Menghidupkan semula kegemilangan silam Wisma Lee Rubber dengan reka bentuk dan seni bina kontemporari sebagai tempat untuk pengembara beristirahat dan memulihkan tenaga di tengah-tengah ibu kota
Kuala Lumpur, 23 Ogos 2022 – Else, jenama hospitaliti yang prihatin, melancarkan hartanah sulungnya pada September ini di Kuala Lumpur. Ditempatkan di bangunan Wisma Lee Rubber yang berada di tengah-tengah ChinaTown Kuala Lumpur, Else mengekalkan legasi seni bina mercu tanda ikonik itu dan pada masa sama turut menerapkan reka bentuk kontemporari dan pendekatan baharu terhadap hospitaliti. Menyediakan ruang untuk membebaskan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan di kota, tetamu tempatan dan antarabangsa boleh memulakan penerokaan untuk membina pengalaman dan hubungan yang bermakna – melupakan segala urusan kerja dan menyambungnya semula mengikut kesesuaian masing-masing.
Hartanah 49 bilik, yang telah dibaik pulih dan diubah suai ini mempunyai keluasan 56,000 kaki persegi dan merangkumi ruang setinggi tujuh tingkat. Pengasas Else, Justin Chen dan Javier Perez telah melantik pereka bentuk, artis dan rakan kongsi terkemuka tempatan untuk merealisasikan visi mereka yang berteraskan hospitaliti sebenar. Firma reka bentuk Malaysia, Studio Bikin telah mengkonseptualisasikan reka bentuk dan menyelia proses pemuliharaan yang dilaksanakan oleh Faizah Architect, satu lagi rakan seni bina termasyhur di Malaysia.
Pengasas Bersama, Justin Chen ketika mengulas mengenai pembukaan hartanah tersebut berkata, “Else memakan masa selama empat tahun untuk direalisasikan di mana projek ini terpaksa menempuhi pelbagai cabaran akibat pandemik global dan ianya diinspirasikan oleh kemunculan pengembara era baharu. Hasilnya ialah sebuah syurga kota bagi mereka yang berfikiran global dan mempunyai semangat ingin tahu. Pasukan reka bentuk dan pembinaan kami telah mengambil pendekatan yang sensitif dalam mengimbangi kontras di antara elemen baharu dan lama dengan penelitian terhadap usaha memulihara keindahan bangunan era sebelum perang dan reka bentuk berinovasi yang dapat menarik para pelanggan kami untuk menerokai sendiri hartanah ini, dan menikmati ruang-ruang peribadi untuk beristirehat dan menenangkan fikiran.”
Bilik-bilik di Else
Terdapat empat kategori bilik yang diatur khusus untuk para tetamu, bermula dengan Bilik Mantra (Standard), santuari seluas 25 meter persegi yang dilengkapi dengan katil bersaiz King dan bilik air yang serba mewah, dan Bilik Urban (Deluxe) – bilik seluas 33 meter persegi yang turut dilengkapi dengan ruang tempat duduk yang serba anggun. Bilik Sanctuary, terletak di tingkat atas, dilengkapi dengan katil bersaiz Super King dan sebuah balkoni peribadi, membolehkan tetamu menikmati pemandangan kota yang indah lagi bertenaga. Bilik Sutera (kiri), bilik suit dengan keluasan 69 meter persegi, menampilkan ciri-ciri yang serba mewah lengkap dengan ruang tamu peribadi yang boleh memuatkan sebuah keluarga besar. Bilik yang terbesar sekali ialah Else Suite, dengan keluasan 84 meter persegi bilik ini menawarkan pemandangan Kuala Lumpur yang sangat luas dan balkoni persendirian yang bersambung daripada bilik hingga ke ruang tamu. Else Suite sangat sesuai untuk pasangan, serta majlis peribadi dan korporat. Semua bilik-bilik dilengkapi dengan peralatan berteknologi terkini seperti tablet multimedia dan sistem bunyi Bluetooth. Di dalam semua bilik dan suit, para tetamu boleh menikmati produk penjagaan diri keluaran Omno, jubah mandi LULLA dan pengering rambut Dyson. Bilik-bilik tersebut turut dihiasi dengan karya seni yang dihasilkan oleh artis tempatan dan bahan bacaan nukilan penulis Malaysia.
Rakan Berimpak Rendah dan Lestari Menjadi Keutamaan Else
Jenama dan rakan artisan bebas, tempatan dan lestari telah dipilih bagi mengurangkan impak ke atas alam sekitar dan menginspirasikan penginapan yang bermakna. Tekstil hiasan kepala katil, kain hamparan dan permaidani yang ditempah khas telah direka bentuk dan dihasilkan di Malaysia oleh Omar Khan, seorang anak kelahiran Singapura yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Pelbagai barangan antik dan karya seni budaya turut dipamerkan di segenap sudut hartanah ini, termasuk di bilik tetamu dan bilik perpustakaan. Setiap karya tersebut telah dipilih sendiri daripada Gilded Lion, kurator barangan antik dan kebudayaan yang halus dan sukar ditemui.
Seni Tempatan yang Mencetuskan Inspirasi
Karya seni yang kompleks, mencabar pemikiran dan mencetuskan inspirasi diperolehi daripada artis-artis Malaysia yang memenangi pelbagai anugerah, termasuklah Fauzul Yusri, Fendy Zakri, Fawwaz Sukri dan Nathan Fikri. Karya seni yang indah oleh artis tempatan yang sedang mencipta nama, W. Rajaie. B dan karya refleksi kehidupan oleh Firdaus Ismail turut menghiasi dinding-dinding Else. Karya seni artis Kanada, Joe Fleming, yang telah dipamerkan di peringkat antarabangsa selama lebih dua dekad, termasuk Muzium Holocaust di L.A dan FIAC Paris, serta karya penuh semangat dan berjiwa bebas oleh artis terkenal Argie Bandoy dari Filipina turut dipamerkan.
Ruang yang Damai dan Menenangkan
Kemudahan kesihatan merangkumi keseluruhan hotel ini. Salah satu tumpuan utama ialah dua pod pengapungan yang diletakkan di dalam gimnasium serba canggih. Di dalam keadaan dunia yang terdedah dengan pelbagai rangsangan dan terlalu mendesak, pod ini memberikan peluang untuk berehat dan menikmati tahap ketenangan yang mendalam menerusi peredaman deria atau sensory deprivation. Para tetamu akan berasa bebas daripada rangsangan mental, dan ketegangan fizikal apabila minda menjadi tenang dan mulai memasuki keadaan meditasi yang mendalam, manakala badan kembali pulih daripada kesakitan, kecederaan dan tekanan. Gimnasium itu turut menyediakan kemudahan latihan tanpa pemberat dan kalistenik, yang meningkatkan kesedaran mengenai tahap kesihatan dan mobiliti badan. Selain daripada itu, kolam infiniti di aras podium menggunakan air masin yang lebih lembut dan kurang kasar pada kulit berbanding klorin, membolehkan para tetamu bersantai dengan tenang selepas melalui hari yang panjang dengan berlatarbelakangkan pemandangan Kuala Lumpur dari sudut perspektif baharu.
Restoran dan Bar
Dua konsep restoran telah direka bentuk secara khusus bagi membawa tenaga sosial yang dinamik ke hartanah ini. Restoran Raw Kitchen Hall (bawah)kami yang dibuka sepanjang hari, adalah lanjutan daripada jenama seinduknya di Singapura (Raw Kitchen Bar) yang turut berkembang bersama-sama dengan Else. Menunya ringkas dan elegan, dan diketuai oleh Chef Malaysia, Leong Chee Mun dan Wah Yin Xing yang kembali ke tanah air selepas sekian lama berkhidmat di restoran bertaraf dunia di Singapura (termasuk Spago dan Burnt Ends). Pasukan kulinari ini akan menyediakan hidangan berinspirasikan Asian dan Mediterranean yang unik kepada Else, dan menggunakan hasil tempatan yang bermusim.
Di tingkat empat, restoran The Yellow Fin Horse akan dibuka menjelang hujung tahun ini dan merupakan sebuah restoran berkonsepkan open-fire yang menggabungkan hidangan makanan laut Antarabangsa dan Malaysia dengan penuh elegan. Diterajui oleh Chef Jun Wong yang terkenal di Malaysia, menunya akan digandingkan dengan pilihan wain asli yang terbaik. Para tetamu akan menikmati layanan yang mesra dalam suasana yang serba intim sambil mereka menikmati hidangan makanan laut yang segar dan dimasak sempurna menggunakan teknik flame-cooking.
Proof & Company yang memenangi pelbagai anugerah telah mereka bentuk program bar butik Else dan akan menerajui pemilihan spirit bagi mencipta sebuah menu koktel yang klasik dan elegan.
Else dibuka pada 10 September 2022 dengan kadar pembukaan RM 398 sehingga 31 Oktober 2022. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Else, sila kunjungi: www.elseretreats.com