Sahabat MILO® dan bintang tersohor Korea, Park Seo-Jun bergabung tenaga dengan MILO® untuk menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia dengan pelbagai variasi MILO® yang menepati kesemua gaya hidup.
MILO® telah menyuntik nafas baharu dalam rangkaian variasi MILO® dengan kolaborasi bertenaga bersama Park Seo-Jun, seorang ikon global yang sudah sekian lama serasi dengan jenama kegemaran rakyat ini. Bermula Ogos, MILO® dan Park Seo-Jun telah menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia menerusi variasi produk MILO® berkhasiat dalam stik pek yang mudah dibawa untuk memenuhi keperluan gaya hidup masing-masing – pada bila-bila masa, di mana jua.
Park Seo-Jun menyertai jutaan rakyat Malaysia yang bertenaga dengan kebaikan MILO® yang diperbuat daripada barli malt, susu dan koko dengan gabungan vitamin serta mineral penting yang membantu membebaskan tenaga untuk melangkah lebih jauh. Minuman yang tidak asing lagi dengan rasa coklat malt ikonik, MILO® turut menampilkan rangkaian produk berkhasiat yang sesuai untuk golongan dewasa yang mahukan kemudahan dan kepelbagaian. Setiap satu variasi produk – MILO® with Whole Grain Cereal, MILO® 3-in-1, MILO® Original dan MILO® Less Sugar – mengandungi kebaikan unik tersendiri yang menepati keperluan, cita rasa dan gaya hidup semasa pengguna, termasuklah Park Seo-Jun.
“Kami teruja atas kolaborasi bersama Park Seo-Jun, seorang Sahabat MILO® yang juga kini menyertai barisan ikon-ikon Malaysia yang pernah bergabung tenaga dengan kami sebelum ini. Ikon antarabangsa dan individu aktif seperti Park Seo-Jun memerlukan tenaga seorang juara untuk menghadapi kesibukan hari serta mengamalkan gaya hidup aktif. Beliau sememangnya seseorang yang menjiwai tenaga MILO®. Menerusi kolaborasi ini, kami ingin memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus melangkah jauh, walau apa jua yang ingin dicapai setiap hari, disemarakkan lagi dengan khasiat dan tenaga MILO®. Dengan rangkaian variasi MILO® yang pelbagai, kami yakin pasti ada MILO® untuk setiap individu,” jelas Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Kempen akan dirancakkan lagi dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk mengujakan peminat MILO® dan Pak Seo-Jun. Untuk konten eksklusif kolaborasi bertenaga MILO® x Park Seo Jun serta maklumat lanjut tentang kebaikan rangkaian variasi MILO®, daftar di: www.milo.com.my.
[1] Berbanding dengan serbuk MILO® biasa.
[2] Berbanding dengan serbuk MILO® biasa.