Majlis tandatangan, disaksikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, sedia menghadapi implikasi dunia sebenar dalam bidang teknologi, keselamatan siber dan sains data
Pulau Pinang, 24 Ogos 2022 – BidNow Sdn. Bhd., pengendali BidNow, platform pembidaan paling pantas berkembang di Malaysia, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), sambil disaksikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak. Memorandum ini memeterai pakatan dan kerjasama antara dua entiti tersebut dalam bidang teknologi, keselamatan siber dan sains data.
“Kami sukacita untuk mengikat perjanjian dengan UTM. Pakatan ini merupakan usaha sama menyeluruh antara BidNow dan UTM yang akan bermula dengan membangunkan penyelesaian dan platform teknologi berkaitan keselamatan siber. Antaranya termasuk teknologi Augmented Reality [Realiti Terimbuh] (AR) dan Virtual Reality [Realiti Maya] (VR), teknologi Web 3.0 dan juga bidang-bidang yang berkaitan dengan Analisis Data dan Sains Data,” kata Frankie Goh Chee Keong, Ketua Pegawai Eksekutif BidNow.
“Isu keselamatan siber kini menjadi topik yang semakin mendapatkan perhatian organisasi bertumpukan teknologi, sambil kita memasuki dunia Web 3.0, yang melibatkan teknologi sedang berkembang seperti AR dan VR. Menyedari hakikat ini, isu keselamatan siber menjadi keutamaan, menjadikan gambaran keseluruhan lebih rumit dalam usaha kita memastikan rangkaian dan data kita selamat untuk aplikasi masa depan,” jelas beliau.
Usaha sama ini ialah penglibatan pertama UTM dalam platform teknologi E-lelongan/bida, dan sekali gus menandakan mercu jaya penting untuk UTM dan juga BidNow bagi pengkomersialan produk dalam bidang sains digital dan teknologi. Kerjasama turut meliputi bidang lain seperti reka bentuk kurikulum, penyelidikan, inovasi, keusahawanan dan tanggungjawab sosial. Produk yang dihasilkan daripada pakatan ini akan dipromosikan dan dipasarkan bersama, yang juga akan melibatkan pengkomersialan produk penyelidikan UTM.
Dalam pada itu, kerjasama ini juga akan memberi peluang kepada kakitangan BidNow dan anak-anak syarikatnya untuk mengikuti program ijazah dan bukan ijazah, dan juga program pertukaran akademik dan kepimpinan di universiti. Di samping itu, ahli-ahli akademik dan pelajar UTM berpeluang untuk menimba pengalaman dalam industri dan juga menjalani latihan amali dan mendapatkan bimbingan di BidNow dan anak-anak syarikatnya.
Mengulas mengenai perkara ini, beliau berkata kerjasama dengan UTM akan menyediakan platform yang sesuai untuk menangani isu-isu penting sambil membolehkan universiti memberikan impak yang lebih besar dalam dunia sebenar. Bercakap bagi pihak UTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi berkata, “Sesungguhnya kami mengalu-alukan peluang usaha sama ini, yang membolehkan kami menyumbang kepakaran dan penyelidikan kami. Baru-baru ini kami menjalankan kajian mendalam terutamanya dalam bidang Web 3.0 dan juga keselamatan siber dan berharap untuk menggunakan hasil kajian kami untuk menyediakan penyelesaian kukuh bagi BidNow, sambil bekerjasama dalam penyelidikan dunia sebenar, bukan sahaja demi manfaat universiti, tetapi juga untuk BidNow dan manusia sejagat. Dalam hal ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada BidNow kerana memberi peluang untuk bekerjasama dengan salah satu platform teknologi terkemuka dan paling pantas berkembang Malaysia.”