.
Kelvin Leow, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama Nuren Group menjelaskan, “Dalam masyarakat yang sentiasa berkembang maju ini, kami memahami dan percaya bahawa digitalisasi adalah satu langkah yang amat penting. Industri keibubapaan adalah pasaran yang agak khusus tetapi itu tidak bermakna kita tidak harus berikan perhatian kepada pasaran ini. Setakat ini, kami telah memperoleh lebih lima ribu muat turun dengan ciri Ujian Beta kami. Dengan The Parenting SuperApp by Motherhood, kami berharap dapat menyediakan ibu, ibu bapa dan juga penjaga akses kepada maklumat, penyelesaian dan kandungan kreatif mengenai semua aspek keibubapaan. Oleh itu, saya percaya bahawa penghasilan aplikasi ini bukan sekadar matlamat yang bercita-cita tinggi tetapi juga sesuatu yang mulia.”
Aplikasi itu ditetapkan untuk dilancarkan secara rasmi pada Q2 2023 dan Motherhood berharap dapat meneruskan usahanya untuk memperkukuh komuniti keibuan melalui aplikasi tersebut.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Motherhood Choice Awards 2022, sila rujuk kepada 20 pemenang Terbaik dalam Lampiran A atau layari www.motherhood.com.my/motherhood-award-2022.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Motherhood Parenting SuperApp, sila muat turun SuperApp di sini: http://www.motherhood.com.my/superapp/